Anwar Bakal Ke Penjara 10 Februari?

Share


KUALA LUMPUR, 26 Jan – Mungkinkah tarikh 10 Februari ini bakal menjadi penamat kepada penantian rakyat Malaysia dan mangsa liwat Anwar Ibrahim? Terbelakah nasib Saiful Bukhari yang telah diliwat oleh Anwar Ibrahim? Berbagai-bagai persoalan yang sedang bermain dalam fikiran rakyat Malaysia ketika ini.

Akhirnya Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari depan sebagai tarikh penghakiman kes liwat II.  Kes ini merupakan antara kes yang paling lama dibicarakan setelah ianya ditunda lebih daripada 60 kali.  Rakyat perlu tahu bahawa untuk menunda sesuatu kes memerlukan perbelanjaan yang besar.

anwar hakim

Bayangkan dengan penundaan yang lebih daripada 60 kali. Selain daripada itu juga Anwar telah beberapa kali menukar Ketua peguam beliau. Anwar telah diwakili oleh 14 orang peguam. Ini bermakna Anwar telah mengeluarkan belanja yang besar dalam menguruskan kes liwat II ini.

Anwar Ibrahim telah mengeluarkan Kenyataan Media memberitahu bahawa beliau telah menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kes beliau di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

Beliau dilihat agak yakin bahawa beliau akan dibebaskan kononnya berdasarkan kepada penghujahan pasukan guaman yang seramai 14 orang tersebut. Beliau juga turut yakin akan dibebaskan kononnya berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

Kami rakyat Malaysia amat berharap agar Anwar Ibrahim akan dihukum dengan seberat-beratnya atas jenayah liwat yang telah beliau lakukan.  Oleh itu pihak SPRM perlu campurtangan sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari jenayah liwat ini.

Kembalikan semula maruah perundangan negara yang telah beberapa kali tercemar apabila banyak keputusan telah memihak kepada Pakatan Rakyat. Hakikat bahawa Majlis Peguam  berada dalam “genggaman” Pakatan Rakyat sudah cukup mengecewakan. Badan Kehakiman perlu mengembalikan semula “kepercayaan” yang telah hilang selama ini. Rakyat sudah muak dengan isu “teknikal” yang membebaskan para penjenayah.

Walaubagaimana pun Anwar Ibrahim cakap “beralas” apabila berkata ““Que sera sera. (Apa hendak jadi, jadilah).” Oleh itu tidak perlulah “macai-macai” pakatan rakyat berkumpul di Istana Kehakiman mengganggu proses keputusan tersebut nanti. Kita amat berharap agar semuanya akan berjalan dengan lancar nanti.



7 thoughts on “Anwar Bakal Ke Penjara 10 Februari?

  • January 26, 2015 at 6:17 pm
    Permalink

    anwar tak berdosa!

    Reply
  • January 26, 2015 at 7:20 pm
    Permalink

    Semoga hukuman penjara utk anwar dijadikan ikhtibar oleh semua bakal peliwat untuk tidak melakukan jenayah liwat.

    Reply
  • January 26, 2015 at 8:24 pm
    Permalink

    Aik, dah tukar nama asal balik ka Tony Gay!!!

    BERDOSA KER TARA DOSA KA, DAP TAKKAN DAPAT PERINTAH MALAYSIA LA TONY GAY!!!

    Reply
  • January 26, 2015 at 9:11 pm
    Permalink

    geli aku tgk pejuang gay macam tony nak cakap pasal dosa atau tak kakakakakaka lawak siot

    Reply
  • January 26, 2015 at 11:19 pm
    Permalink

    alooo toni, dalam dunia hangpa…dunia gay, anwar memang tak berdosa !! dia adalah idola zombies LGBT di negara ni.

    hidup anwar !…hidup gay !…hehehe

    Reply
  • January 27, 2015 at 8:57 am
    Permalink

    Dari kacamata seorang GAY macam Tony, Anwar memang tidak berdosa malah maksum dan suci. LGBT tidak diterima pakai oleh undang2 Malaysia.

    Reply
  • January 28, 2015 at 8:59 am
    Permalink

    Kita tidak hairan kalau si Anu ini lepas daripada dipenjarakan. Jika beliau lepas, ini merupakan suatu trajedi besar dalam sejarah negara. Kita hanya boleh merancang, tetapi hanya Allah yang menentukan segala-galanya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *