Faekah Ambil Sikap Berdiam Diri, Serah Pada Peguam

Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihati supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pemulangan bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta yang diterima mereka sebelum ini.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin berkata peguam daripada firma guaman Tetuan Bon & Associates yang dilantik mereka mengeluarkan nasihat itu bagi mengelak sebarang prejudis dalam isu pampasan berkenaan.

“Kami melantik peguam Tetuan Bon & Associates untuk menjawab surat kerajaan negeri berhubung pemulangan bayaran pampasan itu.

“Firma guaman ini akan turut menerima maklumat-maklumat termasuk dokumen berkaitan dengan urusan pembayaran pampasan tersebut bagi pihak kami,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.

Pada 16 Jan lepas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata kerajaan negeri akan memutuskan tindakan susulan terhadap lapan bekas pegawai MBI terbabit berkemungkinan dalam minggu ini berhubung isu pembayaran pampasan berkenaan.

Menurutnya, tindakan susulan itu akan difikirkan oleh kerajaan negeri selepas tempoh pemulangan semula pampasan yang diberi kepada mereka yang terlibat tamat pada hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini mengarahkan kesemua lapan bekas kakitangan MBI yang terlibat supaya memulangkan semula wang pampasan kerana mendakwa terdapat beberapa perkara yang telah melanggar tatacara dan peraturan kewangan.

Sebelum ini, lapan pegawai itu dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta.

-Bernama

6 thoughts on “Faekah Ambil Sikap Berdiam Diri, Serah Pada Peguam

  • January 20, 2015 at 12:55 am
    Permalink

    nga dan ngeh dapat tanah balak lebih 10 ribu ekar dan hasil balak berjuta-juta ringgit tak nak pulak si azmin suruh DAP mintak balik…sial punya melayu si azmin ni dengan bangsa sendiri pun nak dengki

    Reply
  • January 20, 2015 at 4:55 am
    Permalink

    Bagi pendapat aku lah, apa azmin boleh buat ,sedang semua ahli lembaga pengarah ceo bersetuju bagi pampasan, sedangkan azmin bukan ahli lembaga pengarah dan mb ketika ketika kahlid meletak jawatan. Bagi aku azmin sedang berlakon ini, aku yakin pasti peguam azmin menasihatkan azmin balik percaya cakap aku ini, tak akan 8 pegawai kot aje yg di siasat tanya siapa luluskan pampasan itu, tak akan 8 pegawai itu luluskan pampasan ,itu tak masuk akal,tentu ceo dan juruaudit luluskan nya, kenapa tak ditangkap aje ceo dan juruaudit itu yg luluskan nya

    Reply
  • January 20, 2015 at 11:30 am
    Permalink

    Azmin ni jd MB x terasa…sia2 je ko jd MB.

    Reply
  • January 20, 2015 at 2:38 pm
    Permalink

    aku rasa khalid perlu beritahu senyap-senyap pada azmin kalau azmin dan pegawai-pegawainya pula kena paksa(dengan cara kotor juga sepertimana dilakukan kepada khalid) letak jawatan embee, ‘dia(khalid) dan orang-orangnya’ sanggup bersumpah dan berjanji tak akan buat bising kalau azmin memperoleh pampasan berlipat kali ganda dari apa khalid dan 8 bekas pegawainya telah dapat…boleh lantik KETUM jadi orang tengah tentang deal ini

    amacam bagus tak cadangan aku para macai semua?

    hehehehehe

    Reply
  • January 20, 2015 at 3:38 pm
    Permalink

    maha dahsyat akal para macai terus bertaraf mangkok jamban jika masih tak faham cadangan aku itu boleh membuat azmin berhenti mendesak minta khalid, faekah & 7 lagi bekas pegawainya itu supaya memulangkan pampasan berkenaan

    hehehehe

    pasal gambar azmin basuh baju dengan seorang akak tu memang betul akak tu menangis(sambil angkat lengan tangan)…sebenarnya bukan sebab azmin sanggup basuh baju rakyat marhein(akak tu) membuat akak tu menangis(sambil angkat lengan tangan), ada sebab lain membuat akak tu menangis…kalau para macai nak tahu sebabnya cakap je nak tahu nanti aku beritahu sebabnya yang sebenar

    mana moo, togay, mek dll?

    korang nak tahu sebab yang sebenar tak?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *