Banjir Besar Di Kelantan, Bala Atau Ujian Dari Allah?

Share


Selalu kita dengar bila sahaja berlaku musibah seperti banjir atau ribut misalnya di negeri-negeri atau kawasan yang dikuasai Banjir Johor 2007BN maka akan bertebaranlah spekulasi dan propaganda dari tangan-tangan gatal dan mulut tidak berinsurans penyokong PAS yang mengandaikan bencana yang terjadi itu sebagai bala dari Allah SWT.

Ambil contoh banjir besar yang pernah melanda Johor pada 2007 dulu yang mengakibatkan lebih kurang 100 ribu orang terjejas dan terpaksa mencari perlindungan di pusat pemindahan, yang kemudiannya membuka ruang kepada pencacai PAS dan PR mengetawakan penderitaan yang dialami mangsa banjir tika itu sebagai balasan atau bala dari Allah.

Rakyat Johor juga dihina dengan kata nista konon banyak terlibat dengan maksiat dan gejala sosial maka sebab itu Allah menurunkan bala berbentuk banjir besar waktu itu.

Begitu juga ketika Pahang mengalami bah besar pada 2013 yang lepas, para penyokong PAS dan PR juga giat mempropagandakannya sebagai bala dari Allah di atas kemungkaran yang kononnya dilakukan oleh pemimpin BN termasuk dikaitkan dengan projek besar pembinaan kawasan berhala tokong yang sebenarnya tidak wujud.

Malah tragedi tsunami yang berlaku 10 tahun lalu pada penghujung 2004 dulu yang melanda Kedah, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang dikuasai BN tika itu pun dikaitkan sebagai bala dari Allah sebagai pembalasan terhadap penduduk di negeri-negeri itu yang mengundi BN.

Bukan main seronok penyokong pembangkang terutama dari PAS memainkan spekulasi dan propaganda buruk hanya semata-mata ia berlaku di negeri atau kawasan yang dikuasai BN. Semacam bila berbuat demikian mereka mengharapkan khalayak akan mula membenci dan menjauhi UMNO dan BN seterusnya memberi pulangan lumayan dalam bentuk sokongan kepada PAS dan seangkatannya dengannya.

Tapi pelik dan menariknya bila Kelantan yang di perintah PAS sejak 1990 kini tiba-tiba di tahun 2014 buminya ditenggelami air banjir sehingga menyebabkan hampir 150 ribu penduduknya terjejas, tidak kedengaran pula sosek-sosek isu bala dari Allah sama ada dari tangan-tangan gatal dan mulut busuk penyokong PAS mahupun pemimpin mereka.

Tidak juga kelihatan komen-komen penyokong PAS atau PR yang menyelar bah besar yang menimpa Kelantan kala ini sedikit sebanyak disebabkan kesan kerakusan aktiviti pembalakan berleluasa di Gua Musang dan Kuala Krai termasuk kegiatan menggondolkan hutan di atas tanah seluas Putrajaya yang dimiliki dua orang sepupu sepapat rakan pimpinan PR.

Yang kerap kedengaran dari kalangan penyokong taksub PAS hanya ungkapan “itu adalah ujian dari Allah” sambil sempat memainkan propaganda murahan yang mengatakannya bah besar sekarang ini sebagai sebahagian dari proses penyucian bumi Kelantan sebelum hukum hudud dilaksanakan. Pandai mereka pusing cerita mengikut kepentingannya.

Bala atau ujian Allah maksudnya seperti hampir sama, bezanya bila disebut bala Allah ia kedengaran seperti pembalasan atau amarah yang sengaja diturunkan oleh Allah SWT untuk menghukum hambaNya. Manakala ungkapan ujian Allah pula lebih lunak menampakkan ciri Islamik yang mana ia berupa dugaan dari Allah SWT untuk menguji hambaNya.

Memahami maksud perkataan bala Allah dan ujian Allah itulah penggunaannya oleh penyokong PAS disesuaikan ikut keadaan dan kepentingan politik kepartian. Soal betul atau salah penggunaan perkataan itu tak masuk dalam perkiraan. Yang penting bagi mereka yang mana nampak buruk ditala kepada BN, yang lunak dan kelihatan Islamik semuanya dikaitkan dengan PAS.

Apa pun satu yang jelas bagi kita yang waras akalnya, soal bala atau ujian dari Allah SWT segalanya ketentuanNya yang menuntut kita semua bermuhasabah diri. Setiap kejadian buruk dan musibah yang melanda sewajarnya diambil iktibar serta pengajaran dan bukannya dipolemikkan untuk kepentingan politik kepartian.



8 thoughts on “Banjir Besar Di Kelantan, Bala Atau Ujian Dari Allah?

  • December 30, 2014 at 8:30 pm
    Permalink

    Kadar tertinggi HIV…..bila kena kt dorang, 1001 alasan dicipta. Kalo dh kena insaf x pelah pula, tp sblknya pelbagai fitnah menyerang UMNO dan BN dicipta. X taulah nk ckp apa pada puak2 mcm ni..

    Reply
  • December 31, 2014 at 12:51 am
    Permalink

    banjir besar di kelantan,bala yg mesti di ambil iktibar dan dimuhasabahkan.

    Reply
  • December 31, 2014 at 12:54 am
    Permalink

    Firman Allah…
    “ Dan bila dikatakan kepada mereka:’Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi’. Mereka menjawab:’Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan’.(11). Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (12). Apabila dikatakan kepada mereka:”Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab:’Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman’. Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu”. (13). [Q.,s.2/al-Baqarah: 11-13).

    Cuba masing2 fahamkan ayat 11-13 ni..siapa makan cili dia akan rasa pedas…ayat2 Al Quran sebenarnya straight forward…sebb ia diturunkan untuk semua bangsa…semua makhluk….semua peringkat…bukan hanya diturunkan untuk alim ulama…sebb itu tafsir sesuatu ayat akan berbeza dari pandangan saintis dan ulama agama semata…..sebenarnya ayat Allah xder maksud pelik atau terselindung…jadi bagi yg tidak faham…bawakan lah apa dalil dan contoh atau nasihat..mrk tetap akn butakan mata…

    Reply
  • December 31, 2014 at 6:54 am
    Permalink

    Biasalah pencacai Pas, bila kena pada negeri BN dikatakan bala , bila terkena pada negeri mereka dikatakan ujian, dah biasalah cara pemesongan pencacai Pas ini..

    setujulah dengan penulis bukan tak pernah terjadi banjir besar di Malaysia yang melibatkan mangsa sampai beratus ribu orang, tapi cara berita yang tersebar oleh media PR dan para cybertrooper PR memualkan , olahan cerita mereka seoolah -olah banjir yang dialami oleh kelantan paling terburuk pernah terjadi di Malaysia, malah menyalahkan kerajaan persekutuan,

    Reply
  • December 31, 2014 at 7:01 am
    Permalink

    Pas memang jadi ajen Yahudi DAP!!!

    Reply
  • January 7, 2015 at 8:03 pm
    Permalink

    Ramai warga Kelantan enggan mengakui bahawa bencana alam melanda Jajahan Hulu Kelantan sebagai bala akibat pemusnahan alam dampak pemugaran hutan di bukit-bukau. Mereka tetap mendakwa sebagai ujian Allah. Memang ujian dari Allah supaya manusia terbabit menginsafi diri tentang kesalahan dalam tindak-tanduk di bumi. Bala adalah hasil kerakusan tangan-tangan sang penadbir negara dan massa supaya memperbaiki semua kesalahan yang telah dilakukan terhadap alam.

    Para penaksub warga melayu totok Kelantan terhadap PAS begitu terkeliru terhadap terma UJIAN & BALA. Ujian hanya untuk PAS sedangkan BALA khusus untuk BN/UMNO……!!!!!

    Reply
  • January 8, 2015 at 9:17 am
    Permalink

    saya sebenarnya amat kecewa sikap orang2 PAS seolah2 hanya mereka akan memasuki syurga…lihak sahaja pemilik http://urusanulama-hl.blogspot.com/ amat sombong dan bongkak kepada insan2 lain.

    saya beranggapan banjir besar ini adalah bala dan ujian agar mereka sedar dan kembali memuliakan sesama islam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *