Banjir: Ahmad Yaakub Tidak Boleh Buat Pekak Macam Nik Aziz

51419223597_300x250

BILA berlaku perubahan di peringkat atasan kepimpinan negeri Kelantan apabila Nik Aziz diturunkan untuk digantikan dengan Ahmad Yaakub, rakyat sebenarnya mengharap perubahan dalam cara kerajaan negeri menangani isu-isu berkepentingan rakyat seperti banjir yang sedang melanda Kelantan sekarang.

Ahmad Yaakub tidak boleh menjadi seperti Nik Aziz yang menyerahkan segalanya bulat-bulat kepada Tuhan dan kerajaan persekutuan bila berlaku bencana macam ini, seolah-olah kerajaan negeri tidak ada peranan langsung membantu mangsa yang terjejas.

Gesaan ini penulis lontarkan setelah melihat cara kerajaan negeri Kelantan menguruskan bencana banjir yang disifatkan terburuk dalam sejarah negeri tersebut, mirip dengan cara Nik Aziz dulu – banyak LEPAS dari CAMPUR tangan.

Sebab itu saban tahun makin lama makin sedih cerita banjir kat Kelantan ni.  Kalau dulu sampai pusat pemindahan kira dah selamat sementara menanti air surut, hari ini, dah sampai pusat pemindahan pun, kena pindah naik bukit pulak sebab air bertambah tinggi.

Tak boleh macam tu lah Datuk.

Kalau cerita nak sokong perhimpunan haram di Kuala Lumpur, kerajaan Kelantan sanggup berhabis menghantar berbas bas penyokong, siap bagi duit belanja apa segala, tapi dalam soal banjir ini, semua bala dan beban diserahkan kepada agensi kerajaan persekutuan seperti bomba, JPAM, polis, tentera dan sebagainya untuk menguruskan.

Yang kerajaan negeri dan PAS sendiri, tidak nampak buat apa untuk membantu mangsa banjir, dibuktikan dari rayuan Ahli Parlimen Rantau Panjang PAS supaya semua pihak turun membantu rakyat terutama di kawasan yang terputus hubungan.

Bertanggungjawablah sikit.  Kalau cerita di luar musim banjir tu bukan main gah, sana projek juta, sini projek juta, tapi bab nak bantu rakyat dalam bencana, serah semua pada kerajaan persekutuan.

Jadi kerajaan semata-mata nak tayang jubah dan kepiah saja ke?

2 thoughts on “Banjir: Ahmad Yaakub Tidak Boleh Buat Pekak Macam Nik Aziz

  • December 24, 2014 at 4:49 pm
    Permalink

    nik ajiz tu dewata raya…kelantan lingkup pun, dia sekoq jek steady tak kena tempias apa…yang kena bahlul bahlul kelilingnya

    mana bleh tahan, maka sultan pun tukaq lah dia biar jadi sampah pula…

    MB baru ni tak ada chop MAKSUM kat dahi…apantah lagi hussam duk kepingan nak jolok lubang duburnya dengan senjata sulitnya…tunggu nak memburukkan MB baru dipandangan mata rakyat dan sultan…

    mana tahu untung badan , jadi MB

    Reply
  • December 24, 2014 at 9:07 pm
    Permalink

    mrk pun dah tua2.. hujan sejuk ngokol.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *