Dakwaan Rasuah RM 1.8 Juta: Ahmad Said buat laporan polis, “Jumpa Pemberi Rasuah”

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini tampil membuat laporan polis berhubung penya­lahgunaan namanya oleh individu bergelar ‘Datuk’ yang memperdayakan seorang pengurus kilang melibatkan wang sebanyak RM1.8 juta.

Pengurus Kilang Papan Jaya Seberang Takir Sdn. Bhd yang berasal dari Singapura itu dikatakan menyerahkan wang berkenaan untuk mendapatkan kawasan pembalakan di bawah skim kilang papan oleh individu terlibat iaitu ‘Datuk Gulam Fazillah Abd. Khalil’ yang kononnya rapat dengan Ahmad.

Menurut Ahmad, ‘Datuk’ ber­kenaan memperdayakan mangsa bahawa wang tersebut untuk diberikan kepada beliau yang ketika itu masih memegang jawatan pe­mimpin negeri sebagai habuan bagi mendapatkan kelulusan kawasan.

Tegasnya, beliau langsung tidak mengenali atau tidak pernah berurusan dengan ‘Datuk Gulam Fazillah’ itu namun percaya lelaki tersebut berasal dari Pulau Pinang berasaskan nombor kad pengena­lannya.

Beliau memberitahu, perkara itu hanya disedarinya pada September lalu iaitu selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar.

“Saya dimaklumkan oleh seseorang bahawa ada seorang warga Singapura yang marah setelah ditipu sebanyak RM1.8 juta untuk mendapatkan satu kawasan pembalakan dengan menggunakan nama saya.

“Saya minta untuk berjumpa dengan pengurus itu dan mene­rangkan perkara sebenar sambil mengharapkan supaya dia membuat laporan polis. Bagaimanapun, setakat ini, difahamkan dia masih belum berbuat demikian.

“Jadi, saya terpaksa membuat laporan polis terlebih dahulu kerana perkara ini mencemarkan nama baik dan reputasi saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD), di sini hari ini.

Beliau berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera berhubung perkara tersebut bagi membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.

“Saya kena buat laporan juga sebab kalau tak buat, nanti orang ingat saya yang ambil duit itu,” katanya.
– Utusan Online

10 thoughts on “Dakwaan Rasuah RM 1.8 Juta: Ahmad Said buat laporan polis, “Jumpa Pemberi Rasuah”

  • December 10, 2014 at 3:13 pm
    Permalink

    broker memperdayakan individu menggunakan nama pemimpin ini biasa berlaku, perkara inilah yang memburukkan nama UMNO.

    Pemimpin tidak mengetahui perbuatan ini, tapi ianya selalu dilakukan oleh orang yang rapat.

    Reply
  • December 10, 2014 at 3:29 pm
    Permalink

    Tak pe…saman jer…jahat betul broker tu…

    – err PKA dah tarik balik saman ke atas KDSB. Ni pehal???? Ini duit rakyat berbillion2. Hari tu saman, nak duit balik.

    – DBKL Bayar kat bank outsatnding RM145 juta tuntutan Plaza Rakyat yg terbengkalai.?? Ni pehal?? Dakwa la pemaju yg dah dapat beratus juta tu??? Ini DBKL Tolong settle pulak??

    Satu lagi kebejatan UMNO BN berbillion ringgit duit rakyat Malaysia.

    Reply
  • December 10, 2014 at 3:40 pm
    Permalink

    selain orang yang memperguna nama DS Ahmad Said merupakan seorang perasuah, tokey yang mendapat projek juga merupakan seorang perasuah…bila polis sudah dapat menangkap orang yang memperguna nama DS Ahmad Said ini, SPRM akan membuka kertas siasatan untuk membuat pendakwaan di mahkamah…harap SPRM dapat mendakwa juga tokey yang mendapat projek, beri cadangan dan segala bantuan kepada kerajaan negeri(Terengganu) supaya dapat menarik-balik lesen/permit yang telah diberikan kepada tokey yang mendapat projek(contoh seperti kawasan pembalakan, premis perniagaan dsb)

    Reply
  • December 10, 2014 at 3:51 pm
    Permalink

    moo kalau tak reti pasal proses undang-undang lebih baik diam, tak malu ke berterusan tunjukkan kebodohan diri sendiri? moo tahu ke masalah sebenar yang dihadapi oleh pemaju bangunan terbengkalai berkenaan? DBKL boleh saja senarai hitam pemaju berkenaan namun mahkamah tetap kena mengambil-kira, bertimbang- rasa dan menilai dengan adil sama ada kesalahan itu harus ditanggung sepenuhnya oleh pemaju berkenaan ataupun tidak kerana projek melibatkan pemaju berkenaan boleh juga terbengkalai disebabkan pihak lain seperti sub-contractor dsb

    Reply
  • December 10, 2014 at 4:02 pm
    Permalink

    sedikit pembetulan….

    selain orang yang memperguna nama DS Ahmad Said merupakan seorang perasuah, tokey yang mendapat projek juga merupakan seorang perasuah…bila polis sudah dapat menangkap orang yang memperguna nama DS Ahmad Said ini, polis dan SPRM akan membuka kertas siasatan untuk membuat pendakwaan di mahkamah…harap SPRM dapat mendakwa juga tokey yang mendapat projek, beri cadangan dan segala bantuan kepada kerajaan negeri(Terengganu) supaya dapat menarik-balik lesen/permit yang telah diberikan kepada tokey berkenaan sekiranya dia sudah mendapat projek(contoh seperti kawasan pembalakan, premis perniagaan dsb)

    Reply
  • December 10, 2014 at 5:08 pm
    Permalink

    Wah umno ckp pasal perundangan pulak…ni duit rakyat yg kopak berbillion macam mana??? Umno nak jaga rakyat ka pemaju ??? Patut la rakyat dah tolak umno skg………..Tiing Pek King punya projek, hah, ambik la tdkn! ko ingat rakyat Malaysia ni bodoh macam ahli umno ke?

    TV3 dan utusan merupakan talian hayat umno je, dok tawan org2 rural dan kampung2.

    Reply
  • December 10, 2014 at 8:14 pm
    Permalink

    alah mooo sapa tak kenal WTF, budak baru graduate kat office aku pun gelak kan dia…. pikiaq pkai kepala bawah..hahaha

    Reply
  • December 10, 2014 at 9:03 pm
    Permalink

    moo lembu ni saban hari penipuan dia dah banyak terbongkar TAPI masih tak segan silu sebar fitnah lagi , pujaan Pakatan laa katakan kakakaka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *