Malaysia menang kes pertikaian tanah KTM

Pertikaian berhubung cukai tanah yang mengancam projek usaha sama antara kerajaan Malaysia dan Singapura membabitkan tanah milik KTM Berhad di Singapura telah dimuktamadkan dengan Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague, Belanda semalam memutuskan bahawa isu itu memihak kepada Malaysia.

Mahkamah Timbang Tara dalam keputusannya semalam berhujah bahawa tidak ada cukai tanah tambahan perlu dibayar oleh syarikat usaha sama antara Khazanah Nasional Bhd.-Temasek Holdings Ltd iaitu M+S Pte Ltd, dengan perkongsian 60:40.

Pertikaian tentang cukai itu timbul berikutan perbezaan tafsiran terhadap perjanjian berkaitan mercu tanda itu pada 2010 yang mana Malaysia bersetuju menyerahkan beberapa bidang tanah milik KTM di Singapura melalui satu pertukaran tanah yang membawa kepada pembentukan syarikat M+S Pte Ltd. bagi melaksanakan projek-projek utama di Marina South dan kawasan Ophir-Rochor.

Tanah-tanah KTM itu ialah di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah. Malaysia telah bersetuju bahawa M+S perlu menanggung bayaran pembangunan bagi tanah di Bukit Timah, tetapi bukan untuk tiga bidang tanah yang lain.

“Kementerian Pembangunan Nasional Singapura mentafsirkan bayaran pembangunan sebagai cukai ke atas nilai tanah yang telah ditingkatkan berikutan kelulusan kerajaan bagi pembangunan dengan nilai yang lebih tinggi,” lapor Business Times Singapura.

Mahkamah The Hague memutuskan bahawa M+S tidak dipertanggungjawabkan untuk menanggung bayaran pembangunan ke atas tanah-tanah Keppel, Kranji dan Woodlands jika tanah-tanah itu telah dilaburkan dalam M+S dan jika M+S telah memajukan tanah-tanah itu memenuhi keperluan penggunaan tanah yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan bersama, semalam, kedua-dua kementerian luar kedua-dua negara berkata: “Singapura dan Malaysia berpuas hati dengan proses penyelesaian dan mengesahkan bahawa kedua-dua negara ditawarkan peluang untuk membentangkan kes mereka berhubung isu itu.

“Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan sepenuhnya keputusan Tribunal itu.”

Channel News Asia melaporkan bahawa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyambut baik keputusan mahkamah itu dengan berkata, beliau “gembira Singapura dan Malaysia telah mampu menyelesaikan pertikaian itu secara adil dan baik”.

Sumber Utusan.

10 thoughts on “Malaysia menang kes pertikaian tanah KTM

  • November 1, 2014 at 6:18 AM
    Permalink

    Begitu susah singapore ni…dah diberi betis nak peha…

    Reply
  • November 1, 2014 at 6:47 AM
    Permalink

    Singapore 2 hak Malaysia…….apa le nak dipertikai yg lain!!!!!

    Reply
  • November 1, 2014 at 11:25 AM
    Permalink

    Mana bukti nya Singapore tu hak Malaysia…? Kaji la fakta sejarah ketika mana lanun lanun inggeris yang cerdik serfa licik dari British East India Company berjaya memperdaya kan soghang raja keturunan lanun jugak yang menkuasai Johor supaya menyerah kan penadbiran perhalan cukai dll di Temasik pada depa. Lanun Melayu ni cuma dapat imbalan tak seberapa tapi tanah bernilai ekonomi tinggi terlepas begitu jerrr. Peyerahan Temasik di buat melalui satu persetiaan/treaty antara Lanun Inggeris ngan Lanun Melayu tu. Ni bermakna pemilikan Lanun Melayu Johor terhadap Temasik dah lupus. Nganga la cicit Lanun Melayu la ni moyang depa dah kena kelentong kat Lanun Inggeris.

    Hang bawak kes ni kat ICJ tonggeng pungkoq kat para hakim tu tak kan menamg punya…..

    Reply
  • November 1, 2014 at 12:31 PM
    Permalink

    heheheh

    betul tu bangkarno, tapi sejarah dah tinggal sejarah… ini stategi politik nama nya , tunjuk kan mahkamah antarabangsa ada hubungan dgn singapore?

    Kenapa?

    sbb … ada maksud tersirat yg lebih besar singapore nak buat…kunun nya singapore gembira dgn keputusan mahkamah antarabagsa, dan badan dunia itu pun kunun nya berlaku adil…. malaysia terperangkap dgn mainan politik musuh islam

    Malaysia lupa … singapore nak naik kan belon helium berkamera beresolusi tinggi yg boleh mendapat gambar sejelas 1 inci dari permukaan bumi.. dan boleh mengjangkau lebih dari 200 batu jauh nya gambar yg boleh di ambil

    malaysia dah kena liwat

    editor RHG , pi belajar strategi politik…. jgn jadi ejen singapore nak sedap kan hati rakyat msia

    Reply
  • November 1, 2014 at 9:21 PM
    Permalink

    Sokong sangat-sangat dengan hang SS….cina singapork tahu sangat perangai pemimpin malaysia dari dulu pun…bila sampai zaman pak lah dan najib..depa lagi senyum panjang !!……

    Reply
  • November 2, 2014 at 8:52 AM
    Permalink

    byk sgt ramalan2 yg kurang asasnya walaupun tdk boleh dijadikan sbg fakta dlm merangka strategi ttp kita juga perlu melihat kemungkinan yg boleh berlaku so andaian spt ini boleh dijadikan sempadan. Namun sultan johor bukanlah lanun bahkan mrk dahulunya adalah para temenggung yg diarahkan oleh sultan kepulauan riau utk memantau tanah2 kepunyaan mrk sebelum kedatangan belanda dan british.. kena kaji balik sejarah tu..

    Reply
  • November 2, 2014 at 12:31 PM
    Permalink

    Semua raja di dunia ada la lanun asal nya…zaman dulu sapa kuat,jahat lagi ganas akan di takuti oleh semua oghang. Di sini la titik permulaan keturunan raja sebab depa tu ada la lanun yang di geruni. Viking ada la lanun tersohor di Eropah zaman dulu yang beroperasi di Scandinavia…kini semua keturunan raja raja di benua Eropah ada la cicit cicit lanun Viking tersebut. Di Nusantara Melayu begitu jugak dudu terdapat lanun lanun dari tanah Jawa,Bugis dari Sulawesi dll depa bermaharaja lela lalu menawan sebuah negeri dan isithar kan diri sebagai raja. kalon nak kaji sejarah kerajaan Johor pun sama semua nya berasal dari suku sakat lanun berketurunan Bugis. Pelayar Bugis memang terkenal keahlian dalam ilmu pelayaran dan mahir membina kapal layar…di antara mereka ada Raja Haji. Kalo ikut cerita sama ada dari dongeng dan sejarah dia jugak pernah melanun..sebab dia & angkatan perang nya pernah kena samun di lautan oleh lanun. Jadi dia membalas balik terhadap lanun tersebut dan dia dah naik syok berperang dan merampas harta rampasan terus kan aktiviti melanun terhadap mana kepal yang di temui di lautan. Di sini la permulaan Raja Haji bertukar watak jadi lanun..lama kelamaan ramai cucu cicit di lahir kan. Dan cicit ni semua nya berketurunan LANUN termasuk la di Sulawesi & Johor.

    Tulisan ini bukan sengaja nak menghina raja raja tapi kita perlu tinjau balik salasilah raja raja tu sekadaq nak cari tahu fakta jerrr.

    Peristiwa tak pernah melupai sejarah tapi manusia selalu/suka melupa kan fakta SEJARAH….!!!!

    Reply
  • November 2, 2014 at 11:08 PM
    Permalink

    alaaa ini pun sebab sultan johor masuk campur..kalau harapkan menteri2 sekarang semakin dijual adalah tanak KTM tu…puikk

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.