Jangan pertikai lagi hak Melayu, Raja dan agama Islam.

Perhimpunan Agung UMNO 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden Umno bahawa hak keistimewaan Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.

“Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain.



“Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang…kerja lain tak jadi. Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara Malaysia tercinta ini. Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik berbalah saja,” katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ketegasan Perdana Menteri itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 2,700 perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, malahan mereka yang mengikuti ucapan itu di luar dewan.

BERNAMA

11 thoughts on “Jangan pertikai lagi hak Melayu, Raja dan agama Islam.

  • November 30, 2014 at 9:02 AM
    Permalink

    Ejek DYMM Agong, kena denda RM3k penjara 1 bulan, ejek dan bersikap kurang ajar kepada Raja-raja selalunya bebas, buat fitnah bermacam-macam juga bebas. Ubah senikata Negaraku untuk menyindir dan memperolol-olokkan negara pun boleh bebas dan menjadi terkenal pulak tu. Pemimpin-pemimpin negara hanya boleh cakap saja “jangan” tetapi sikap kurang ajar tetap diteruskan oleh segolongan masyarakat “Malaysian Malaysia”.
    Sekarang, UMNO terkapai-kapai nak melutut menagih undi Cina, walaupun jumlah orang-orang Melayu/Islam lebih ramai di negara ini !!!
    Got the message ?

    Reply
  • November 30, 2014 at 9:46 AM
    Permalink

    Najib silap dengan mengatakan “kami perlukan undi kaum Cina dan undi semua”. Apa yg dia lupa, situasi GE 13 tidak sama dengan isu Tunku Abd Rahman dan Tun M. Kaum Cina telah membakar jambatan dengan BN dan tidak akan kembali lagi kpd BN. GE 14 diramalkan jika MCA bertanding semua kerusi di kawasan majoriti Cina melawan DAP atau PKR maka MCA akan kehilangan ke semua kerusi.
    Buat MCA, jika itu berlaku, adakah itu salah UMNO yang selama ini telah memberikan segala peluang dan ruang untuk kaum Cina berjaya sebagai warganegara Malaysia.

    Reply
  • November 30, 2014 at 11:09 AM
    Permalink

    Ya betul sebagai parti politik bersekutu BN, Najib sebagai pengerusi perlukan semua kaum untuk mengundi BN, tapi Najib ni lupa atau buat-buat lupa, cina tak mengundi BN pada PRU 13 yang lepas dan dengan semangat ” kiasu ” yang makin kuat sekarang ni tak mungkin cina akan kembali mengundi BN pada PRU yang akan datang.

    Najib di tipu mentah-mentah dengan banner ” I LOVE BN ” dan beribu-ribu orang cina yang hadir pada setiap majlis dinner yang dia buat, tapi undi mereka ialah untuk pembangkang, kerana mereka harap sangat pembangkang akan menang, dan mereka tahu DAP adalah king maker dalam pembangkang dan bukan anwar.

    Short sighted Najib telah banyak memberi kerosakkan pada UMNO, dah tiba masanya Najib di tukar….

    Reply
  • November 30, 2014 at 12:58 PM
    Permalink

    Dendanya tak cukup berat. Mcm mana pengkhinat nak takut. Patutnya dikaji semula denda tu & jika didapati bersalah dilucutkan shj warga negara. Buat apa lagi nak simpan, mahluk2 tak berguna mcm ni.

    Reply
  • November 30, 2014 at 4:22 PM
    Permalink

    Um no melondehkan raja 2 raja melayu tak pa dulu.. Qaktu Zaman tu? Cakap tak serupa bikin..

    Reply
  • November 30, 2014 at 6:17 PM
    Permalink

    Apa yang hang merepek mooo ?? cerciter…cerciter..

    Reply
  • November 30, 2014 at 7:11 PM
    Permalink

    Alahai cakap orang politik…

    Apa tindakkan yang dah engko ambik pada mereka yang mempertikai, menentang dan memperlekehkan melayu dan sultan. Orang Melayu lah yang selalu bising.
    Engko dok diam jea..lebih-lebih lagi yang cakap tu cina.
    Sembang kedai mamak lah lu…

    Reply
  • December 1, 2014 at 11:55 AM
    Permalink

    Mooo…dia bukan melayu pun, dia asal usul generasi ke3 immigrant dari India, jangan hangpa tak tau.

    Reply
  • December 1, 2014 at 1:37 PM
    Permalink

    owh….mooh keturunan paria rupanya….patut bangang berbelit belit…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.