Jangan ada kerengga dalam perjuangan parti

Dalam perjuangan politik, sifat kerengga perlu dijauhi kerana walaupun nampak cantik dan segak pada luarannya tetapi serangga itu mempunyai sifat buruk, iaitu suka memancut cecair kepada sesiapa sahaja jika buah yang dihurung cuba diambil.

Bagi Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin, tabiat suka menghurung buah dan memancut cecair yang beliau labelkan sebagai ‘kencing’ perlu dibuang jauh-jauh dalam perjuangan UMNO jika semua pihak mahu parti menjadi kukuh.

“Saya nak habaq (beritahu) kat (kepada) Puteri, Pemuda dan Wanita jangan jadi semut kerengga. Badan cantik, pinggang ramping, misai dok (pun) ada (tapi) perangai kotor. Dia hurung buah, bukan boleh makan tapi bila kita ambil, dia kencing dalam mata kita.

“Lebih teruk kalau kerengga masuk dalam kain, dia ketik (gigit) merata. Dalam UMNO jangan ada semut kerengga, semut api takpa (boleh), semut hitam pun (kerana) dia dok hurung gula sahaja, habis gula kena kencing manis, tapi kencing manis ada ubat.

“Tapi kalau kencing kawan tiada ubat. Jadi dalam perjuangan kena ada solidariti, jangan kencing kawan,” katanya ketika memberikan analogi kerengga bagi memperingatkan seluruh ahli UMNO ketika mempengerusi Perhimpunan Agung UMNO, 2014 di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun memuji langkah Pergerakan Puteri UMNO menubuhkan Barisan Semut Api bagi mengatur strategi untuk menepis propaganda, penipuan dan fitnah dalam media sosial kerana jelas Badruddin, sifat semut api adalah setia serta tidak suka membuat kacau.

Katanya dalam bahasa berkias, semut api adalah serangga yang taat kepada ketua, gemar berjalan beriringan mengikut susunan langkah dan walaupun gigitannya memeritkan tetapi semut tersebut hanya mempertahankan diri jika ada pihak cuba mengancam.

Terdahulu, wakil Puteri UMNO, Nazliah Ali, ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden menjelaskan, nama semut api dipilih kerana serangga itu mengajar manusia tentang budaya positif dalam hidup.

“Melalui perjuangan semut api, kami akan terus mendekati orang muda khususnya wanita muda. Kami insya-Allah akan membersihkan pemikiran mereka agar tidak terpedaya dengan pembohongan daripada pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Utusan.

6 thoughts on “Jangan ada kerengga dalam perjuangan parti

  • November 28, 2014 at 11:30 AM
    Permalink

    UMNO perlu bergerak seperti sebuah syarikat swasta yang KPI nya ialah profit based. Jangan jadi macam perkhidmatan awam yang mana kerja boleh ditangguh-tangguh ( marah pulak orang kerajaan dengan aku..hehe ) tapi itulah realitinya.

    Semut merah ke, semut hitam ke, kenapa baru sekarang ?? dah banyak kerosakkan berlaku yang disebabkan oleh fitnah dan penipuan pembangkang, mana puteri / pemuda UMNO dalam yahoo news berdebat dengan RBA ? elek, mana depa dalam blog pembangkang ? elek..yang ada cuma penyokong-penyokong UMNO yang sayangkan UMNO malah kebanyakan depa bukan ahli UMNO pun, tapi orang Melayu yang sayangkan bangsa dan negara.

    Aku nak cakap kat depa POODAHHHH !! kalau harap kat depa dah lama UMNO berkubur !! tapi nasib baik ada anak-anak orang kampung yang berdiri berani berdepan dengan RBA di alam cyber, dengan maklumat yang sedikit bukan takat bertahan malah depa menyerang RBA bermati-matian.

    Puteri, pemuda, wanita UMNO yang depa tau buat report Polis !! PODAHHHH !

    Reply
  • November 28, 2014 at 12:04 PM
    Permalink

    raplahjingga,

    Anak anak orang kampung ni la yang banyak tak dapat jadi anggota UMNO kerana disekat. Tapi depa berani berdepan dengan RBA…Aku agak setuju dengan ayat terakhir engkau. Aku igat lagi kat kg aku masa tahun 2008 PRU. Pemuda pemudi UMNO hanya mampu pakai jaket dan bawa kereta besar kehulu ke hilir. Yang tak ada jaket tu laa dok bersaing dengan perayu undi pembangkang…sampai hampir-hampir nak kena pukul..Hampeh..

    Reply
  • March 14, 2015 at 7:33 PM
    Permalink

    sama sajalah 2×5

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.