Gerakan kesederhanaan tiada kaitan liberalisme

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya gerakan kesederhanaan yang dibawa oleh kerajaan mempunyai kaitan dengan fahaman liberalisme.

Perdana Menteri menegaskan, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali kerana inisiatif kerajaan tersebut adalah berdasarkan ajaran Islam.

Menurut beliau, gerakan kesederhanaan memberi penekanan terhadap konsep kesederhanaan dalam hidup seperti yang diamalkan Nabi Muhammad SAW.

“Kita sebagai umat Islam tidak mahu terjebak dengan golongan ekstremis dan liberal yang semakin menular, sebaliknya kita mahu mengikut ajaran kesederhanaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya menerusi siaran radio yang dimuat naik ke blog NajibRazak.com di http://www.najibrazak.com hari ini.

Najib turut menyatakan gerakan kesederhanaan yang diterajui oleh kerajaan adalah berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: ‘Berbuatlah kebaikan sebaiknya dengan ikhlas dan sederhana, ambillah jalan yang lurus dan sederhana di mana engkau akan sampai ke destinasi yang dituju yakni syurga.’

Sementara itu, Perdana Menteri dalam kenyataan melalui laman Facebooknya hari ini, berkata, Malaysia menetapkan matlamat untuk mewujudkan integrasi yang lebih meluas dari segi politik, ekonomi dan sosial di rantau ini selaras dengan peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Menurut beliau, tumpuan diberikan terhadap usaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, membina identiti serantau yang lebih kukuh dan keamanan yang berkekalan.

“2015 bakal menjadi tahun yang bersejarah untuk ASEAN berikutan pengisytiharan kita untuk mewujudkan Komuniti ASEAN. Tema Malaysia sebagai Pengerusi adalah ‘ASEAN yang berpaksikan rakyat’.

“Kita mahu menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat di negara-negara anggota untuk berinteraksi dengan ASEAN,” katanya.

Utusan.

15 thoughts on “Gerakan kesederhanaan tiada kaitan liberalisme

  • November 15, 2014 at 11:11 AM
    Permalink

    @NajibRazak
    kenapa PMO menggunakan The Star utk mempromosikan konsep moderation Najib. Media yg terang2 menikam belakang kerajaan dan mempromosikan tokoh2 penentang kerajaan. Undurlah Najib sementara orang masih hormat. Pentadbiran Najib ni seperti zaman 60-an di bawah Tunku Abdul Rahman. Ingat tiada Presiden lebih berkuasa dari Parti. Buruk akibatnya menentang kehendak parti sendiri.

    Reply
  • November 15, 2014 at 11:22 AM
    Permalink

    Di akhir zaman, konsep moderation x sesuai digunakan kerana musuh yg dihadapi amat ganas dan penuh muslihat. Mereka akan menggunakan konsep noderation utk menikam kerajaan semula.

    #BosanMelayuApalogetik

    Reply
  • November 15, 2014 at 12:24 PM
    Permalink

    lebih baik diam kalau tak mengerti duduk perkara sebenar
    mengadu domba..berdosa..satu faktor seksa kubur

    Reply
  • November 15, 2014 at 12:25 PM
    Permalink

    Kesederhanaan yg bersifat kepondanan dan kebapukkan.
    ” aku di dahulukan” “pencapaian di utamakan”
    Haram jadah

    Reply
  • November 15, 2014 at 4:55 PM
    Permalink

    Ialah sederhana….Najib pi Myanmar berjabat tangan dengan pemimpin negara yang membunuh beribu kaum rohingya yang beragama Islam, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka sendiri, kalau kita terpaksa tunduk dengan kekuatan Amerika, tak kan lah dengan myanmar pun kita nak tunduk ??

    Kalau itu yang dimaksudkan sebagai sederhana…simpan lah kesederhanaan tu.

    Reply
  • November 15, 2014 at 6:20 PM
    Permalink

    agaknya kalau kamu semua hidup semasa Perjanjian Hudaibiah
    KAMU SEMUA AKAN MENGATAKAN AYAT YANG SAMA!

    Reply
  • November 15, 2014 at 7:34 PM
    Permalink

    Kesederhanaan konsep Najib. Bini pun tak tutup aurat, anak2 sosial…

    Um no Style dulu, kini, tak lama lagi tenggelam lah dari bumi Malaysia ni…

    Reply
  • November 16, 2014 at 9:57 AM
    Permalink

    Aiik moo ? Hang tak reti berenang hang nak salah kan kerajaan ke ? Hehe…..

    Reply
  • November 16, 2014 at 10:09 AM
    Permalink

    Peeh! Sampai hudaibiah la pulak…..udah-udah la tu, penulis upahan murahan dari jauh aku dah dapat hidu, jenis sokong tak pakai helmet, sokong bawak rebah, bersepah orang macam ni dalam UMNO, sespicies dengan mooo, bezanya moo belah sana, hang belah sini.

    Persamaannya…..dua-dua akan melingkupkan parti masing-masing…hmmmm

    Reply
  • November 16, 2014 at 11:06 AM
    Permalink

    kalau lu tak boleh pertahankan kepimpinan jangan sibuk nak tayabg konon kamu pejuang UMNO..
    LU JENIS CIUM DARI JAUH TAK MASUK DALAM GELANGGANG SEBENAR
    anak jantan UMNO akan pertahankan kepimpinana tertingginya!

    Reply
  • November 16, 2014 at 11:32 AM
    Permalink

    hahahahahahahahaha….elaun tak masuk lagi ke bro ??

    Reply
  • November 16, 2014 at 6:59 PM
    Permalink

    Zaman bersabar dgn Najib dah berakhir. Anda gagal dan sila berundur sekali bersama penasihat2 anda yg x berguna. Kami hormat dan berterima kasih atas jasa anda tp kami lebih sayang parti dan masa depan orang melayu, islam dan raja2. Pemimpin yg bijaksana tahu bila masa mereka tiba utk keluar. Ini bukan sabotaj tp keluh kesah akar umbi yg anda gagal dengar denyut nadinya.

    Reply
  • November 17, 2014 at 1:00 AM
    Permalink

    Betullah Islam itu sederhana.. tapi sederhana itu ialah seperti yg. Rasulullah laksanakan Islam bukannya sederhana ikut akal dan nafsu kita. Bila Islam suruh laksanakan HUDUD, maknanya laksanakan hudud itu sederhana dan bukannya guna undang2 lord reid itu yg sederhana. Bila Islam kata judi itu HARAM, maknanya haramkan judi itu sederhana bukannya mewujudkan judi HALAL seperti toto, 4D dan seumpanya itu sederhana. Bila Islam suruh tutup Aurat itu wajib, bukannya tutup aurat itu sekadar baju kurung dengan mengerbangkan rambut tapi tutup aurat itu sepertimana kamu bersolat mengadap Allah.
    Waallahhualam..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.