Cuepacs mohon pertimbang pemberian subsidi kepada golongan pertengahan.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini memohon kerajaan mengkaji semula pemberian subsidi khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana.

Kata Presidennya, Datuk Azih Muda menegaskan bahawa Cuepacs tidak bersetuju dengan skim rasionalisi subsidi yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang terus menerus memberi perhatian hanya kepada golongan berpendapatan rendah.

“Saya mohon kerajaan melihat secara menyeluruh pemberian subsidi yang hanya memberi kebaikan kepada golongan berpendapatan rendah, manakala tekanan terus diberikan kepada mereka yang berpendapatan sederhana iaitu yang bergaji RM5,000 ke atas,” kata Azih yang ditemui selepas sidang media Konvensyen Perpaduan Nasional.

Kata Azih lagi, Cuepacs menerima banyak reaksi daripada golongan pertengahan yang merasakan pemberian subsidi yang diperuntukkan kerajaan adalah tidak adil.

“Mereka merasakan adalah tidak adil jika pemberian subsidi hanya kepada golongan berpendapatan rendah memandangkan purata kenaikan gaji di Malaysia pun sedikit.

“Ditambah pula golongan yang berpendapatan sederhana ini berada di pertengahan – mahu beli yang murah tidak layak, mahu beli yang mahal pula terlalu mahal,” katanya lagi.

Azih turut menyeru kerajaan mengkaji mekanisme dalam menguruskan subsidi seperti BR1M dan bahan api kepada golongan pertengahan.

Selain itu, beliau turut menggesa agar tumpuan penuh diberikan kepada ketirisan dan rasuah dalam pembahagian subsidi.

Ahmad Husni mengumumkan pada Oktober bahawa skim rasionalisasi subsidi bahan api akan dipertimbangkan mengikut tahap pendapatan mulai tahun depan.

Mengikut cadangan, mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan akan terus menikmati subsidi penuh bahan api, manakala yang berpendapatan melebihi RM10,000 tidak layak.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata mekanisme pelaksanaannya masih dikaji secara terperinci oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sumber Awani

5 thoughts on “Cuepacs mohon pertimbang pemberian subsidi kepada golongan pertengahan.

  • November 11, 2014 at 8:37 AM
    Permalink

    Kekalkan subsidi sedia ada utk semua rakyat malaysia. Smua rakyat malaysia layak terima subsidi minyak.

    Reply
  • November 11, 2014 at 9:20 AM
    Permalink

    Janganlah jadi seperti bidalan ‘selimut panjang lima’. Tutup kepala kaki terbuka, tutup kaki kepala terbuka.
    Disamping itu jangan pula sampai ada golongan rakyat yg beranggapan seperti ‘Jika langit runtuh, mampukah ditahan dgn jari?’
    Fikir-fikirkanlah wahai pihak yg bertanggungjawab mengurustadbir negara bertuah ini….

    Reply
  • November 11, 2014 at 9:54 AM
    Permalink

    isu pertama yg masih subjective dlm rasionalisasi subsidi dan perlu dikaji ialah sejauh mana peniaga2 semua menyokong dan ikhlas dlm urusan jual beli mrk. Kedua; dari pengalaman lepas spt kita simpulkan bhw segala pelaksanaan tanpa penguatkuasaan yg berterusan, yg cekap dan telus maka ianya akan mnjadi satu barah yg melanda negara. Barah2 itu semua pula menghambat setiap rakyat msia lbh2 lg kpd golongan yg sederhana dan kebawah. Mohon pihak berwajib mengkaji perkara ini dgn lbh teliti krn kita manusia sentiasa dan dah terbiasa melakukan kekhilafan. Pd zaman paklah cthnya, myk naik terus kpd 270¢ dr 190¢ dan apabila turun barang tetap tdk turun.. itu berlaku krn lemahnya mekanisma yg digunakan bg memantau kenaikan atau oenurunan harga. Usah kita harap org akan bersikap jujur jika kita sendiri tdk mampu utk bekerja kearahnya.

    Reply
  • November 11, 2014 at 10:01 AM
    Permalink

    Hapuskan terus subsidi minyak…cari alternatif lain utk bantu melayu bawahan…jgn layan melayu tamak dan tk sedar diuntung….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.