BN Selangor terima positif teguran Tun M

Barisan Nasional (BN) Selangor menganggap teguran yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu teguran positif oleh seorang bapa terhadap anak.

Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN Selangor sangat terbuka kepada teguran terhadap jentera parti itu lebih-lebih lagi daripada tokoh negarawan dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

“Kita melihat semua teguran yang diberikan, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir mengenai pengundi-pengundi golongan muda dan kita tidak nafikan ia sangat penting untuk menjaga pengundi muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor di Ampang dekat sini, Ahad.



Katanya BN Selangor menghargai pandangan beliau (Tun Dr Mahathir) dan berterima kasih terhadap segala pandangan dan kritikannya. BN Selangor juga akan berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc pada Rabu lepas telah menegur Umno Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Noh berkata BN Selangor kini perlu mengeratkan perpaduan di kalangan anggota parti komponennya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Selain perpaduan, gerak kerja yang lebih intensif dengan mengenal pasti setiap pengundi di Selangor juga penting untuk mencapai tujuan utama kita iaitu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berkata PPP terbuka untuk membantu BN terutama di Selangor dalam perjuangan menawan semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Saya menyeru BN Selangor supaya mengguna pakai jentera kempen PPP dalam membantu BN, kita ada jentera yang kuat, jika BN tidak menggunakan jentera kami, ianya menjadi satu kerugian,” katanya.

Katanya, terdapat lebih 80,000 anggota PPP di Selangor dan lebih 600,000 anggota di seluruh negara yang sudah mendaftar sebagai pengundi bersedia membantu BN mengerakkan jentera kempen dalam pilihan raya akan datang.

sumber Awani

5 thoughts on “BN Selangor terima positif teguran Tun M

  • November 10, 2014 at 10:52 AM
    Permalink

    harap semua pihak bekerjasama membantu umno selangor, bukan mengutuk mengkritik tapi tak membantu.

    Reply
  • November 10, 2014 at 11:48 AM
    Permalink

    Bagi aku ini k.L dan selangor adik beradik umno kena banyakan progaram kedua2 negeri ini dan tanya apa masalah penduduk walau pun ia di bawah penbangkang , kita ingat jika seorang duduk K.l atau selangor pasti keluarga nya ada berkerja di kL dan selangor kita terget golongan muda kedua2 negeri ini ,
    Kalau boleh pada masa kan datang cuba bn lantik golongan muda jadi dun negeri atau negara yg tak sangkut paut dengan bekas menteri atau bekas dun

    Reply
  • November 10, 2014 at 9:42 PM
    Permalink

    BN Selangor terima positif teguran Dr Mahathir,,…….. Lepas tu sambung zzzzzzzzzzzzzzzzzz

    Reply
  • November 10, 2014 at 11:22 PM
    Permalink

    trend politik sekarang bukan hendak jadi wakil rakyat sangat.. untuk membantu rakyat. semua sudah tersedia di bawah umno. cuma ini kalilah bermaksud menguasai dewan parlimen dan dewan rakyat untuk mengubah apa2 yang berkaitan dengan melayu dan bumiputera supaya boleh dinikmati juga oleh kaum lain. seperti biasiswa, pengembangan ugama, tanah melayu tak payah ada, sekolah kebangsaan ugama Islam tak perlu ada..baru 2x mereka mencuba. bila umno hendak bertindak balas. monopoli tiada ke. ali baba tiada ke, pelihara babi tiada pelacuran judi dan arak tiada. sekolah bahasa ibunda tiada…. jika betul perjuangan kerana ugama bangsa dan negara insyakAllah bumiputera dan melayu akan beri undi kepada umno bn.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.