Tony Pua Ditaja YTL Untuk Musnahkan 1MDB dan Tipu Rakyat?

Kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, bahawa tarif elektrik akan naik bagi menampung beban hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah berniat jahat dan berunsur fitnah.

Tony Pua tahu tarif elektrik akan dinaikkan sedikit demi sedikit bagi mengimbangi kenaikan harga bahan bakar dan pengurusan prasarana Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti mana yang terkandung dalam pengumuman polisi Rasionalisasi Subsidi oleh Perdana Menteri beberapa tahun lalu

Menggunakan kesempatan ini, Tony Pua membuat kenyataan menipu rakyat dengan memberi amaran bahawa pemberian projek-projek loji kuasa oleh kerajaan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin membawa kepada kenaikan tarif elektrik.

Pertamanya, tiada pemberian projek-projek loji janakuasa kepada 1MDB. Sebaliknya syarikat tersebut mendapat kontrak melalui tender dan juga pembelian IPP sedia ada. Justeru kenyataan bahawa kerajaan “memberi” merupakan satu kenyataan jahat yang bertujuan mislead orang ramai.

Kedua, bagaimana kenaikan tarif elektrik akan membantu 1MDB menampung hutangnya merupakan satu misteri ekonomi yang sangat luar biasa. Keuntungan 1MDB atau mana-mana syarikat penyedia loji janakuasa tidak bergantung kepada kenaikan tarif elektrik.

Mereka telah mempunyai perjanjian secara langsung dengan TNB untuk menjual letrik yang dihasilkan mengikut perjanjian yang dipersetujui. Justeru tidak masuk akal tarif dinaikkan untuk membiayai hutang 1MDB.

Ketiga, apabila Tony Pua mendakwa, “”Saya boleh memberitahu anda bahawa kadar elektrik akan naik pada masa hadapan. Mereka mungkin berkata ‘kami tidak ada wang untuk memberi subsidi kepada anda’ (tetapi) sebab sebenar ialah mereka menganugerahkan kadar tarif yang lebih tinggi kepada 1MDB,”; ia menimbulkan spekulasi bahawa serangan Tony Pua berkaitan dengan kekalahan YTL dalam merebut tender projek janakuasa elektrik 3B.

Semasa tender dijalakan, Tony Pua secara terbuka menyatakan YTL perlu diberi kontrak kerana menawarkan harga terendah. Hakikatnya, dalam apa pembidaan pun, harga terendah bukan syarat mutlak untuk mendapat kontrak kerana terdapat faktor-faktor lain diambil kira termasuk kemampuan, kualiti dan kecekapan. Atas semua faktor inilah Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan tender ini kepada 1MDB yang merupakan pembida yang memberi harga kedua terendah selain YTL. Manakala Malakof dan TNB memberi harga yang lebih tinggi.

Selepas Kekalahan YTL ini, Tony Pua dilihat menjadikan 1MDB sebagai musuh nombor satu beliau.

1MDB wins RM11 bil Track 3B power plant project
BY KHAIRIE HISYAM
Malaysia Development Board (1MDB) has officially clinched the RM11 billion 2,000 megawatt power plant project coded Track 3B, beating close competition from YTL Power International.
According to the Energy Commission (EC), the 1Malaysia Development Berhad–Mitsui Co Ltd consortium would receive a 25-year concession period for the coal-fired power plant which will be built in Jimah, Negeri Sembilan.
The levelised tariff for the concession is 25.33 sen/kWh, to be commissioned in two stages — by Oct 1, 2018 and April 1, 2019.

In a statement today, the EC said that the 1MDB-Mitsui consortium will be required to sign a new power purchase agreement (PPA) with Tenaga Nasional Berhad (TNB) and a coal supply and transportation agreement (CSTA) with TNB Fuel Services Sdn. Bhd. based on terms and conditions stipulated by the commission.

The commission added that that the winning bid was chosen based on the criteria of full compliance with all the bid requirements as stipulated in the Request For Proposal (RFP) document and the lowest levelised tariff offered.
“The proposed coal-fired power plant will consist of two units of IHI ultra-supercritical technology steam generator and two units of Toshiba turbo generator with proven operational track records,” said the EC. “The proposed plant will incorporate the latest emissions control technologies to meet the environmental requirements, as well as reduction in coal consumption for every unit of energy generated.”
Track 3B will be developed to meet power requirements in Peninsular Malaysia from 2018 onwards based on EC’s demand projections.

Edging out YTL Power

Clinching the project means 1MDB has edged out stiff competition from YTL Power International, which was initially reported to be the frontrunner for the project with a lower adjusted tariff of 25.23 sen/kWh.

Some reports claim that YTL Power’s bid was preferred by the EC’s technical evaluation team with an overall cheaper cost compared to 1MDB’s bid, which was initially said to be at 25.65 sen/kWh.

However, 1MDB’s proposed site for the power plant — next to its existing 1,400MW coal-fired power plant in Jimah — means the new plant would be closer to an injection point where the power generated can be channeled into the national grid.

In comparison YTL Power had proposed a site in Tanjung, Johor, is reportedly three times farther from an injection point compared to 1MDB’s site, which means a greater distance of transmission in turn leading to higher transmitted energy losses.

Previous media reports also claimed that even in the best case scenario YTL Power’s bid price would end up higher than 1MDB’s bid price. Reports quoting unnamed sources said that YTL Power was the only bidder whose proposed location was not within the country’s major load centres. Other bidders for the project was TNB and and Malakoff Corp Berhad.

Dalam dunia korporat, serangan-serangan seperti ini boleh merosakkan memusnahkan perniagaan 1MDB dan inilah yang dikehendaki oleh Tony Pua bagi membolehkan beliau meneruskan usaha menjatuhkan Barisan Nasional.

Namun yang masih menjadi tanda tanya, apakah kesungguhan Tony Pua ini disokong oleh YTL yang tidak berpuas hati dengan kemenangan 1MDB dan juga beberapa keputusan kerajaan yang tidak lagi menyebelahi konglomerat tersebut?

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendenda YTL Communications Sdn Bhd sebanyak RM2.4 juta kerana gagal melengkapkan sekolah seluruh negara dengan perkhidmatan 1BestariNet.

Mengapa Tony begitu sibuk isu 1MDB tetapi memajam mata kegagalan YTL melaksanakan Bestari Net dengan kontrak mencecah RM 1 bilion?

Para pemerhati politik dan ekonomi negara tentu tertanya-tanya apa hubungan Tony Pua dengan YTL sehingga bersungguh sekali Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menyerang 1MDB berdasarkan harga YTL lebih murah dari 1MDB sahaja.

1MDB belum gagal sudah diserang bertubi-tubi oleh Tony Pua. YTL yang sudah dikatakan gagal oleh Ketua Audit Negara dipejam mata sahaja oleh beliau.

Adakah YTL menaja Tony Pua?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *