Adakah Lagi Orang Pakatan Yang Nak Contohi Jokowi?

IMG-20141119-WA0011

SELEPAS Presiden baru Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) membuat keputusan menaikkan harga minyak kelmarin, penulis menanti-nanti kalau ada pemimpin pembangkang di negara kita ini yang nak buka mulut menyokong atau membantah keputusan tersebut – tapi tak nampak pulak.

Maklum sajalah, ketika pemilihan Presiden Indonesia yang lepas, ramai juga dikalangan mereka ini yang menjadikan Jokowi sebagai contoh, termasuk memakai baju corak kotak-kotak – trend yang dimulakan Jokowi bagi menunjukkan dirinya memahami masalah rakyat miskin Indonesia.

Akibat tekanan hidup, ramai di kalangan golongan miskin Indonesia menjadikan kain pelekat sebagai baju, itu yang corak kotak-kotak ini bermula sebelum digunakan Jokowi dan kemudian menjadi trend di seluruh Indonesia.

Jadi selepas Jokowi menaikkan harga minyak ini, apa komen pemimpin Pakatan? Walaupun Jokowi di Indonesia dan kita di Malaysia, perkara ini layak ditanyakan kepada Pakatan kerana dulu depa juga yang selalu banding-bandingkan Jokowi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kononnya Jokowi berjiwa rakyat tapi Najib tidak, Jokowi bersederhana tapi Najib bermewah-mewah dan sebagainya.

Sekarang bila Jokowi buat keputusan yang tidak jauh beza dengan keputusan yang dibuat Najib bulan lepas, naik harga minyak untuk kurangkan beban subsidi yang perlu ditanggung kerajaan, kenapa tidak ada pemimpin Pakatan yang nak puji Jokowi?

Pujilah, apasal diam?

Membuktikan disini bahawa menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat tidak semestinya beri segala yang murah dan percuma kepada rakyat – pemahaman yang dipakai pemimpin Pakatan disini. Memastikan kewangan negara berada dalam kedudukan baik dengan mengurangan perbelanjaan subsidi pun adalah satu keputusan berjiwa rakyat juga.

Jokowi sebenarnya bukan berbeza dengan Najib, Jokowi sebenarnya hampir sama dengan Najib, cuma Najib lebih baik kerana minyak RON95 pada harga RM 2.30 disini adalah lebih murah dari minyak jenis sama di Indonesia? Minyak paling murah di Indonesiea sekarang yang naik hari tu adalah minyak RON88 – kualiti lebih rendah.

Ada pembangkang sedar ke tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *