Utusan “Serang” Kongsi Gelap, Mengapa PKR Menggelabah?

Sejak Sabtu lalu Utusan Malaysia melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sabtu lalu Utusan menerbitkan laporan eksklusif, “Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela”. Pada Ahadnya, akhbar Mingguan Malaysia memaparkan lanjutan pendedahan tersebut di bawah tajuk “Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang”, dan hari ini sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk “Robin Hood Berkuasa?”

Sungguhpun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan kewujudan kumpulan mafia menjadi dalang kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Namun jelas Khalid, pihaknya tidak menafikan berlakunya jenayah di kawasan terlibat namun tidaklah serius seperti yang digambarkan termasuk didalangi kumpulan mafia yang kebal daripada tindakan penguat kuasa.

“Belum ada tempat di mana-mana juga di negara ini yang membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa takut untuk berhadapan apatah lagi jika keadaan tersebut mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,”

Bagaimanapun apa yang menarik ialah kesungguhan ADUN Kuala Sepetang (PKR) yang menafikan jenayah merupakan masalah di Kuala Sepetang.

ADUN Kuala SepetangBercakap kepada Malaysiakini.com, ADUN Kuala Sepetang, Chua Yee Ling, menyatakan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berturut-turut Utusan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan haram dikawal mafia di Kuala Sepetang, Perak.

Beliau malah menegaskan masalah utama Kuala Sepetang bukan jenayah, sebaliknya kemudahan infrastruktur dan prasarana awam.

“Selepas (laporan) mafia bermaharajalela, sekarang Robin Hood berkuasa, saya tidak pasti apa laporan lagi yang akan dibuat oleh Utusan Malaysia.

“Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan.

“Penduduk-penduduk di Kuala Sepetang juga berasa tuduhan Robin Hood ini tidak masuk akal,” kata beliau.

Tanda Tanya

Kesungguhan Chua Yee Ling menafikan laporan penyiasatan Utusan Malaysia sangat mengelirukan kerana ia bukan dalam bidang kuasa beliau. Apa yang diutarakan oleh Utusan ialah aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api, rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mungkin diketahui oleh penduduk setempat.

Sungguhpun Polis tidak menganggap ia kegiatan mafia atau jenayah terancang, namun Kementerian Dalam Negeri mengakui wujud masalah kegiatan jenayah ini dan telah mengarahkan telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.

Jadi apakah ada hubungan tertentu untuk ADUN Kuala Sepetang tersebut sehingga perlu muncul membelasah Utusan Malaysia dan mengalihkan tumpuan kepada isu prasarana Kuala Sepetang yang semakin daif?

Isu yang ditimbulkan oleh Utusan bukan isu rakyat setempat tetapi isu keselamatan negara. Justeru adalah sangat menghairankan untuk seorang wakil rakyat yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang jenayah tampil untuk meremeh-temehkan laporan tersebut.

Apakah ada hubungan tertentu antara adun terbabit dengan pihak-pihak yang didedahkan oleh Utusan Malaysia tersebut. “Jika tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.”

12 thoughts on “Utusan “Serang” Kongsi Gelap, Mengapa PKR Menggelabah?

  • October 23, 2014 at 9:20 PM
    Permalink

    Pemangku ketua polis perak kata tak ada kegiatan seperti yang dilaporkan didalam akhbar utusan.Ataupun ia dah kenyang makan wang rasuah.Dulu zahid cakap ada bukti..ataupun bukti dah kena sabo oleh pihak tertentu.

    Reply
  • October 23, 2014 at 9:40 PM
    Permalink

    Ni mesti yg ada bisnes gelap kat sana, tu yg marah

    Reply
  • October 23, 2014 at 9:55 PM
    Permalink

    Pendedahan Utusan dgn kenyataan pihak polis serta Menteri agak tak sekata.
    Kenapa yer?
    Nampak macam ada yg tak kena.
    Ada rahsia disebalik rahsia…..

    Reply
  • October 23, 2014 at 10:14 PM
    Permalink

    PKR mengelabah sebab diorg tu KONGSI GELAP..lupa ke yang diorg anjurkan blackout..tu kan bergelap..hehe

    Reply
  • October 23, 2014 at 10:31 PM
    Permalink

    Untuk kita bayangkan suasana kawasan yang aktif jenayah yg dikawal mafia serta digeruni oleh pihak berkuasa, agak sukar bagi kita mengambilnya bulat2. Kerana ini Malaysia dan Malaysia masih berada ditahap boleh kawal dalam konteks jenayah.

    Memang terdapat kes2 tersembunyi saperti keadaan diamana Sosilawati dibunuh. tetapi itu jelas dibuat secara amat tersembunyi tidak terang2an. Terang2an jika kawasan itu di kawal rapi oleh anggota bersenjata yang diupah mereka dan orang luar takut menghampirinya. Tidak begitu bagi kediaman lawyer yang membunuh itu kerana semua berlaku disebalik ‘dinding batu’, secara rahsia.

    Dilain perkataan, kita masih bingung dan tak tahu yang mana betul dan boleh kita percaya, surat khabar atau menteri. Kalau nak kira, menteri sukar menipu hanya kerana menutup aib jabatan sendiri.

    Reply
  • October 23, 2014 at 10:35 PM
    Permalink

    Mana dia tak gelabah…dia ni la jenis ahli politik yang talian hidup dia dipegang oleh underworld, lebih kurang Ronnie liu di Selangor. Hangpa pi kuala sepetang, hangpa rasa macam hangpa bukan ada kat Malaysia…

    Polis nafikan ?? tak kan depa nak mengaku kot.

    Reply
  • October 23, 2014 at 10:45 PM
    Permalink

    kenalah pertahankan pelabur utama parti…tak gitu DAP

    Reply
  • October 23, 2014 at 11:53 PM
    Permalink

    Pakatan dan Jenayah memang tak boleh dipisahkan

    Reply
  • October 24, 2014 at 7:19 AM
    Permalink

    Unit amal Pas bakal jadi mangsa penjaga penjenayah pula

    Reply
  • October 24, 2014 at 7:30 AM
    Permalink

    Kawasan tu merupakan lubuk penyeludup bermaharajalela,macammana tak mengelabah kawasan tersebut penyokongnya terdiri dari mereka yang terlibat dengan segala aktiviti haram…!!!…polis dan polis marin perlu memantau dengan ketat kawasan tersebut….bot nelayan tetapi dalam perut bot tidak ada ikan ,,..mungkin ada dadah dan senjata,,..!!!!!!!!

    Reply
  • October 24, 2014 at 8:57 AM
    Permalink

    kekadang pihak berkuasa dinegara ni kalau tak dijolok dan didedahkan kepada umum
    mereka akan tidur dan buat tak tahu
    ‘orang makan gaji’ – buat apa kerja lebih!
    daripada kes PATI
    kes video haram
    kes rumah pelacuran
    kes KASTAM
    kes kawasan balak
    kes Penguatkuasa
    dan pelbagai lagi yg menyesakkan dada rakyat
    Kementerian Dalam Negeri adalah PENYUMBANG KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KERJA KERAJAAN
    Daripada pak menteri hinggalah kpd yg kat bawah tu
    kalau tak sanggup pikul t/jawab ..eloklah berambus sahaja
    jangan jadi rakyat menyampah
    dan meludah tengok muka yg berkenaan
    banyak cakap tak serupa bikin
    cakap berdegar-degar..jubur bertabur taik
    negara nak capai taraf NEGARA MAJU 2020
    apakah negara maju penuh dgn masaalah yg dinyatakan diatas
    ada satu lagi PRU IA ITU KE 14 menjelang 2020
    apakah ciri NEGARA MAJU dah sampai 90% nak dicapai
    kepada pemegang amanah beragama ISLAM..SILA INGAT
    NERAKA TEMPATNYA KALAU TIDAK LAKSANAKAN T/JAWAB DENGAN AMANAH DAN DIDIKASI
    PASTIKAN TUAN YG ARIF HAKIM KURANG KERJA SEBAB NEGARA AMAN DAN TIADA JENAYAH!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.