UM Nafi Laporan Awal Polis Akan Kawal Kampus

Universiti Malaya (UM) sebentar tadi menafikan laporan awal oleh TheMalaysianInsider.com bahawa mereka akan membenarkan Polis Di Raja Malaysia mengawal kampus.

“Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof kepada portal Malaysiakini.com

Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis itu.

“Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok.

Sementara itu, sumber memaklumkan kepada MYKMU, PDRM telah diarahkan bersiap sedia untuk mengawal kawasan di luar kampus UM esok bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini jika UM menutup pintu masuk mereka petang esok.

6 thoughts on “UM Nafi Laporan Awal Polis Akan Kawal Kampus

  • October 26, 2014 at 10:16 PM
    Permalink

    Say NO!!! to KJ as menteri sukan and ketua pemuda. Sila letak jawatan selagi masih Ada Maruah…prestasi anda amat memalukan. Hassan Malek yg loser tu pun lg bagus

    Reply
  • October 26, 2014 at 11:08 PM
    Permalink

    apa kena ngan semangat dato haron..tetiba je kuar nama KJ dalam ini tajuk..salah makan ubat ke ni..atau dh minum air kencing nuar ..huhu..bangang tul..haritu ada ikut org pegang anjing kaa..

    Reply
  • October 26, 2014 at 11:30 PM
    Permalink

    Apa pun kita mahu pihak um ambik tindaka tegas terhadap rpogram haram spt ini. Jgn biarkan ia diadakan. Minta bantuan pdrm.

    Reply
  • October 27, 2014 at 12:19 AM
    Permalink

    kalau mamat anwar memaksa untuk masuk itu sudah di kira menceroboh barulah pdrm boleh di panggil untuk menangkap penceroboh hahahahah

    Reply
  • October 27, 2014 at 8:20 AM
    Permalink

    Kalau dah MECEROBOH dan MAJLIS PON HARAM..apa lagi PDRM or Polis Bantuan UM. tangkap saja.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.