UM Buat Laporan Polis Terhadap Perhimpunan Haram Ceramah Anwar

Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis berhubung pencerobohan kawasan tanpa kebenaran berikutan perhimpunan haram di kampusnya di sini malam tadi.

Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader hadir bersama Pengarah Keselamatan UM, Yusof Harun dan pegawai keselamatan Khairul Anuar Abu Shari di Balai Polis Pantai, di sini, 11 pagi tadi.

Selepas selesai membuat laporan polis selama dua jam, Izzad Zalman berkata kepada pemberita akibat perhimpunan haram itu yang diadakan di Dataran Dewan Tunku Canselor, para peserta perhimpunan telah merempuh masuk ke dalam UM dan telah menyebabkan pagar utama UM rosak.

“Perhimpunan itu telah diadakan secara haram di dataran tersebut. Tiada siapa boleh menceroboh masuk atau mengadakan majlis tanpa mendapat kebenaran UM terlebih dulu,” katanya.

Beliau juga berkata satu siasatan dalaman akan dijalankan UM terhadap pelajar universiti itu yang terlibat dalam perhimpunan malam tadi mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti itu.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dijadualkan di dewan itu.

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.

Bernama

5 thoughts on “UM Buat Laporan Polis Terhadap Perhimpunan Haram Ceramah Anwar

  • October 28, 2014 at 5:34 PM
    Permalink

    polis kena bertindak segera dan tangkap dalangnya.

    Reply
  • October 28, 2014 at 8:01 PM
    Permalink

    universiti pengecut!

    Reply
  • October 28, 2014 at 9:24 PM
    Permalink

    Aku rasa kalo berkaitan Anwar ni susah sikit, silap langkah buruk padahnya. Anwar dh susun perangkap berantai…ini sbb Hisham dulu cuma bg amaran je..m

    Reply
  • October 29, 2014 at 8:53 AM
    Permalink

    Kalau dah jadi “PENCEROBOH” TANGKAP DAN DAKWA saja…xyah nak panjang2 cerita..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.