Ulil Abshar dilarang masuk Malaysia-Zahid

Tokoh liberal melampau dari Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla yang sebelum ini dijadual akan menghadiri satu diskusi di ibu negara, dilarang memasuki negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen semalam bagi menghalang Ulil Abshar yang dijadual menyertai program tersebut pada 18 Oktober ini.

“Ulil Abshar mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara yang kehadirannya mengundang protes orang ramai.

“Sekiranya dibenarkan dia berceramah dan hadir beberapa program di sini, ia akan merosakkan akidah dan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

UTUSAN

13 thoughts on “Ulil Abshar dilarang masuk Malaysia-Zahid

  • October 12, 2014 at 10:35 AM
    Permalink

    Bagus, kalau dia masuk pasti akan menyusahkan org Islam di malaysia. Org macam ni elok dilarang dari masuk ke negara kita.

    Reply
  • October 12, 2014 at 11:23 AM
    Permalink

    kita lihat
    siapa yg meloncat marah!

    Reply
  • October 12, 2014 at 12:00 PM
    Permalink

    Undang2 perlu ditegakkan tanpa ‘fear or favour’. Tanpa segan, tanpa silu dan tanpa bimbang dikutuk itu dan ini.

    Kita mesti sedar bukan senang membina akidah dan ketaqwaan jiwa. Untuk rosakkan selalu nya tidak memerlu masa yang lama. Kecuali muslimin yang sudah kuat dan tegak dirinya…disogok apa saja, mereka akan terus kuat. Maka kita tidak perlu individu yang sengaja didatangkan kemari buat merosak sorang dua dari kita.

    Kita bimbang pada yang baru mahu bermula, baru mengenali , baru kembali. Sebut tentang ‘kembali’ kita teringat seorang bekas artis yang mengaku sudah ‘kembali’.Alhamdulillah, dia kembali setelah hidup bergelumang dalam dunia dia sesuku dari hidupnya. Malangnya ‘kembali’nya dia (dengan rasa penuh teruja) akan diri dan pencapaian sendiri…. sudah menggangap diri hebat. Hebat kerana rasa hebat setelah berpeluang bersama dengan sheikh Arab menuntut ilmu akhirat disebuah negara Arab. Balik kesini, dipanggil berceramah, walau pada ukuran, sedikit pun dia tidak layak untuk berceramah agama. Dia boleh dibenarkan ceramah, tapi cukup sekadar untuk bercerita perihal dirinya… dulu dan kini, bukan untuk sentuh soal akidah umat lain. Bukan untuk kritik permintah tidak dengan mendakwa tidak mengikiut sunnah tentang itu dan ini.

    Yang paling hebat di Ulangnya ungkapan ‘melayu bodoh’ berkali2 dalam ceramah nya. Kita tahu yang bodoh, dia, bukan melayu lain. Itu pesan kita pada sang Azmil Mustafa yang sudah terlalu udzur dan berbini 4.

    Reply
  • October 12, 2014 at 12:06 PM
    Permalink

    cina dapig (

    Reply
  • October 12, 2014 at 12:07 PM
    Permalink

    cina dapig (

    Reply
  • October 12, 2014 at 4:12 PM
    Permalink

    Jike tidak boleh menjadikan golongan ambil mudah ketara pesong amalan harian contoh di negara berjiran dgn eropah anjing tido bersama & tatu tidak menjadi kesalahan dan sembahyang serupa orang barat makin keliru tiada perbezaan antara agama walhal islam itu unggul.

    Reply
  • October 12, 2014 at 4:35 PM
    Permalink

    PAS kata apa?
    Diam je….

    Reply
  • October 12, 2014 at 4:39 PM
    Permalink

    hmmm…NGO mana yang jemput dia ?? dalam UMNO pun banyak musang….

    Reply
  • October 12, 2014 at 5:03 PM
    Permalink

    mari kita lihat “kandang” mn yg lpskan “haiwan” peliharaan mrk kuar dulu & melenting2..

    Reply
  • October 13, 2014 at 1:19 AM
    Permalink

    program 18 oktober anjuran IRF dgn kerjasama GMM (Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global) tajuk program ‘Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad ini’ tukang rasmi program Pengerusi GMM, Datuk Saifudin Abdullah hahahahaha

    GMM duk pulun juta2 dana kerajaan rosak lah rosak yang pegi lantik mamat pudin jadi ceo tu sapa suroh padahal orang kampung dia sendiri pun rejek si mamat pudin oiii baik taruk orang lain lah ada belambak lagi yang lebih bagus

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.