Tidak semua pelajar cemerlang bumiputera dapat biasiswa

Tidak semua pelajar cemerlang bumiputera mendapat biasiswa kerana jumlah disediakan adalah terhad dan pemberiannya pula berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, semua pihak perlu jelas dan faham mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan gambaran salah terhadap kerajaan dalam pemberian biasiswa.

Kata beliau, ini berikutan terdapat sesetengah pihak seolah-olah mempertikaikan kerajaan kerana tidak memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang kaum lain.

“Pemberian biasiswa bukan berdasarkan atas kertas sahaja atau dengan mendapat keputusan cemerlang semata-mata. Ingin saya tegaskan bahawa terdapat pelajar cemerlang bumiputera tidak mendapat biasiswa. Jangan terkeliru mengenainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA Ke-50 di sini semalam, Ketuanya, Chong Sin Woon memberitahu perwakilan bagaimana dia telah dinafikan biasiswa walaupun mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terpaksa melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam.

Menurut Zambri, tindakan Sin Woon itu memberi tanggapan yang kurang baik kepada khalayak seolah-olah semua pelajar cemerlang layak mendapat biasiswa.

Katanya, Ketua Pemuda MCA itu perlu membuat perbandingan dan kajian fakta mengenai pemberian biasiswa yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Penerimaan sesuatu biasiswa bukannya suatu hak, tetapi adalah suatu keistimewaan dan diberi berdasarkan pelbagai panduan berlandaskan keadaan yang wujud dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SukaGuam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, biasiswa dan peluang pendidikan seharusnya diagihkan secara adil mengikut formula peratusan kaum di negara ini.

Kata beliau, memandangkan peratusan kaum boleh dipecahkan iaitu Melayu sebanyak 60 peratus, Cina (20 peratus), India dan lain-lain kaum masing-masing 10 peratus, maka formula agihan keistimewaan pemberian biasiswa mesti mengikut kadar berkenaan.

“Inilah konsep keadilan dan kesaksamaan yang perlu difahami semua pihak, bukannya menuntut kesamarataan atau mengungkit kekesalan,” katanya.

Utusan.

10 thoughts on “Tidak semua pelajar cemerlang bumiputera dapat biasiswa

  • October 13, 2014 at 9:03 AM
    Permalink

    Kalau semua dpt biasiswa jenih la kerajaan nak bg. Zaman skrg pula yg score a ni bukan sikit.

    Reply
  • October 13, 2014 at 1:52 PM
    Permalink

    Patut 100% dapat.
    Pucuk pimpinan yang’pandai’ sangat nak buat sistem meritokrasi dah budak2 melayu jadi mangsa. Sudahlah yang mampu bayar sendiri lagi kurang daripada cina.

    Patutnya 70% melayu dan bumiputra 15% india (kalau layak) dan selebihnya cina. Sebabnya ramai cina mampu hantar sendiri anak2 secara swasta. Tak percaya buat kajian sendiri la. Bagi peruntukan bajet RM500 juta ke – untuk pusat kajian statistik sosial.

    Ikut perlembagaan apa- hak keistimewaan melayu.

    Kalau kita nak mansuhkan sekolah cina banyak pulak yang membangkang. Hak kita nak bagi kat depa buat apa??

    Reply
  • October 13, 2014 at 2:14 PM
    Permalink

    Sekarang dah ada pinjaman ptptn…kalau cemerlang tak payah nak bayar

    Reply
  • October 13, 2014 at 2:16 PM
    Permalink

    Sudah tiba kerajaan kurang biasiswa pada dap apek ini dia orang bukan setia pada negara dia orang lari kerja di singapura dan british setelah habis belajar

    Reply
  • October 13, 2014 at 9:59 PM
    Permalink

    Bayangkan jika meritokrasi sepenuhnya berlaku di Negara ini. Penduduk Cina 30%, tapi doctor cina 90% daripada jumlah semua doctor di Malaysia. Bermakna nasib hidup mati pesakit bangsa Melayu terletak di tangan orang Cina. Adakah adil begitu? Sebagai orang Melayu, saya lebih suka dirawat doctor Melayu. Saya tidak tahu berapa peratus jumlah doctor Melayu berbanding kaum lain di Malaysia ini. Cukuplah mereka menguasai business dan hartanah mahal, janganlah dibiarkan mereka menguasai bidang professional juga. Apa yang tinggal pada kaum Melayu jika ini berlaku? Orang Melayu memang telah terbukti layak, janganlah hanya kerana meritokrasi generasi melayu akan dating terpaksa menagih simpati dari doctor Cina/India, atau lain-lain bidang professional yang lain.

    Reply
  • October 14, 2014 at 1:14 AM
    Permalink

    Ni la akibat nya bila ramai rakyat Malaysia masih kabur tang makna ADIL & SAMARATA. Adil sekiranya pengagihan biasiswa,permit & peluang lain ikut formula kompisisi kaum – 60,20,10 & 10. Bukan nya samarata ngan nisbah 25…yang untung lagi kaum cina etnik lain dah bilangan depa sikit dapat 25% sedang kan melayu penduduk majoriti pun dapat 25%…adil ka…?

    Reply
  • October 14, 2014 at 10:07 AM
    Permalink

    Ok, jap. Kepada umnoover dan james bond, dengan kata lain adakah anda mengatakan orang Melayu tak mampu untuk menyaingi orang bukan Melayu dari sudut pelajaran? Kenapa? Adakah kerana kamu berdua orang Melayu yang bangang?DNA korang memang DNA orang bodoh ka atau orang kurang upaya ka? Mak bapak, tok nenek korang orang bodoh ka? Orang bukan kurang upaya ka?

    Maaf, saya tak berniat nak mempersendakan korang atau saudara-mara korang sebab saya pun orang Melayu juga. Dalam bab ni, saya setuju dengan meritokrasi terkawal seperti yang kerajaan buat sekarang supaya ramai orang Melayu akan sedar betapa pentingnya berusaha bersungguh-sungguh dan tak jadi macam korang berdua yang mengharapkan orang Melayu terus tidur lena selama-lamanya.

    Ingat lah, tak ada apa-apa yang kekal selama-lamanya. Kalau kita kekal macam ni, tak boleh maju, tak boleh mengalahkan orang lain tanpa tongkat, nak tak nak kita akan dihapuskan orang mereka yang lebih maju suatu hari nanti.

    P/S: Tak payah bagi alasan konon keputusan orang Cina lebih baik sebab mak bapa mampu hantar anak pergi kelas tambahan (tuisyen) bagai SEBAB ramai je kawan saya (dan saya) yang dapat keputusan elok tanpa pergi kelas tambahan. Yang penting ibu bapa kena ambil peranan.

    Terangkan awal-awal kepada anak kepentingan belajar bersungguh-sungguh, dan pastikan anak-anak sentiasa menyiapkan kerja sekolah serta banyak membaca (pergi perpustakaan kalau tak ada duit nak beli buku k). Ini tidak. Ibu bapa orang Melayu suka bagi alasan penat la, malas la, sibuk la apa, tak kisah la miskin atau kaya, tak ambil tahu pun pasal perkembangan pendidikan mereka.

    Ibu bapa sekarang lagi la banyak yang mangkuk. Percaya bulat-bulat cakap anak, sikit-sikit maki-hamun marah cikgu yang mengajar. Lepas tu nak hairan kenapa anak-anak pun 2×5 ja teruk macam mereka tak boleh bersaing dengan bangsa lain?

    Reply
  • October 14, 2014 at 10:54 PM
    Permalink

    Untuk pengetahuan NIM, saya adalah orang berpelajarn tinggi dan adik beradik juga berpejaran tinggi walau asalnya datang dari keluarga susah. Kerana langkah bijak kerajaan memberi peluang lebih kepada kaum Melayu,maka bukan sahaja saya malah ramai lagi rakan-rakan yang seperti saya mendapat peluang bersama-sama menikmati kekayaan di bumi Malaysia ini kerana diberi biasiswa. Jika saya berada di Singapura sekarang, adakah saya akan mendapat peluang ini? Ada saya kata Melayu itu teruk atau bodoh? Baca betul-betul okay. Saya dikelilingi oleh orang Melayu yang bijak pandai. Tapi sekiranya kerajaan mengamalkan meritokrasi sepenuhnya maka jadi macam Singapuralah sekarang. Memberi peluang kepada orang Melayu bukan bermakna menjadikan mereka tidur lena seperti yang anda katakan. Cuba tengok doctor-doctor pakar Melayu bijak yang lahir pada tahun 50an dan 60an, mereka dapat peluang mengambil medic. Jika meritokrasi diamalkan pada waktu itu berkemungkinan tidak semua mereka boleh berada di mana mereka berada sekarang. Boleh memberikan servis yang membanggakan kepada Negara. Come on la, tengok pada hakikat nyata, even MatSaleh pun boleh kalah dengan orang Cina, apatah lagi orang Melayu. Saya teringin melihat sekiranya anda tinggal di Singapura, adakah anak-anak anda atau adik-beradik anda boleh mendapat biasiswa dari kerajaan SIngapura? Cubalah.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.