Tiada Pendakwaan Ke Atas Ibrahim Ali, Beliau Pertahankan Kesucian Islam – Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyeru umat Islam merampas dan membakar salinan bible Al-Kitab yang mengandungi perkataan Allah.

Ini kerana kenyataan beliau tidak dalam lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948, kata Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jabatan itu merujuk kepada kenyataan Ibrahim pada sidang media selepas tamatnya Konvensyen Perkasa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang pada Januari 2013.

ibrahim aliIbrahim membuat kenyataan itu bagi mengulas kejadian pengedaran Bible kepada golongan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Jan 2013, di mana tiga lelaki Cina dikatakan mengedar sejumlah Bible kepada pelajar sekolah itu termasuk pelajar Islam di hadapan sekolah berkenaan.

Ibrahim membuat kenyataan itu dalam konteks kejadian di SMK Jelutong, yang setelah dikaji keseluruhan kenyataannya, Jabatan Peguam Negara mendapati ia tidak tergolong sebagai kecenderungan menghasut.

“Kata-kata Ibrahim ditujukan kepada kejadian individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar di SMK Jelutong termasuk pelajar Melayu,” kata jabatan itu.
Menurut Jabatan Peguam Negara, Ibrahim jelas tidak berniat menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

“Kenyataannya itu tidak tergolong di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana Presiden Perkasa itu tidak mempunyai niat untuk menghina dan menimbulkan provokasi yang membolehkan ketenteraman awam tergugat.

“Selain itu, tiada kesalahan yang dibuat Ibrahim di bawah Seksyen 298 atau 298A Kanun Keseksaan kerana apa yang dilakukan Ibrahim jelas mempertahankan kesucian agama Islam,” kata Jabatan Peguam Negara.

Menurut jabatan itu, tindakan pengedaran Bible secara percuma dan terbuka di luar perkarangan SMK Jelutong boleh menggugat akidah pelajar-pelajar Islam yang kurang pengetahuan agama jika mereka membaca Bible itu, lebih-lebih lagi ia mengandungi tulisan jawi.

“Setelah mengambil kira fakta dan keterangan kes-kes ini, Peguam Negara berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk kes-kes ini dibawa ke mahkamah,” menurut jabatan itu. – BERNAMA

13 thoughts on “Tiada Pendakwaan Ke Atas Ibrahim Ali, Beliau Pertahankan Kesucian Islam – Pejabat Peguam Negara

  • October 27, 2014 at 10:55 PM
    Permalink

    bertambah menyingalah DAP dan Anwar Ibrahim
    Pas camno?
    Kan elok yg berkata tu Pas bukan Ibrahim Ali
    siapa yg nak pertahankan Islam
    dalam hal ini?
    PERKASA KE PAS?

    Reply
  • October 27, 2014 at 11:03 PM
    Permalink

    alhamdulillah..macam nilah aku suka..kalau tak melayu islam asik je di pijak

    Reply
  • October 28, 2014 at 12:26 AM
    Permalink

    Boikot The Star dan Hipokrit Moderation Campaign, UMNO reject Saifuddin Abdullah serta NGOnya GMM serta The Worse Sport Minister in History of modern Malaysia KJ. Kalo nk lawan musuh yg begitu extremist dan hipokrit, pendekatan bertahan sahaja adalah x mencukupi. Orang Melayu haruslah melahirkan sokongan kepada NGO2 spt Perkasa dan Isma kerana semua tahu pemuda UMNO sudah lama berkubur dan ditransformasikan menjadi bapuk2 x berguna.

    Reply
  • October 28, 2014 at 12:48 AM
    Permalink

    Hidup Ibrahim Ali, hidup Perkasa, Isma dan Pembela. Pemuda UMNO Watpe? Sibuk berborak dan melepak di coffee shop dan cafe2 mewah…

    Reply
  • October 28, 2014 at 1:57 AM
    Permalink

    Lagi satu kemenangan untuk Islam dan Melayu !!

    Reply
  • October 28, 2014 at 8:36 AM
    Permalink

    Jika perkasa masok PRU14 aku yakin ramai orang Melayu pangkah pekasa….sekurang kurangnya orang Melayu ada pilihan memileh…..Umno dan pas dah jauh dari hati melayu.sebagai kuasa pengimbang eloklah perkasa menetapkan kompasnya….bertandinglah dimana kawasan Melayu yg BN letakan calun MCA atau MIc

    Reply
  • October 28, 2014 at 8:41 AM
    Permalink

    pertahankan kesucian islam???? Pesal Perkasa tak fight for hudud pun????

    Reply
  • October 28, 2014 at 8:58 AM
    Permalink

    Better than Khalid Samad yang mempertahankan Oktoberfest tu Moo. Takebeerrrr…

    Reply
  • October 28, 2014 at 10:18 AM
    Permalink

    Apa dia mooo ?? fight for hudud ?…oooo nak fight for hudud kena fight dengan munafik macam hang dulu…lepas tu baru boleh cerita pasal hudud !!

    Reply
  • October 28, 2014 at 10:44 AM
    Permalink

    Moo hukum islam memang setiasa ada dalam hati setiap umat islam sejati.tak kiralah dinegara mana pun merika berada.

    Reply
  • October 30, 2014 at 10:47 AM
    Permalink

    Apa Mooh, hang yg CONSISTENTLY tak solat Jumaat ada hati nak cerita pasal Hudud!!!

    Ingat lagi alasan Mooh menentang undang2 baru yg dilaksanakan di Kelantan!!!

    moo (October 17th, 2014 at 4:39 PM)

    WTF bodo …habis tu yg terlantar kat atas katil hospital tu semua kena masuk jail ka??

    kalau dah bodo tahap umno tu tetap lah bodo nya..he…

    http://www.mykmu.net/2014/10/17/apa-salah-kpj-taja-rozita-che-wan/

    Mooh, solat pun hang dok KANTOI, ada hati mahu cerita pasal Hudud!!!

    Er…Mooh, jangan pergi negeri Kelantan hari Jumaat ya!!! Takut nanti hang kena masuk jail satu tahun. Tapi tah can be considered as a blessing in disguise, boleh Mooh temankan Anwar Ibrahim dalam penjara nanti!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.