Subsidi Minyak: Apa Sekalipun Biar Logik &Praktikal

BAYANGAN kerajaan nak menggunakan kad pengenalan sebagai ‘method’ mengawal pemberian subsidi minyak, dari satu segi adalah baik sebab MyKad ni boleh digunakan untuk banyak fungsi, bukan setakat identiti diri. Tapi dari BANYAK SEGI yang lain, penulis melihat cadangan ini tidak praktikal serta mudah dimanipulasi.

Ambil satu contoh, nak kawal kenderaan warga asing dari guna RON95 pun banyak ketirisan berlaku, lagi nak kawal guna MyKad? Berapa banyak sangat kereta warga asing ni dibandingkan dengan pemegang MyKad kalau sistem itu dilaksanakann nanti?

Kerajaaan dan kementerian berkenaan perlu menerima hakikat bahawa ketirisan ini berlaku adalah kerana penguatkuasaan peraturan tersebut diserahkan kepada pengusaha stesen minyak dan kakitangan mereka yang majoriti terdiri dari pekerja asing untuk menjalankannya. Kalau situasi sama berlaku dalam soal penggunaan MyKad atau apa pun kad yang nak diperkenalkan nanti, maka cerita sama akan berulang cuma kali ini impaknya lebih teruk kerana menyebabkan ketidakadilan berlaku di kalangan rakyat.

Sehingga diakhirnya, matlamat tak tercapai, imej kerajaan pula semakin merosot.

Melainkan kerajaan memiliknegarakan semua stesen minyak di negara ini dengan semua pemilik dan kakitangan mereka adalah kakitangan kerajaan – yang mana mustahil, baik cari jalan lainlah.

Apapun, penulis terbuka dan tidak menolak kepada sebarang pembaharuan yang kerajaan nak perkenalkan, apatah lagi perkara tersebut masih dalam proses perbincangan. Cuma cerdik pandai yang membantu kerajaan dalam perkara ini diminta mengutamakan masa depan kerajaan BN dalam PRU akan datang, bukan untung rugi mereka semata-mata.

Senang cakap, dalam hal ini perlu dilibatkan sekali pemikir-pemikir politik dalam membuat keputusan, bukan ekonomi dan kewangan semata-mata.

Bercakap pasal isu subsidi minyak ini, penulis tak minat dengan klise seperti mengutamakan rakyat dan sebagainya kerana tak kira betapa betul pun kenyataan itu, hakikat dibawah, rakyat lebih suka dasar kerajaan yang dilihat tak menyusahkan mereka seperti minyak murah sampai mati.

Logik tak logik, boleh tak boleh, bukan mereka peduli, yang dia tahu setiap orang ada satu undi.

Maka itu, fikirlah suatu pendekatan yang kalau tak memuaskan hati semua orang pun, sekurang-kurangnya memuaskan hati majoriti besar pengundi yang lain.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

8 thoughts on “Subsidi Minyak: Apa Sekalipun Biar Logik &Praktikal

  • October 25, 2014 at 6:36 PM
    Permalink

    Mereka yang mencadangkan sistem subsidi itu agaknya dari mereka dan golongan yang duduk dalam pejabat berhawa dingin. Mereka jarang-jarang ke bawah melihat bagaimana sistem itu akan dilaksanakan, sistem yang melibatkan l/k 12 juta rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan, kereta mewah, kereta sederhana, van dan motorsikal. Mereka duduk berfikir dan berfikir dan cuba pratikkan apa yang mereka belajar tentang komputer, tentang chips, tentang digital. Tetapi apabila sistem digital dipraktikkan dengan manusia mereka tidak tahu kesannya dan akibatnya.

    Nak gunakan MyKad pengguna perlu beratur untuk didaftarkan, untuk “masuk” ke dalam sistem. Selepas itu semua Patrol Station perlu dikenakan dengan sistem yang dicadangkan.

    Untuk laksanakan sistem mengunakan MyKad itu sahaja akan memerlukan cara,tenaga, masa dan wang mungkin berjuta RM dan ia perlu diberi penerangan kepada rakyat/pengguna.

    Dari segi salahguna dan penyelewengan akan berlaku juga. Mungkin pakar-pakar IT dan pakar dari pengusaha Patrol Station dapat memberi pandangan yang lebih.

    Reply
  • October 25, 2014 at 6:41 PM
    Permalink

    Dah kurangkan subsidi tu dah cukuplah, jgn bua idea2 bangang lagi yg menyusahkan rakyat.

    Reply
  • October 25, 2014 at 11:13 PM
    Permalink

    sebenarnya kerajaan nak rakyat merasa bangga kerana mampu membeli minyak dengan harga mahal..

    Reply
  • October 26, 2014 at 11:43 AM
    Permalink

    Bila ramai sangat yang bijak pandai, pakar dalam IT, ekonomi, yang lulus pelajaran dengan degree, master dan doctrate dari luar negara maka inilah yang jadi – tukang fikir dan akhirnya menyusahkan Kerajaan dan rakyat. Sila baca artikel di bawah ini. “Biar logik dan praktikal” memang betul tajuk ini.

    http://www.nst.com.my/node/46235

    Reply
  • October 26, 2014 at 12:04 PM
    Permalink

    Quote dari NST =

    “The New Straits Times quoted Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry secretary-general Datuk Seri Alias Ahmad as saying the government had received 77 applications to develop mechanisms for the sale of RON95 petrol.”

    “He had said the companies that applied had been given 21 days, since Oct 15, to develop the system, after which the government would select the best. Once this is done, four months will be allocated for testing the system.”

    “What happens if the selected system comes up bust in those four months? Obviously, the deadline will have to be pushed back.”

    Berapa banyakkah wang ringgit diperlukan untuk “to develop mechanisms for the sale of RON95 petrol”? Berjuta? Kalau sistem itu tidak pratikal macam mana? Membazirlah! Kerajaan rugi. Yang untung mereka/syarikat yang merangka/membuat sistem itu.

    Kita lihat, dengar dan tunggu.

    Reply
  • October 27, 2014 at 9:44 AM
    Permalink

    Saya masih berfikir bagaimana sistem mengunakan MYKAD untuk membeli petrol RON 95 akan dilaksanakan di seluruh negara.

    Pertama siapa akan menentukan yang mereka yang layak menerima subsidi tidak digunakan atau menggunakan MYKADnya untuk memandu kereta orang yang tidak layak untuk pump petrol di Patrol Station dan diberi ganjaran/upah.

    Reply
  • October 31, 2014 at 12:02 PM
    Permalink

    Ramai penguasaha mini stesyen kecil luar bandar panik, sebelum ini penjenamaan stasyen baru memakan kos yang tinggi dibayar oleh pengusaha sendiri..kali ini sekali lagi kena tanggung kos sistem baru yan akan dilaksanakan.. sekiranya buat pinjaman bank untuk menangung kos ini..terpaksala berhutang bank maka sampai pencen pon belum tentu boleh bayar..rata2 pengusaha adalah golongan berumur, sistem ini juga tak praktis dikampung terutama terdapat terlalu sedikit golongan kaya..oran miskin tu ramai la…terutama penoreh dan petani..internet juga selalu rosak.

    Reply
  • October 31, 2014 at 12:07 PM
    Permalink

    sistem internet di kampung selalu tergendala…kadang2 kebal kena curi.berminggu2 baru selesai…tolonglah pertimbang betol2…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.