SOSMA Terbukti Mampu Bendung Keganasan

sosma

PIHAK yang mempertikaikan keupayaan undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA ini, patut menilai semula pandangan itu melihat kepada banyak kejayaan pasukan keselamatan dalam menangani isu berkaitan kebelakangan ini menggunakan undang-undang tersebut.

Antara lain ialah kejayaan menumpaskan aktiviti merekrut rakyat kita untuk mati katak di Syria dengan penahanan 3 kepala besar dan pengikut masing-masing di Shah Alam kelmarin. Sebelum itu, beberapa individu berjaya ditahan di lapangan terbang dalam perjalanan untuk kononnya berjihad di Syria.

Jihad yang sebenarnya (kalau betul nak mati syahidlah), ialah di Gaza lawan Yahudi, bukan di Syria dimana yang dibunuh tu ramainya orang Islam sendiri.

Sebelum ini pun SOSMA sudah menunjukkan belang bila undang-undang berkenaan digunakan secara meluas dalam menumpaskan/menahan lanun-lanun Sulu serta penyokong mereka di kalangan rakyat ini kerana menceroboh dan menyerang negara ini tahun lepas.

Ini semua kejayaan SOSMA yang dirangka pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan ISA. SOSMA bukan jaminan keganasan tidak akan berlaku langsung di negara ini – samalah macam ISA pun. Ketika ISA masih berkuatkuasa dulupun, banyak kejadian keganasan berlaku di negara ini.

Antaranya peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985, serangan balai polis di Batu Pahat 1980, Peristiwa Bukit Jenalek 2000, penawanan Kedutaan Jepun 1975, Amukan Prebet Adam 1987, tebusan di Penjara Pudu 1986, Peristiwa Kg Medan 2001 dan sebagainya.

Generasi muda hari ini mana yang malas nak membaca, memang tak tahu semua kejadian ini dan menganggap kejadian letupan bom tangan di Bukit Bintang baru-baru ini bukti negara ini tak aman selepas ISA dimansuhkan. Hakikatnya, ISA mahupun SOSMA tidak mampu menghalang keganasan dari berlaku.

Kedua-dua undang-undang tersebut hanya memberi lebih banyak pilihan kepada pasukan keselamatan untuk bertindak ke atas pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan di negara ini, tanpa terlalu terikat dengan undang-undang jenayah biasa seperti tahanan reman (dapat kebenaran majistret terlebih dahulu) dan sebagainya.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

4 thoughts on “SOSMA Terbukti Mampu Bendung Keganasan

  • October 16, 2014 at 2:40 PM
    Permalink

    kita harap SOSMA dapat bertindak lebih berkesan dibandingkan dgn ISA.

    Reply
  • October 16, 2014 at 3:17 PM
    Permalink

    SOSMA ke ROSMA ke….penghapusan ISA adalah langkah yang paling tak cerdik sekali yang Najib buat !! tak pernah keharmonian negara tergugat sampai ke tahap ini….

    Reply
  • October 16, 2014 at 3:44 PM
    Permalink

    dan adamyan…aku tak bercakap pasal bom dan senjata api, aku bercakap pasal keharmonian negara..hang ingat operasi lalang tahun 80 an dulu ?? ianya bukan disebabkan oleh peluru atau pun bom…tapi anasir-anasir subersive yang nak mengugat keharmonian negara. Tun gunakan ISA…apa jadi ?? negara kembali aman.

    Reply
  • October 16, 2014 at 5:05 PM
    Permalink

    I prefer ISA dan EO dikembalikan compare to the current SOSMA act!!!

    SOSMA is just a LAWYER’s UTOPIA whereby justice must be served to all parties, even those who we know shall/have committed such terible act!!!

    ISA and EO is more about keeping the PEACE in Malaysia, by taking ACTION to those who we know shall/have committed such terible act before it even happens!!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.