Sentuh Anjing: Penganjur Dah Minta Maaf, Izzah Bila?

SATU Malaysia tahu program sentuh anjing dianjurkan di Selangor – negeri Pakatan. Satu Malaysia juga tahu program itu dapat sokongan Pakatan Rakyat – Pakatan lagi. Malah anak Anwar, Izzah pun ucap tahniah pada penganjur kerana berjaya bawa gadis Melayu yang keliru untuk belai dan pegang anjing.

Itu yang sokong secara langsung, yang sokong tak secara langsung pun ramai. Orang-orang macam Azmin dan Anwar adalah diantara beberapa orang darinya. Kedua-dua mereka pernah dipetik sebagai berkata, isu anjing tak penting, ada isu lain yang lebih penting.

Tapi terlupa, anjing hanya subjek, soal pokok yang lebih besar ialah agenda untuk mengelirukan umat Islam dengan pogram seperti itu.

Kini, penganjur dah minta maaf, semua yang disebutkan di atas tu bila pulak nak minta maaf?

Benda pelik-pelik macam ini mudah saja nak sokong dan ucap tahniah. Kalau nak nampak liberal sangat pun agak-agaklah, janganlah main-main dengan agama. Konon sentuh anjing ni stigma, sapa cakap itu stigma, ini soal hukum, soal akidah, bukan boleh buat main-main.

Apapun, dengan pengakuan dan penafian penganjur, membuktikan bahawa dalam hal ini yang membantah tu betul, yang menyokong tu salah aka, Izzah salah. Nak tanya, tak malu ke membodohkan diri sendiri ke seluruh negara?

Sepanjang isu ini bermula 19 Oktober lepas sehingga sekarang, banyak bukti menunjukkan pemimpin Pakatan (terutama dari DAP), cuba mengambil kesempatan dengan memetik separuh sana kenyataan, separuh sini kenyataan untuk mengatakan program itu baik, mereka betul.

Rakyat menunggu ni.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

10 thoughts on “Sentuh Anjing: Penganjur Dah Minta Maaf, Izzah Bila?

  • October 25, 2014 at 8:54 PM
    Permalink

    Tak ada alasan apa juga yang boleh diterima disebalik anjuran pegang anjing. Orang melayu tak suka anjing bukan kerana anjing itu anjing. Tapi orang melayu yang agama mereka islam diajar sejak dari mula mereka pandai bercakap bahawa anjing, babi, arak dan tuak itu haram.

    Bila haram secara otomatic kita mesti jauhkan diri. Nampak anjing kita pun mengelak dari tersentuh dan perlakuan ini nampak macam kita takut atau benci anjing. Tapi itulah hakikatnya kita terpaksa jauhkan diri elak dari tersentuh , jauh sekali untuk menyentuh.

    Pada penganjut, pada yang pegang anjing, pada yang sokong senyap2… kita katakan kau semua berhenti lah jadi manusia bebal. Berhenti jadi perosak agama.

    Reply
  • October 25, 2014 at 9:32 PM
    Permalink

    Menyelaras dan mendidik orang Melayu dan Muslimin di seluruh Malaysia bukanlah perkara yang mudah/

    Dari 28.334juta rakyat malaysia, penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%) ,
    Kristian 2.617j (9.2%),Buddhist 5.620j (19.8%),Hindu 1.77 (6.3%),Cina Tradisi 0.356j (1.2%),lain-lain 0.11j (0.4%),tiada agama 0.2j (0.7%)dan tidak diketahui 0.272j (1%).

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam, JAKIM dan semua Jabatan Agama Islam dan Mufti di tiap-tiap negeri dan Daerah serta Jawatankuasa Masjid dan Surau di seluruh Negara perlu bertindak proaktif demi menyatupadukan Muslimin di Negara ini dan mereka tidak ketinggalan dan jahil dalam perintah dan hukum hakam Islam.

    Reply
  • October 25, 2014 at 9:36 PM
    Permalink

    Pasal anak perempuan anwar ni dia budak lagi hingus tak kering.hari tu kata orang melayu boleh murtad kena sound baru nak spin kata silap paham.baru ni menangis depan mahkamah mengaku buat fitnah pada nong cik masa lawan kat lembah ppantai.eeeiii tengok muka macam ba** mak bapak dia tak ajar ke?

    Reply
  • October 25, 2014 at 10:56 PM
    Permalink

    Nurul izzah mana nak tarik balik kenyataan dia, anak papa kan…… Mana ada otak mcm nik ajis kata

    Reply
  • October 26, 2014 at 12:00 AM
    Permalink

    Nurul ni dulu bab murtad..lani bab anjing..lepas ni bab APA plak?..liwat OK kot.

    Reply
  • October 26, 2014 at 12:18 AM
    Permalink

    Dalam alQuran tak plak ada nas kata anjing tu haram di sentuh…cuma babi & arak jerr yang di haram kan makan & minum selain perlakuan zina dll. Tapi dari mana plak imam Shafie dapat wahyu kata anjing tu haram….? Gila punya fiqh ulama silam ni…memandai mandai ulama klasik ni menambah nambah perkara yang tak di sebut dalam kitab suci ALLAH ni.

    Jika aku tersilap sila beri fakta soheh ikut ajaran ALLAH bukan nya pendapat para ulama muslim silam….!!!

    Reply
  • October 26, 2014 at 11:18 AM
    Permalink

    BangKano, sila lihat dan dengar apa kata Ustaz Azahar Idrus melalui YouTube ini – https://www.youtube.com/watch?v=sY3cxhPiExw.

    Kita orang Melayu, orang Islam dari semenjak dilahirkan, dari kecil, dibangku sekolah diajar agama, ikut ajaran ibu/bapa, guru agama, ustaz/ustazah, ikut Imam Masjid, ikut kitab, ikut Al Quran, ikut Hadis, ikut Rukun Iman dan Rukun Islam, ikut Perlembagaan, Undang-Undang Am Persekutuan seperti Akta Lalu Lintas, Akta Dadah Berbahaya, Kanun Keseksaan (Penal Code) dll dan Undang-Undang Negeri dan Undang-Undang Syariah Islam di setiap Negeri dan Willayah.

    Orang bukan Melayu dan bukan Islam mereka ikut kitab lain, buku lain, adat resam dan budaya mereka. Kita orang Melayu dan Islam nak ikut mereka ke? Ikut orang tidak faham?

    Kalau ada orang langgar isyarat lampu merah semasa memandu kereta di persimpangan jalan raya perlu ke mita ikut mereka?

    Mereka yang tidak faham akan adat resam kita orang Melayu dan Islam bukan di Malaysia sahaja. Di Singapura dan seluruh Dunia pun banyak. Kita perlu berhati-hati akan artikel yang mereka tulis. Jangan terpengaruh dan dipengaruhi.
    http://www.thestar.com.my/News/Regional/2014/10/26/Wagging-their-way-into-my-heart/

    Reply
  • October 26, 2014 at 4:51 PM
    Permalink

    Penganjur dan pengikutnya perangai macam hanjing.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.