Semangat Hijrah Dalam Agenda Transformasi Negara – Najib

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, bersama kita memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya, maka kita sekali lagi dapat meraikan Sambutan Maal Hijrah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Tarikh 1436 Hijrah ini, mengingatkan kita kepada penetapan takwim Islami oleh Amirul Mukminin Saiyidina Umar al-Khattab r.a. yang merupakan satu bentuk inovasi dalam urus tadbir terbaik pemerintahan Khilafah Islamiah pada waktu itu.

Sudah tentu, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, sentiasa mencontohi serta menjiwai roh dan semangat peristiwa hebat ini sebagai tunjang kepada transformasi dan pembangunan negara yang realitinya mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum.

Justeru, dengan berwahanakan Gagasan 1Malaysia, kita menggarap semangat Hijrah ini ke dalam agenda transformasi nasional. Prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial perlu dijadikan asas bermasyarakat melatari landskap kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni.

Semestinya, kita bersepadu usaha dalam agenda menegakkan syiar dan syariat Allah. Isyarat inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT di dalam surah al-Anfaal ayat ke-73 (yang bermaksud):

“Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.”

Berpandukan kepada semangat Hijrah, saya telah membentangkan ‘Bajet Tahun 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat’ bagi terus memperkukuh kemapanan ekonomi, memperkasa transformasi dan mendahulukan keperluan rakyat. Harapan kita, Malaysia akan berkembang dan terus berkembang melalui perlaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah kita rancang dan laksanakan.

Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) adalah bukti pengiktirafan dunia kepada Kerajaan dan seluruh Rakyat Malaysia. Malah ini juga perlu dilihat sebagai satu penerimaan dunia kepada pendekatan wasatiyyah yang berpaksikan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa agar kehadiran tahun 1436 Hijrah ini menghampirkan lagi kita kepada ketakwaan kepada Allah SWT. Semoga tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” ini, menjadi peneguh kepada cita-cita kita semua.

5 thoughts on “Semangat Hijrah Dalam Agenda Transformasi Negara – Najib

  • October 24, 2014 at 12:28 PM
    Permalink

    Kita aje lah yang di suruh buat macam-macam demi negara. Bangsa lain yang di berikan pertolongan oleh orang Melayu ada peduli pasal ni? Orang Melayu dah cukup baik dan banyak melakukan transformasi serta pengorbanan. Engko jadi PM pun sebab orang Melayu.
    Didik si mata sepet dan si kulit gelap lakukan transformasi. Jangan di tagih pada Melayu lagi.
    Enough is enough.

    Reply
  • October 24, 2014 at 3:02 PM
    Permalink

    Pak Najib…semangat je tak cukup, dan saranan pada rakyaat pun tak memadai, kerajaan kena show the way….kena start dengan pemimpin.

    Reply
  • October 24, 2014 at 9:33 PM
    Permalink

    Setuju dgn raplah.sampai bl nk harap rakyat yg bgerak tp pemimpin setara tu je……..nak harpkan pembangkang ….hurm!!!!

    Yg nampak agresif kerajaan bg subsidi tp nmpk mcm x bijak.sbb duit blh habis sekelip mata.

    Yg teruk lg golongan sederhana yg bgaji 3k bujang pn x ckp nk beli rumah kos sederhana.

    Reply
  • October 24, 2014 at 11:02 PM
    Permalink

    najib pandai hijrahkan duit je sebba tu duit negara banyak abis dihijrahkan dalam akaun anak beranak dia..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.