Presiden PAS Mungkin Boikot Mesyuarat Terakhir PR

Pakatan pembangkang PR yang terdiri dari PKR dan DAP dijadualkan akan mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) pada 27 Oktober 2014, sehari sebelum perbicaraan rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Portal pro pembangkang, Malaysia Insider dalam laporannya menggambarkan pertemuan penting itu sebagai mesyuarat pimpinan PR yang terakhir sebelum Anwar dipenjarakan. Sepertinya sudah menjangkakan peluang untuk Anwar lepas bebas dari kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya terlalu tipis sekali.

Barangkali tanggapan sedemikian timbul setelah mengambil kira pengakuan Anwar sendiri yang bersedia dipenjarakan asalkan tidak lagi dipukul atau disebabkan kenyataan Nurul Izzah yang redha menerima takdir Anwar akan dipenjarakan sekiranya didapati kekal bersalah meliwat Saiful Bukhari.

Ataupun tanggapan itu sengaja dipotretkan begitu sebagai satu kempen halus untuk mengetuk rasa simpati khalayak supaya akan turut sama menyertai himpunan bagi memberi tekanan terhadap hakim-hakim yang terlibat dalam perbicaraan.

Hakikatnya apa sahaja tanggapan yang wujud ia masih sekadar andaian semata-mata sama seperti kita juga masing-masing ada andaian tersendiri. Satu yang jelas pada 28 dan 29 Oktober ini barulah keputusan yang sebenar-benar muktamad akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berbalik kepada topik asal berhubung mesyuarat terakhir PR, portal tersebut ada memetik satu sumber yang rapat dengan Presiden PAS yang menyatakan kemungkinan Abdul Hadi Awang tidak akan hadir dalam mesyuarat tersebut atas alasan keesokan harinya perlu menghadiri perbicaraan di Kuala Terengganu.

Perbicaraan mahkamah yang dimaksudkan itu berkaitan dengan kes saman malu RM2 juta oleh calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul bin Mat Amin berhubung tuduhan Hadi semasa PRU-13 lalu yang mendakwa ada calon PKR di Terengganu yang terlibat dalam aktiviti mengedar pil kuda.

Seandainya sumber rujukan yang dipetik itu sahih dan Hadi Awang benar-benar tidak meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat yang sebegitu penting, ia boleh diandaikan sebagai tindakan boikot secara terbuka oleh Presiden PAS yang akan menambah jurang pertelingkahan antara parti itu dengan rakan sepakatannya.

Ketidakhadiran Hadi kali ini akan ditafsirkan sebagai memperkecilkan kerjasama longgar ketiga-tiga parti pembangkang utama yang bersekedudukan dalam gabungan yang tidak berdaftar itu. Bila sudah demikian pastinya PAS akan terus dipandang serong oleh penyokong PR yang sudah sedia meluat dengannya.

Khabarnya sudah lebih setahun Hadi tidak menampakkan dirinya dalam mesyuarat Majlis Presiden PR, seakan sengaja memboikot atau mungkin satu bentuk protes senyap terhadap DAP dan PKR. Senario ini jelas menonjolkan kerenggangan hubungan seumpama retak menanti belah sesama pemimpin tertinggi parti pembangkang.

Seandainya kali ini PAS masih mewakilkan kepada Timbalan Presidennya Mat Sabu untuk hadir mesyuarat, alamatnya dalam mesyuarat itu nanti PAS cuma jadi tukang angguk sajalah. Lim Guan Eng kata begitu, Anwar kata begini, semuanya dia ikut. Itu bahananya kalau dibiarkan Mat Sabu mewakili PAS.

Sepatutnya kalau masih tersimpan keinginan dalam diri Hadi untuk terus serius bersekedudukan bersama DAP dan PKR, rasanya tidak menjadi kesukaran untuknya hadir seketika sekadar menunjukkan muka dalam mesyuarat PR. Tiket kapal terbang masih berlambak untuk tarikh tersebut.

Setidak-tidaknya kehadiran Hadi nanti membolehkannya membuat lambaian terakhir untuk Anwar yang sekarang ini selangkah kakinya sudah menuju tirai besi. Inilah masanya untuk Hadi buktikan PAS masih ada hati untuk terus bersama bersama PR.

Pasal kemungkinan kerjasama ini kelak akan makin menggugat dan menggadai prinsip perjuangan PAS bukannya persoalan penting yang wajat dirisaukan. Alah bisa tegal biasa, jadi alang-alang dah terbiasa gadai sana sini apa salahnya untuk kembali sehidup semati hingga hilang jatidiri, tak begitu?

8 thoughts on “Presiden PAS Mungkin Boikot Mesyuarat Terakhir PR

  • October 25, 2014 at 8:26 AM
    Permalink

    mungkin…kalau….jika

    persepsi pasal pas yang terkenal dengan kluk klek dan u-turn hanya buang masa saja

    Reply
  • October 25, 2014 at 8:50 AM
    Permalink

    Dia tak kan berani, nanti kena marah oleh PKR dan DAP !!!

    Reply
  • October 25, 2014 at 10:06 AM
    Permalink

    AnwarIbrahim sedang menggambarkan sesuatu yang besar bakal berlaku untuk dirinya. Dia bayangkan seluruh dunia akan meratapi dirinya dan semua longkang dan parit serata dunia akan penoh dengan air mata mengalir milik orang yang mengenalinya dan menangisi untuk dia.

    Tidak kita sangkal populariti Anwar. Kita tahu individu popular dunia sejak dari zaman dulu mengelek tag forte masing 2. Tentunya segala yang terpuji adalah milik Rasulullah. Hitler jugak popular tapi kita tahu Hitler apa forte nya. Demikian juga AnwarIbrahim.

    Sebagai manusia, kita bersimpati. Tapi simpati kita tetap terbendong atas rasa sedar pada qada’ dan kadar Allah. Allah melarang sebarang yang mungkar dan berlakunya mungkar, hukuman akan menunggu. Hukuman meringankan dosa walau tidak menghapus semua. Dosa terbagi dosa kecil dan dosa besar. Kita akur hanya dosa syirik tidak diampun, segala yang lain terampun sebagaimana janji Allah.

    Lakaran diatas adalah untuk yang mempunyai niat yang bebeza. Tidak untuk yang sealiran dengan penulis kerana kita sememangnya sedar atas duduk perkara.

    Reply
  • October 25, 2014 at 10:12 AM
    Permalink

    MAT SABU akan hadir!

    Reply
  • October 25, 2014 at 2:13 PM
    Permalink

    sebelum ini
    haji adi dan nik aziz
    dilihat sebagai orang agama Pas yg beria-ia berpeluk cium dgn anwar dan kit siang
    jawatan Murshidul Am tu pun bukan calang2 tarafnya
    jadi kalau hj adi tak boleh hadir atas alasan kes mahkamah esoknya
    elok saja diwakilkan kpd Nik Aziz
    kita nak tenguk juga sejauh mana kejantanan nik aziz pertahankan Islam dan prinsip parti
    selama ini nik aziz hanya melaung dari jauh
    apa kata masuk gelanggang musyuarat dan katakan apa yg nak dikata!
    atau nik aziz nak kata
    ‘kalau hj hadi tak nak pergi, itu dia punya pasal,
    tak ada kena mengena dengan amba!’

    Reply
  • October 25, 2014 at 11:22 PM
    Permalink

    presoden pas ni tak leh di caya..dia punya cakap pusing macam serban dia jugak..last kene gertak dap teurn je menunduk..susah2 anak buah cover dia ikut je cakap cina dap n abg nuar bontot..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.