Pengertian PELACUR Pada DAP, Bergantung Kepada Untung-Rugi

Bukan main marah lagi DAP apabila tiga orang wanita jelita dengan salah seorang daripada mereka berniqab dan telah menghasilkan sebuah buku bertajuk, ‘Pelacur Kelas Pertama’, disarankan agar ‘jadi pelacur’ sekaligus menunjukkan betapa teruknya pemahaman Bahasa Kebangsaan mereka apabila tidak dapat membezakan antara ayat nyata dengan ayat sindiran.

DAP mengambil kesimpulan mudah daripada kegagalan mereka memahami struktur ayat dalam Bahasa Melayu dengan membuat laporan kepada polis dan SKMM atas alasan, artikel berkaitan menghina keseluruhan perempuan Melayu.

Konon-kononnya macam DAP baik sangatlah dan tidak sanggup melihat perempuan Melayu dihina sebegitu rupa.

Bagaimanapun, secara realitinya, kemarahan DAP itu mudah untuk ditelah. DAP marah kerana label ‘pelacur’ bagi semua orang di dunia ini merupakan satu penghinaan. Kerja-kerja pelacuran meskipun merupakan industri tertua di dunia, adalah kerja paling kotor dan paling menjijikkan. Perkataan ‘pelacur’ itu sendiri selain daripada bermaksud wanita atau lelaki menjual harga diri menerusi perniagaan alat syahwatnya, turut bermaksud menggadaikan maruah diri bagi tujuan keuntungan (Kamus Dewan Edisi Keempat, Muka Surat 864).

Konon-kononnya untuk membersihkan maruah ketiga-tiga perempuan cantik yang telah ‘dilacurkan’ oleh DAP untuk mendapat sokongan anak-anak muda…

Bagaimana pula dengan hal ini?

Jalan P.Ramlee, Georgetown telah dinaiki air sehingga merosakkan sambutan perayaan Aidil Adha. Hampir keseluruhan yang terlibat dalam insiden tersebut adalah Melayu-Islam. Baik ADUN mahupun Parlimen, baik Exco apatah lagi Ketua Menteri, semuanya adalah DAP.

Kelibat mana-mana pemimpin DAP tidak kelihatan langsung. Berbeza dengan masalah yang berlaku di kawasan berpopulasi Cina, DAP sanggup bertegang urat, menghalau para penjaja Melayu bagi memastikan laluan ditutup untuk para penjaja berbangsa Cina. Kawasan perumahan setinggan Cina, telah dijadikan sebagai Kampung Warisan, manakala perkampungan Melayu, termasuklah perkampungan bersejarah yang cukup kuat dengan sejarah Pulau Pinang seperti di Batu Kawan dan Tanjung Tokong mahupun di Balik Pulau, telah dirobohkan atas alasan pembangunan. Perkampungan Melayu digambarkan sebagai perkampungan setinggan, walaupun Pulau Pinang asalnya adalah sebuah perkampungan Melayu dan merupakan salah satu daerah Negeri Kedah dengan 12 orang Penghulu sebelum kedatangan Francis Light yang meminta bantuan daripada penghulu-penghulu tersebut pada tahun 1786 untuk membekalkan air dan makanan.

Apa yang berlaku selepas dua hari kawasan tersebut dilanda banjir?

IMG-20141004-WA0012

Lim Guan Eng yang tidak pernah turun melawat kawasan banjir membabitkan kawasan-kawasan Melayu itu, bersama-sama Wong Kim Fei yang merupakan Pegawai Akhbar, Lee Yoeu Chek yang merupakan Pegawai Pelaburan Pulau Pinang dan Li Hung Lung telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menuju ke Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA692.

Bukankah mereka yang terlibat dengan banjir di Jalan P.Ramlee itu telah dilacurkan oleh Lim Guan Eng dan DAP?

Dalam kempen PRU-13, DAP dan Lim Guan Eng menyatakan, jikalau mereka diberikan mandat untuk memerintah Pahang, DAP hanya akan mengambil tempoh selama sebulan untuk mengatasi sebarang masalah banjir di Pahang. Kata-kata dan kenyataan tersebut, kemudiannya digunakan oleh DAP sebagai salah satu hujah kempen sedangkan ia sebenarnya tidak lebih daripada satu pemelacuran para pengundi, terutama sekali di kawasan berpopulasi Melayu-Islam di Pulau Pinang.

Setelah enam tahun Lim Guan Eng dan DAP memerintah Pulau Pinang, apa perjuangan yang telah dibuat oleh DAP kepada masyarakat Melayu dan India berbanding masyarakat Cina?

Bukankah gelagat serta amalan DAP dan Lim Guan Eng itu sendiri adalah melacur kedua-dua masyarakat tersebut bagi membolehkan dia dan DAP terus berkuasa di Pulau Pinang? Dan bukankah pada masa yang sama, Lim Guan Eng dan DAP cukup suka menyalahkan UMNO-BN bagi setiap masalah, sedangkan di tangan Lim Guan Eng dan DAP sendiri, masalah itu tetap tidak dan sengaja tidak diselesaikan?

Bukankah itu namanya PELACURAN juga?

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

10 thoughts on “Pengertian PELACUR Pada DAP, Bergantung Kepada Untung-Rugi

  • October 5, 2014 at 12:10 AM
    Permalink

    Dia ni saja buat gimik stunt untuk lariskan novel dia tuuulah. Tgk lepas ni novel pasti meletup dan alih bahasa China dan Tamil..

    Reply
  • October 5, 2014 at 2:28 AM
    Permalink

    Dap tu pelacur, pelacur tu dap.

    Reply
  • October 5, 2014 at 2:43 AM
    Permalink

    1. Laaa … imej pertama(poster/kulit buku) tu kata: pelacur kelas pertama.
    Patutlah ada yg marah2. Saman aje sape2 yg buat poster/kulit buku tu …
    2. Para 3 dari Boss HT di atas: ” … konon-kononnya macam DAP baik sangatlah dan tidak sanggup melihat perempuan Melayu dihina sebegitu rupa … ”
    Kwang kwang kwang … ptuiihhh. Hari tu sape agak2nya yg babi-culously menggelar seorang perempuan Melayu sebagai ‘nenek racist’? Memang dasar demented selective memory!
    3. Banjir di Pulau Pinang:
    a. Rasa2nya DAP PPinang sedang membina legasi pemerintahannya yg tersendiri bagi menghakis serta menghapus peninggalan pemerintahan sebelumnya.
    b. Antaranya, ‘Pearl of the Orient’ akan digantikan dengan ‘Venice of the Orient’. Sudah tentu hal ini akan melibatkan banyak kawasan2 yg perlu dinaiki air. Apa yg dapat kita saksikan sekarang ini adalah ‘trial’ atau ‘wet run’.
    c. Paparan imej ke 2 menunjukkan jenis pengangkutan yg bakal digunakan … yg dinamakan ‘gondollah'(bukannya meniru ‘gondola’ di Venice tu); kerana akan kelihatan pemandangan kawasan yg berair dengan sistem pengangkutan ‘gondollah’ kelak berlatarkan bukit-bukau yg telah digondolkan.
    d. Dengan kerjasama sahabat ‘baik’nya di Kem. Pelancongan, ‘Monsoon Tourism’ bakal menjadi daya tarikan unik PPinang dan saling melengkapi ‘Monsoon Cup’ yg ada di pantai timur negara. Tak silapnya, delegasi PPinang sedang berada di Hongkong bagi memperkenalkan, mempromosi serta mengedar risalah2 mengenai ‘Monsoon Tourism’ tersebut.

    Reply
  • October 5, 2014 at 2:48 AM
    Permalink

    Pembetulan entry 2.43 am di atas:
    1. Laaa … imej pertama iaitu poster/kulit buku tu kata: (nama perempuan) pelacur kelas pertama.
    Patutlah ada yg marah2. Saman aje sape2 yg buat poster/kulit buku tu …

    Reply
  • October 5, 2014 at 7:47 AM
    Permalink

    DAP bukan jalang tapi bapa ayam atau bapa jalang….yang akan mencari mana mana Melayu untuk dijadikan jalang Politik mereka..,,dan mereka akan terus mencari dan memperguna serta sanggup membuat apa saja demi jalang belaan mereka sebagaimana Nuar Berahi,,..didalam banyak-banyak jalang …jalang politik mereka yang paling menguntungkan adalah Nuar Berahi….sehingga Melayu jadi sasau ..berpecah belah dan jika tidak terkawal …boleh berbunuhan sesama Melayu..,.itulah taktik politik bapa jalang DAP komunis..!!!

    Reply
  • October 5, 2014 at 11:10 AM
    Permalink

    Tiga pelacur dap harus belajar dari rosmah dihina,dimaki dan fitnah telah terima itu main politik kalau, tak kalau tak takut main politik jangan masuk politik nanti orang ketawakan

    Reply
  • October 6, 2014 at 8:43 AM
    Permalink

    laaaa komen dari org ameno kmu.net rupanya. ingatkan komen dari org berakhlak yang lebih mulia sikit dari lembu. rupanya lebih buruk dari lembu.

    tetapi sesuai la dgn taraf org jamban. nampak nya taraf jamban yang forum kmu.net milikki sejak dulu dan kini tak berubah, malah bersambung hingga ke selama2nya jamban.

    senornya biasa lah komen lendir dari kmu ni. bak kata member lama, nak popularkan kmu senang je, cite lendir. akan segar bugar la urat saraf kmu balik.

    balik cite asal, senornya org melayu ameno ni berpenyakit. bila tengok ada org melayu pegang bendera dap, melayu ameno rasa gatal2 badan. tak tahu nak luah kat mana, kmu.net jadi medan lepaskan gatal2 badan. bila tgk perempuan melayu masuk dap, melayu ameno terus je berlendir2. sekali lagi kmu.net dijadikan tempat utk lendir melendir.

    lebih baik mereka berada dalam dap berbanding dalam ameno. dalam dap mereka lebih selamat, di hormati dan dimuliakan. baik kerana agama mereka mahupun kerana statusnya sebagai wanita. seandainya mereka berada dalam ameno akan rosak binasa lah akhlak mereka.

    Reply
  • October 6, 2014 at 11:44 PM
    Permalink

    Haaha seekor paria bangsat nickname mohan perasan bagus..!!!!…bila jadi babi belaan dap komunis.!!!!..yang suka benda lendir ni para peniaga barangan lendir ni hanya orang dap komunis saja sebab itu bila polis buat operasi dap komunis jadi gila babi….!!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.