Pasma entah dari spesies mana : Hadi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang terus mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama berhubung larangan ke atas ahli parti itu agar tidak menyertai pertubuhan tersebut.

Abdul Hadi turut mempersoalkan status Pasma yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan dalam nada sinis menggambarkan beliau tidak tahu kalangan mereka ini yang dianggap ‘entah dari spesies mana.’

Beliau seterusnya mempertahankan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu atas alasan keputusan yang dibuat badan tertinggi Pas berkenaan disebabkan wujud aduan di peringkat negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit.

Jelasnya, salah laku itu membabitkan tindakan anggota Pasma yang dikatakan berkempen agar ahli Pas tidak menghadiri mesyuarat parti di peringkat cawangan dan pihaknya sedang menunggu laporan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Itu kita kena dengar penga­duan dari mana-mana negeri. Majlis Syura Ulama buat kenyataan itu (keputusan melarang ahli Pas sertai Pasma) dan ikut fahaman saya kerana ada anggota Pasma yang berkempen supaya (ahli Pas) jangan pergi mesyuarat cawangan Pas.

“Ada (aduan) negeri dan sebab itulah Majlis Syura Ulama buat kenyataan itu. Kita akan tengok sejauh mana (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pertembungan di antara Majlis Syura Ulama dan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli Pas menghadiri program pihaknya.
Phahrolrazi berkata, Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pas Pusat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang seringkali mencetuskan kontroversi turut mempersoalkan keputusan majlis berkenaan yang melarang semua ahli Pas menyertai sebarang program Pasma.

Mengenai bentuk tindakan yang mungkin dikenakan ke atas anggota Pasma sekiranya terbukti melakukan kempen agar ahli Pas tidak menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti itu, Abdul Hadi berkata: “Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu Pasma ini dari spesies mana.”

Mengulas kenyataan Phahrolrazi bahawa Majlis Syura Ulama tidak berhak membuat keputusan itu, Abdul Hadi berkata, Presiden Pasma itu tidak mempunyai hak untuk menyatakan demikian tanpa memahami Perlembagaan Pas.

Ditanya adakah kemungkinan Khalid dan Phahrolrazi tidak lagi diberi tempat dalam Pas akibat tindakan mereka mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama, Presiden Pas itu berkata, perkara tersebut bergantung kepada aduan daripada Pas negeri.

Utusan.

10 thoughts on “Pasma entah dari spesies mana : Hadi.

  • October 27, 2014 at 9:01 AM
    Permalink

    Hadi nimpresiden yg lemah, tak berani ambil tindakan tegas.

    Reply
  • October 27, 2014 at 9:09 AM
    Permalink

    Kuang ajaq depa ni.. aku dah habaq jgn pi PASEMAK depa ketegaq.. aku dah habaq kat TGNA tggu dia kata CELAKO CELAKO CELAKO PUOK2 NIH ni baru padan muka angpa.

    Reply
  • October 27, 2014 at 9:44 AM
    Permalink

    sengal betul hadi ni… jawapan pasma dr spesis mana tu nampak sgt kedunguan beliau… semua org dh tahu pasma asal usulnya dr mana dan beliau seorg shj yg tak tahu… kan ke itu satu jawapan yg agak bodoh? mcm mana lah pas ni boleh beliau dulu???

    Reply
  • October 27, 2014 at 9:51 AM
    Permalink

    HADI SEOLAH-OLAH BERHARAP
    APA YG SEDANG BERLAKU ADALAH SEBUAH MIMPI
    TAPI HAKIKAT SEBENARNYA
    PAS SEMEMANG DAH PERPECAH
    PASMA LAHIR SEMASA HADI JADI PRESIDEN
    MAKNANYA
    SEBAHAGIAN DALAM PAS TAK HORMAT KPD HADI
    MEREKA HILANG KEYAKINAN
    MEREKA MAHU BERJUANG IKUT CARA SENDIRI
    DASAR HADI GAGAL
    PAS HARI INI SEMEMANGNYA PUN GGAL
    SEKADAR NASI TAMBAH DALAM PAKATAN RAKYAT
    YG TIDAK BERMARUAH!

    Reply
  • October 27, 2014 at 12:03 PM
    Permalink

    PASMA? aku dah biasa guna perkataan PASMA sebagai singkatan “Pasar Malam” kalau nak ajak kawan2 pergi pasar lambak..”jom pergi Pasma”…

    Reply
  • October 27, 2014 at 12:34 PM
    Permalink

    Satu lagi manusia bodoh lagi sombong. Spesis ini lahir dari kedunguan Pemimpin macam diri dia. Muhasabah lah diri oiii…..masih ego untuk terima kenyataan malah terlalu sombong untuk perbaiki keadaan. PASMA ni small matter lah..kalu engko mmg ada telor….yang paling beso, disebabkan kebaculan engko dan spesis ciptaan dari makmal PAS, islam dah dihina dan di pijak-pijak oleh si kafir yang duduk sekandang dengan engko….

    Memang patut pun kene saman…

    Reply
  • October 27, 2014 at 1:18 PM
    Permalink

    pas pon huru hara…..klaka aku tengok politik pembangkang nih..

    Reply
  • October 27, 2014 at 11:14 PM
    Permalink

    pasma tu org pas yang mama dia specis pegang anjing

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.