Oktoberfest diluluskan Azmin ?

Kerajaan ne­geri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama empat Exco Pas tidak pernah meluluskan permohonan penganjuran festival minuman keras, Octoberfest.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu juga tidak pernah dibawa dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Sehubungan itu jelasnya, dakwaan Octoberfest diluluskan semasa pentadbiran Abdul Khalid adalah tidak benar.

“Terdapat tuduhan Octoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat Exco Pas. Ini adalah tidak benar.

“Ia tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Exco,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor merupakan salah seorang daripada empat Exco daripada parti itu yang terus setia bersama Abdul Khalid selepas pemecatan enam Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kemelut jawatan Menteri Besar sebelum ini.

Tiga lagi Exco Pas terbabit ialah Sallehen Mukhyi, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Halimah Ali.

Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu pada 23 September lalu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Semalam, UMNO Selangor melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri membenarkan papan tanda mempromosikan Octoberfest dipamerkan secara terang-terangan di bandar raya ini.

Pesta arak tersebut bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu akan diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Utusan

11 thoughts on “Oktoberfest diluluskan Azmin ?

  • October 8, 2014 at 9:12 AM
    Permalink

    Tak kira la azmin ke khalid ke…..sepatutnya kerajaan negeri tak benarkan pesta seumpama itu diadakan. Kerajaan negeri berkuasa penuh utk emnghalang dan tidak membenarkan.

    Reply
  • October 8, 2014 at 9:27 AM
    Permalink

    Ok laa kita tolak DAP dan PKR yang dah memang parti berkiblatkan yahudi, ini PAS ada 15 orang ADUN dalan DUN selangor, apa depa buat ? khalid gereja tu tolak sebelah, dia agama kat IC je tulis Islam…tapi cara hidup dah jadi macam kristian, arak boleh, rumah urut boleh, semua boleh…

    Sekarang kita boleh nampak jelas dan terang kepuraan PAS dengan Islam. Tak dak pulak cacai PAS yang keluar membantah pesta beer di shah alam, dulu konsert sudirman pun depa buat demonstrasi bagai nak rak !!

    Cheh PAS !! haram seduit pun tak guna !!

    Reply
  • October 8, 2014 at 10:21 AM
    Permalink

    Oktoberfest dan kedai2 arak lain serta pub tidak pernah menyuruh ornag Islam datang minum minuman keras di premis mereka. Sedangkan di Dubai pun ada Oktoberfest. Kalau kita tak nak minum dan enjoy Oktoberfest, jangan pergi minum. Kan senang begitu. Kalau orang apa ugama pun nak pi minum, itu dia punya pasal, nak cari dosa.

    Di Johor, ada finale Oktoberfest. Siapa agaknya yang meluluskan benda ni?

    Reply
  • October 8, 2014 at 10:23 AM
    Permalink

    pakatan haram tak boleh dipisahkan daripada babi, arak dan pusat pelacuran ia sudah menjadi pendapatan utama pemimpin pakatan haram pemimpin2 pas sama2 dapat saham akhirat nauzubillah

    Reply
  • October 8, 2014 at 11:04 AM
    Permalink

    Sri Hartamas, kalah hang tengok isu ini dari kaca mata liberal memang tak salah dari segi undang-undang…tapi kenapa ianya harus dibuat dikawasan terbuka parking lot 0ne utama ?? kalau kat dalam kawasan tertutup, selama ni pun tak dak sapa nak peduli lantak pi la kat depa…

    Lepas ni orang macam hang akan bagi alasan yang sama untuk buat pesta bogel pulak !! senang je alasan… ” kami tak jemput pun orang Islam “, percayalah cakap aku….

    Reply
  • October 8, 2014 at 12:40 PM
    Permalink

    itu belum lagi diaorang pegang kerajaan Pusat
    dulu kes macam ni tak terbuat
    .. sbb pemimpin UMNO dan BN takakan benarkan samasekali
    MCA dan MIC tahu had yg boleh buat dan tak boleh buat
    sekarang DAP dan PKR dalam kerajaan
    kepada Pas atas alasan apa sekali pun
    Pas tetap CAKAP TAK SERUPA BIKIN
    TAK PANDAI DAN TAKUT PERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
    kepada Pas kilang Carlsberg dan Guiness diShah Alam dan Sunway
    bila nak ditutup..
    MUNAFIK TU..BILA BERCAKAP PEMBOHONG
    BILA PEGANG AMANAH TAK JALANKAN AMANAH
    SIAPA DIA?..LU FIKIRLAH SENDIRI..

    Reply
  • October 8, 2014 at 1:59 PM
    Permalink

    sri hartamas says:

    “Di Johor, ada finale Oktoberfest. Siapa agaknya yang meluluskan benda ni?”

    sampai di Johor pun dia tahu ada oktoberfest, ni mesti pengunjung dan peminum setia air kencing setan oktoberfest…hehehehe

    nak tanya ni, di Johor dimana digantung banner besar ditepi jalan mempromosikan oktoberfest ni dan ditempat terbuka(seperti di Shah Alam, Selangor) mana di Johor oktoberfest ni diadakan?

    tak boleh jawab, diam sudah babi oii

    hehehehe

    Reply
  • October 8, 2014 at 2:09 PM
    Permalink

    PAS dan beer tidak dapat dipisahkan. Macammana budaya Jerman boleh diterapkan di Malaysia. Makin hari makin sesat pemikiran orang2 PR nih. TAKEBEERRRR….

    Reply
  • October 8, 2014 at 9:07 PM
    Permalink

    Apa komen puak2 pas kita bukankah Selangor itu ngeri PR dibimbangi naNti betullah tohmohan sesetengah pihak yg mengatakan menagapa Pas tolak untuk mencalonkan YB PAS UNTUK MENYENDANG mb Selangor walaupun jumlah wakilnya lebih ramai kerna takut berhadapan masalah spt inilah agaknya pabila negeri dikuasai Cina DAP,kalaulah begini nampak sangat kebaculan kita.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.