NGO Hak Asasi Pro-Anwar Kembali Masuk Campur

Dari tahun 1998 lagi, apabila melibatkan Anwar Ibrahim, segala macam NGO hak asasi antarabangsa akan berkerumum di Malaysia, kemudian cuba mengajar pemerintah Malaysia agar mengikut segala kehendak mereka. Mereka sahajalah yang sangat pandai, mereka sahajalah yang mampu menjaga hak asasi manusia. Manakala Malaysia pula sentiasa menggunakan pelbagai akta dan undang-undang untuk menekan musuh-musuh politik parti pemerintah.

Dengan kata-kata lain, tiada keadilan yang diberikan oleh pemerintah Malaysia kepada Anwar Ibrahim berdasarkan kepada pendapat NGO-NGO tersebut.

Sekali lagi, menjelang rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, NGO bernama Human Rights Watch muncul lagi dan kumpulan NGO yang sangat pr0-Anwar Ibrahim cuba mengajar Malaysia agar berkawan dengan dunia dengan menggugurkan dakwaan ke atas Anwar Ibrahim berhubung kes liwat.

Proses penghakiman sudah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Suka-suka hati nak gugurkan sebarang pendakwaan dan merencatkan proses perundangan hanya kerana yang dituduh adalah Anwar Ibrahim. Asal Anwar Ibrahim sahaja, mesti akan dihujahkan bahawa ia adalah tekanan politik dan cubaan untuk menamatkan kerjaya politiknya. Anwar Ibrahim cuba digambarkan sebagai seorang yang maksum, tidak pernah bersalah dan sentiasa menjadi mangsa fitnah.

Apa yang menyebabkan negara ini begitu mudah terdedah kepada campurtangan luar? Sehingga NGO yang tidak mempunyai autoriti seperti Human Rights Watch pun, turut berlagak seolah-olah mereka adalah polis dunia yang mahu mengajar Malaysia agar sentiasa menuruti kehendak mereka, kononnya agar Malaysia tidak tersisih daripada masyarakat dunia?

Tidak pernah pula terdengar kisah bagaimana Human Rights Watch atau mana-mana NGO termasuklah NGO tempatan yang membela mangsa-mangsa Anwar Ibrahim dari zaman dia menjadi ahli UMNO pada tahun 1982 sehingga dia dipecat dan disingkirkan dari UMNO dan Kabinet Kerajaan Malaysia pada tahun 1998. Tidak ada satu pun pembelaan dibuat, malahan Human Rights Watch mahupun NGO-NGO tempatan lain, langsung tidak menyebut sebarang kezaliman Anwar Ibrahim yang telah terbukti menerusi perbicaraan, bahkan fakta-fakta yang boleh disemak menerusi hansard Parlimen.

Rakyat Malaysia sudah acapkali diseru agar bertegas dengan orang luar dan tidak terlalu lembut leher apabila berhadapan dengan golongan luar yang cuba mengajar Malaysia bagaimana hendak menguruskan negara sendiri. Namun sehingga kini, masih terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang cukup seronok dan sangat terangsang apabila ada orang luar yang cuba mengajar mereka dan menganggap ajaran tersebut sebagai sesuatu yang mutlak dan qati’e tanpa mengambil kira, kumpulan-kumpulan tersebut sentiasa gagal melihat keadaan di negara mereka sendiri.

Malaysia telah memberikan keadilan dan kebebasan kepada Anwar Ibrahim. Bahkan sehingga kebebasan yang amat keterlaluan diberikan kepada Anwar Ibrahim berbanding mana-mana bekas banduan atau orang kena tuduh lain.

Perhatikanlah bagaimana Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson menyerang undang-undang Malaysia terutama pada undang-undang membaitkan liwat seperti Artikel 377, yang menurutnya bertentangan dengan standard undang-undang antarabangsa yang telah diterima secara meluas. Dia turut mempersoalkan yang Artikel 377 Kanun Keseksaan telah digunakan sebanyak tujuh kali semenjak tahun 1938 di mana empat daripadanya membabitkan Anwar Ibrahim.

Kedengaran seperti zalim sangat tetapi apabila diperhalusi, Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia itu mahu Malaysia mengiktiraf perbuatan liwat dan menganggapnya sebagai satu ketamadunan kerana telah diterima oleh dunia.

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

9 thoughts on “NGO Hak Asasi Pro-Anwar Kembali Masuk Campur

  • October 24, 2014 at 3:03 PM
    Permalink

    Human right watch adalah satu alay yahudi yang nyata !! so tak payahlah ambil peduli apa yang depa kata…depa tak dak credibiliti langsung !!

    Reply
  • October 24, 2014 at 4:03 PM
    Permalink

    ngo2 ni memang nak budaya lgbt berleluasa di malaysia/

    Reply
  • October 24, 2014 at 11:01 PM
    Permalink

    itu NGOK pro bontot..dah dibayar tu..termasuk NGO njing sekali..

    Reply
  • October 25, 2014 at 12:52 AM
    Permalink

    Hak asasi jagat cuma memihak semua perbuatan tak bermoral ikut hukum agama, perundangan & adat susila sesuatu bangsamakna…pada depa kebebasan bebas tanpa had ada lah hak individu tak wajib di kekang…..tu la definasi bagi puak puak songsang nih…!!!!`

    Reply
  • October 25, 2014 at 6:58 AM
    Permalink

    ZAMAN HAK ASASI DAN HAK KEBEBASAN BERSUARA PALING BERJAYA IALAH PADA ZAMAN JAHILIYAH DULU.NAK BUAT APA PUN BOLEH.MAIN APA PUN BOLEH TAK KIRA DEPAN BELAKANG.BEBAS.KAT MALAYSIA NI RAMAI YG NAK BALIK KE ZAMAN JAHILIYAH SBB RAMAI SGT YG MENYOKONG HAK2 ASASI MELAMPAU NI.

    Reply
  • October 29, 2014 at 8:49 AM
    Permalink

    Rakyat Malaysia yang waras perlu sedar bahawa si Anu ini telah “mentransformasi” masalah peribadinya serta masalah undang-undangnya kepada politik. Terdapat sebilangan pak turut yang terpengaruh kononnya atas nama “penindasan politik”. Ramai manusia yang buta hati mereka, kononnya nak menjadi pejuang !!!

    Reply
  • October 29, 2014 at 11:13 PM
    Permalink

    ini bukan ngo..ni kaum ngok..nuar bayar dia buat kecoh melalak macam anjing…sebab tu sebelum ni diorg kempen sentuh anjing sebab diorg otak anjing..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.