Negara akan huru hara jika mansuh Akta Hasutan- Musa Hassan

Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara.

“Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan.

“Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV di Kuala Lumpur, malam tadi.

Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk ‘Akta Hasutan 1948’ itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan.

Musa berkata akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

“Saya merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi.

“Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keitimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga…itu penting,” katanya.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

– Bernama

8 thoughts on “Negara akan huru hara jika mansuh Akta Hasutan- Musa Hassan

  • October 4, 2014 at 5:19 PM
    Permalink

    Jgn mansuhkan akta hasutan, kalau mansuh paktan syaitan kan menghasut 24 jam sepanjang masa.

    Reply
  • October 4, 2014 at 7:49 PM
    Permalink

    UMNO haruslah bg tekanan kepada kerajaan mengenai isu ini. UMNO sepatutnya adalah kata pemutus dan bukannya orang lain. Jika seluruh ahli UMNO bersatu, sudah tentu kita akan dapat menghalang segala niat jahat yang cuba meruntuhkan negara ini. Cukuplah dengan ISA yang dihapuskan, jangan bagi muka lagi kepada mereka.

    Reply
  • October 5, 2014 at 7:48 AM
    Permalink

    Najib dan juak juaknya tetap akan mansuhkan dan diganti yang baru agar libral…

    Reply
  • October 5, 2014 at 9:06 AM
    Permalink

    Jangan biarkan Najib yang serba pandir sentiasa ikut telunjuk pihak oputunis semata mata nak melemah kan kerajaan & bangsa melayu/pribumi. Seandai nya Najib begitu obsess nak memansukh kan nya

    Reply
  • October 5, 2014 at 9:08 AM
    Permalink

    Jangan biarkan Najib yang serba pandir sentiasa ikut telunjuk pihak oputunis semata mata nak melemah kan kerajaan & bangsa melayu/pribumi. Seandai nya Najib masih lagi begitu obsess nak memansukh kan nya….. bersedia lah menghadapi risiko anarki dari para pencinta perdamain….!!!

    Reply
  • October 7, 2014 at 7:12 AM
    Permalink

    Tak perlu berselindung
    baik kita terus terang
    KALAU AKTA HASUTAN DIHAPUSKAN
    SEOLAH AKAN MENGGALAKKAN RAKYAT BERPARANG DAN BERMANDI DARAH
    CINA PERTIKAIKAN HAK MELAYU
    HAK RAJA
    HAK KEUTAMAAN AGAMA ISLAM
    KEISTIMEWAAN RAJA MELAYU
    PERLEMBAGAAN
    DASAR EKONOMI
    SISTEM PENDIDIKAN
    BAHASA MELAYU
    Dan sebagainya
    cukup I.S.A jadi pengajaran
    DAP sentiasa provok dan Majlis Peguam yg terdiri drp Peguam anti kerajaan dan senang cakap anti KEMELAYUAN akan terus menjolok tebuan…
    kerajaan jangan sampai ‘tebuan mengamok’…sesal tak sudah!

    Reply
  • October 7, 2014 at 8:49 PM
    Permalink

    Perbuatan “Menghasut” mengikut Akta Hasutan amat luas. Sila lihat dan baca serta fahami Akta Hasutan http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf/

    Saya bersetuju agar akta tersebut tidak dimansuhkan. Apa yang boleh dilakukan ialah dibuat pindaan dimana perlu seperti Akta Mencegah Jenayah dibuat pada tahun lepas.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.