Naib Canselor UMP Tidak Setuju Dengan Menteri Pendidikan II

Ketika Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berpendapat Universiti Malaya menangani isu pencerobohan oleh penyokong Anwar Ibrahim semalam dengan baik, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) pula melihat peristiwa tersebut merupakan sesuatu yang memalukan dan mencemar martabat universiti.

Bercakap kepada Bernama, Datuk Prof Dr Daing Nasir Ibrahim berkata tindakan penyokong Anwar Ibrahim dengan dibantu oleh segelintir mahasiswa merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin malam, mencemar martabat dan kedudukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau juga menganggap ia merupakan perbuatan jenayah kerana menceroboh kawasan dan melakukan aktiviti ceramah di insitusi pengajian tinggi terulung negara itu tanpa kebenaran.

daeng“Saya tidak boleh terima jika ada pihak luar yang menceroboh UMP dan kalau di kampus UMP, sesiapa yang hendak masuk (ke kawasan) universiti perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.

“Pihak universiti sendiri dari semasa ke semasa sentiasa mengundang penceramah dan pemidato dari luar dan dalam masa sama, kita juga turut menjaga nilai seseorang individu yang hendak masuk ke kampus,” katanya selepas perasmian Hari Terbuka Antarabangsa UMP di UMP kampus Gambang dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden pencerobohan UM malam semalam yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa IPT itu serta penyokong kepada ketua pembangkang itu.

Lebih memalukan, Daing Nasir berkata apabila usaha berkenaan turut dibantu oleh mahasiswa UM sendiri dan kelakuan itu amat tidak sopan dan menunjukkan sikap seseorang yang tidak terpelajar.

“Kampus merupakan gedung ilmu, ia tidak boleh dicampuradukkan dengan fahaman-fahaman politik. Kita boleh mengupas sesuatu isu dari segi akademik, tetapi kalau berpolitik secara luar dari normanya seperti mencerca dan mengata maka ini tidak boleh diterima di kampus,” katanya.

Daing Nasir berkata, kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menghormati undang-undang yang membenarkan pelajar universiti terbabit dengan kegiatan politik tetapi ia perlu diadakan di luar kampus selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam masa sama, katanya masih banyak platfom lain yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk menyemai dan menunjukkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka tanpa melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“Jika pelajar mahu berkorban, korbankan masa dan tenaga untuk membangunkan diri. Tetapi, jika diri sendiri masih mentah dan masih belum dapat dijaga, usah bela orang lain,” katanya.

— BERNAMA

9 thoughts on “Naib Canselor UMP Tidak Setuju Dengan Menteri Pendidikan II

  • October 29, 2014 at 10:26 AM
    Permalink

    kita harus menyokong kpd pendapat yg tegas dan berani drpd NC UMP tersebut, kita menolak kesemua bentuk kaedag yg membawa kpd penentangan melampau tak kira walau siapa mrk asalkan mrk membabitkan pelajar dan institusi pendidikan maka tindakan tegas perlu diambil dgn kadar SEGERA.

    Reply
  • October 29, 2014 at 10:52 AM
    Permalink

    Tahniah NC UMP, Idris jusoh ni nk jadi mcm Saifudin Abdullah pulak.

    Reply
  • October 29, 2014 at 11:19 AM
    Permalink

    Inilah TMC yang tahu tentang amanah dan tugas beliau. Beri pendapatpun secara jujur dan amanah dan tanpa perlu takut pada menteri. Betul apa yang beliau kata, Universiti memberi segala peluang pada pelajar untuk menunjukan kebolehan mereka. Tapi berapa ramaikah dari mereka yang betul betul cemerlang. Setakat nak merusuh, menyusahkan orang bolehlah. Cuba ikut procedur yang betul. Segala benda dalam hidup ini pun mesti ada procedur, hatta nak keluar duit kat ATM pun kena ikut procedur bukan main langgar atau sondol ikut suka. Lainlah bagi specis yang memang gemar menyondol?

    Syabas TMC UMP.

    Reply
  • October 29, 2014 at 12:01 PM
    Permalink

    Kena tengok jugak pihak pentadbir UM, tolak Dr Rohana, yang lain tu boleh di pertikaikan kewibawaan depa menangani rusuhan anasir subersif di UM, silap-silap depa pun sama jadi musang berbulu ayam.

    Idris Jusoh ni masa peggang MARA, kakitangan MARA pesta sakan…kerja macam tak kerja.

    Reply
  • October 29, 2014 at 6:53 PM
    Permalink

    tidak bersetuju..Dato seri Idris jusoh memuji tindakan UM dalam menangani isu ini bukan bersetuju dengan apa yg mereka buat..

    Reply
  • October 29, 2014 at 9:59 PM
    Permalink

    KALAU NAK BERTEGAS
    BERTEGASLAH 100%
    KALAU ADA UNDANG-UNDANG DAN AKTA
    MAKA PERTAHANKANLAH UNDANG-UNDANG DAN AKTA
    SIAPA YG LANGGAR – AMBIL TINDAKAN PALING TEGAS
    BARU BERMARUAH
    BARU BERWIBAWA
    ADA MASA KENA TOLAK ANSUR
    ADA MASA KENA JADI HARIMAU LAPAR!
    DALAM MEMERTABATKAN UNDANG-UNDANG DAN AKTA…

    Reply
  • October 29, 2014 at 10:55 PM
    Permalink

    dia satu geng ngan nuar bontot mestilah tak sama pendapat ngan menteri pendidikan…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.