Minyak Naik: Toksah Gebanglah, Tak Siapa Terkorban Eh!!

TIAP kali pengumuman minyak naik, reaksi biasa ialah semua orang marah, semua orang kecam kerajaan, itu tak kena ini tak kena, timinglah itulah inilah dan sebagainya. Tak mengapalah, ini memang reaksi yang dijangka, maklum, siapa suka harga naik.

Bagaimanapun, janganlah melebih-lebih macam Harakah, siap kata rakyat terkorban sebab minyak naik!!!

Kalau nak bohong pun agak-agaklah, tak pernah seumur hidup penulis lihat ada rakyat negara ni yang terkorban sebab harga minyak mahal. Waima metafora pun tak kena sebab kenaikan minyak bukan sekali berlaku di negara ini, malah dah banyak kali – tak siapa mati pun pasal itu.

Setahun lepas bila minyak naik, pun reaksi yang hampir sama juga tapi hakikatnya kehidupan masih berterusan macam biasa. PAS yang banyak cakap sekarang pun, tak jadikan isu kenaikan harga minyak dalam kempen pilihanraya kecil yang baru lepas, sebaliknya sibuk dengan royalti yang kerajaan Kelantan patut dapat.

Begitupun penulis nak menegur sedikit pihak-pihak berkaitan kerajaan tertentu yang menjadikan perbandingan harga minyak dunia sebagai alasan untuk kenaikan harga minyak semalam.

Hakikatnya, kenaikan harga minyak semalam tidak ada kaitan langsung dengan turun naik harga minyak dunia, sebaliknya memang janji kerajaan dulu untuk mengurangkan subsidi minyak negara ini yang katanya dinikmati oleh ramai golongan orang yang tak sepatutnya menikmati subsidi tersebut.

Cuma mungkin ramai tak sedar (atau tak peduli) pasal perkara ini sebab ia tak disebut secara terus terang sebaliknya terselindung di sebalik ayat-ayat akademik seperti rasioanalisasi subsidi dan subsidi terarah.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

17 thoughts on “Minyak Naik: Toksah Gebanglah, Tak Siapa Terkorban Eh!!

  • October 2, 2014 at 12:47 PM
    Permalink

    Terkorban tu dak la tertekan adalah

    Reply
  • October 2, 2014 at 3:03 PM
    Permalink

    Dua suratkhabar melayu utama…utusan meloya online dan berita hairan online tidak jadikan tajuk kenaikan rega minyak di muka depan…wpun depa ni dimiliki dan saham terbesarnya adalah umno..lapor je la….oh minda kelas ketiga masih menebal

    Reply
  • October 2, 2014 at 3:27 PM
    Permalink

    Petrol naik ikut harga minyak dunia ke… kalau turun… kerajaan kena turunkan cepat2 lah… jgn kerajaan yg kena turun…. kalau DAP kuasai kerajaan pusat boleh gerenti ke harga petrol murah… sendiri mau fikir laa..

    Reply
  • October 2, 2014 at 5:26 PM
    Permalink

    bukan dulu ada janji TPM tak naik minyak sampai hujung taun ka? Janji butuh dia!

    Reply
  • October 2, 2014 at 5:59 PM
    Permalink

    Ya betul tu Mek Esah,

    Harakah pasal cerita minyak ni memang cukup suka nak highlight dlm berita Harakah!!!

    Sampai cerita NGO kuburkan mayat pasal tak dapat “Royalti” pun ada jugak dalam Harakah???

    Oh ya Mek, berita dari Harakah berkenaan minyak yg jumpa kat Tumpat tu dah award kat mana2 syarikat ka nak carigali kawasan tersebut!!!

    Hehehehehehe!!!

    Reply
  • October 2, 2014 at 6:02 PM
    Permalink

    Saudara azhar,

    Tolong linkkan berita yg mengatakan Timbalan Perdana Menteri membuat janji yg harga mintak RON 95 dan diesel untuk kegunaan domestic takkan naik hingga hujung tahun ini untuk tatapan bersama!!!

    Reply
  • October 2, 2014 at 7:57 PM
    Permalink

    Dapat BR1M suka lah, minyak naik masam mencuka, mula lah nak salahkan pemerintah.
    En. Azhar, betul apa yang di minta WTF, sila kemukakan link nya. Terima kasih.
    Najib dan yang di lantik / yang dapat kerusi tidak rasa keperitan rakyat jelata, sebabnya segala perbelanjaan mereka di tanggung oleh rakyat.
    Apa kata kita minta tuntutan elaun mereka di potong dan bil untuk utiliti di bayar sendiri oleh para menteri dan yang sewaktu dengan mereka. Dia orang tidak rasa impak kenaikkan harga minyak ni di sebabkan oleh perkara yang di sebut di atas. Mereka hidup di atas duit rakyat.
    Kita pulak, rakyat jelata, pernah kah kita bersyukur? Jangan hanya nak salahkan orang lain. Atur kembali struktur kewangan kita. Yang mana prioriti dan sebaliknya.
    Bagi yang beragama Islam pulak, jom kita selalu bersolat jemaah dan di tampat di mana azan di azan kan.
    Kalau tuan selalu membelek dan membaca Quran dan amalkan Sunnah, tuan-tuan akan faham.
    Masalahnya ramai yang malas malah dah makin tidak percaya. Islam tapi hidup macam orang kafir.

    Reply
  • October 2, 2014 at 8:05 PM
    Permalink

    Saya tertarik dfn satu komen di fb berbunyi

    “Subsidi kalau nak turun mestilah time harga minyak dunia rendah. Kalau turun masa harga minyak dunia mahal, banyak le govt kena cover….”

    Reply
  • October 3, 2014 at 7:31 AM
    Permalink

    Harga minyak naik apa nak dikata… kita memandu secara berhemah la… tekan minyak lembut2… gaya taichi je… kurangkan perjalanan… banyakkan berjalan kaki masa nak lunch… biar kereta rehat lebih…

    Reply
  • October 3, 2014 at 8:47 AM
    Permalink

    minyak naik….siapa yg untung dan siapa yg rugi…sy rasa sy tak rugi sebab sy mempuntai sabuah kereta saja….banding dgn mereka yang mempunyai beberapa buah kereta dan lori…susah susah sangat…. buat minyak sendiri….habis cereta;;;

    Reply
  • October 3, 2014 at 10:34 AM
    Permalink

    Kenapalah kerajaan BN sangat suka bersedekah kepada orang kaya tetapi sangat suka menekan kepada golongan berpendapatan rendah..subsidi utk tangki penuh kancil ialah RM11.00….subsidi untuk Proton Perdana RM50.00.sabsidi utk BMW/Mercedes dll lebih daripada RM100.00

    Apabila minyak naik kos pengangkutan meningkat dan harga barang2 lain juga akan naik..sokong lagi BN..

    Reply
  • October 3, 2014 at 4:59 PM
    Permalink

    Ok..ok Kita tunggu sampai ada orang terkorban baru kita gebang.Setuju???

    Reply
  • October 3, 2014 at 5:05 PM
    Permalink

    Analisis apa yang Alyabu sampaikan di sini???

    Disebabkan jumlah subsidi yg diberi kepada golongan berpendapatan rendah (MYR 11.00 for kereta Kancil, MYR 50.00 untuk Proton Perdana) adalah KURANG berbanding golongan kaya lah (MYR 100.00 bagi BMW/Mercedes), maka subsidi ditarik sedikit demi sedikit oleh kerajaan Malaysia, kerana mekanisme subsidi yang sedia ada menguntungkan golongan KAYA!!!

    Cubalah pakai AKAL sikit bila menulis, jangan Alyabu main HENTAM sahaja!!!

    Reply
  • October 3, 2014 at 5:39 PM
    Permalink

    Penasihat ekonomi kerajaan perlu dibawa kehadapan. Penasihat macam nie patut masuk pas dan dap sahaja. Solution naikkan rege minyak sapa sapa pun boleh bagi. Tak payah lantik penasihat. Awas datuk seri najib, jangan sombong seperti pak lah. Rakyat takkan undi kamu.

    Reply
  • October 3, 2014 at 5:53 PM
    Permalink

    Kerajaan sepatutnya tak usahlah pertikaikan pasal sabsidi kepada rakyat. Itu tugas kerajaan untuk membantu kesejahteraan rakyat. kalau sabsidi minyak diteruskan, memang benar golongan kaya pun dapat untung tetapi kenapa kerajaan nak jadi ‘robinhood’. Golongan kaya pun ada peranan dalam masyarakat. Mereka bekerja keras dan mereka juga bayar cukai untuk diguna oleh kerajaaan bagi pembagunan dan digunakan oleh golongan miskin juga. Mereka juga mengundi kerajaan juga. Adakah mereka mengundi kerajaan sekarang agar minyak dinaikkan? Tentunya tidak. Mereka mengundi kerajaan kerana mereka yakin kerajaan akan memberi lebih banyak bantuan kepada mereka dan seluruk lapisan masyarakat.
    Bagi saya kerajaan yang bagus dan stabil akan beri bantuan dan subsidi berterusan kepada rakyat tak kira golongan kaya dan miskin. Ini adalah tugas asas satu-satu kerajaan. Tak perlu didebatkan.
    Golongan miskin tetap mendapat sabsidi dengan pelbagai bentuk bantuan dari kerajaan yang mana bantuan ini, saya yakin, orang kaya tak dapat pun tak kesah. Seperti bantuan baja dan lain dalam pertanian di kampung, buku-buku sekolah, bantuan keewangan anak-anak miskin, biasiswa kecil di sekolah dsb. Tetapi tolonglah jangan kacau dengan harga minyak. Tolonglah.
    Kerajaan perkuatlah lagi agensi penguatkuasa di sempadan-sempadan agar minyak disel yang diseludup keluar boleh dibenteras. Kalau kerajaan nak jadi ‘robinhood’ perkenalkan sajalah sistem komunis biar semua golongan akan jadi sama rata.

    Reply
  • October 3, 2014 at 7:01 PM
    Permalink

    Bila kerajaan naikkan harga minyak petrol, bagi saya golongan yang sangat terasa ialah golongan sederhana. Golongan ini ada kereta mungkin satu atau dua buah. Kereta ini mereka beli bukan untuk bermewah tetapi betul-betul keperluan untuk pergi kerja, ambil dan hantar anak ke sekolah atau kenderaan untuk berniaga di pasar malam dsb.
    Golongan kaya mempunyai mungkin lebih banyak kereta dan kereta mereka bukannya kereta proton atau perodua. Mereka yang dari golongan ini kalau kerajaan naikkan RM10 pun ada mereka kesah. Duit mereka melimpah ruah. Berita kenaikan minyak pun saya percaya mereka tak pernah dengar pun. Menteri-menteri pun ada mereka kesah minyak naik? Nak apa mereka nak kesah, minyak petrol dapat free hari-hari.
    Golongan miskin, mereka ada kereta ke? Ada mereka kesah harga petrol naik atau turun?
    Jadi yang selalu kena balun setiap kali harga minyak naik ialah golongan pertengahan yang pendapatannya cukup-cukup untuk bayar duit pinjaman bank.
    Tak payahlah nak susah-susah naikkan harga petrol. Jika kerajaan dapat benteraskan ketirisan dalam penguatkuasaan penyeludupan desel, ini sudah cukup baik untuk kerajaan belanja dalam program BRIM.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.