Mengapa Kita Marah Kempen Pegang Anjing?

Oleh AJAB

Telah banyak dibicarakan isu kempen “I want to touch a dog” atau kempen pegang anjing ini. Telah kita bahaskan panjang lebar soal hukum hakam Islam dari pelbagai Mazhab.

peganganjingYang mempertahankan masalah pegang anjing ini akan terus mempertahankan hujah mereka. Masalahnya kumpulan ini tidak faham, yang kita marah bukan sebab dia mahu pegang anjing atau dia kata pegang anjing tidak haram.

Yang kita marah dia buat kempen pegang anjing. Ini cubaan menghina pandangan orang Islam lain dan aliran Mazhab Syafie. Mazhab Syafie telah diterima sebagai asas struktur hukum Islam di negara ini dengan beberapa kekecualian mengikut ijtihad ulama.

Jadi kalau dia mahu pegang, peluk, mandikan anjing secara individu di rumahnya itu antara dia dengan Allah.

Tapi apakah motif dan tujuan buat kempen terbuka ini? Tujuannya untuk menghina orang Islam lain yang berpegang kepada Mazhab Syafie dan mahu meliberalkan pemikiran Islam di negara ini.

Ada beza besar antara berpegang kepada pandangan mana-mana mazhab dengan mahu menghina dan mencerca pandangan Mazhab lain.

Ini juga merupakan agenda tersirat kumpulan bukan Islam terutamanya kaum cina. Tujuan mereka untuk menghalalkan pergerakan anjing-anjing mereka ini ke mana-mana tempat termasuk taman permainan, sekolah, kompleks membeli belah tanpa sebarang rasa bersalah atau segan silu lagi jika anjing tersebut menggesel-gesel atau menjilat mana-mana muslim lain.

Ini kempen kumpulan liberalis Islam disokong dan didokong oleh cauvinis Cina yang mahu meruntuhkan sosio pemikiran orang Melayu dan Islam di negara ini.

Kempen ini bukan sekadar memberi perspektif lain dalam konteks pemikiran Islam di negara ini. Sebahagian Melayu yang menyokong tukang kempen ini sebenarnya tidak nampak dan tidak faham matlamat sebenar kempen ini.

Orang Melayu selalu lihat benda cetek akhirnya bila terhantuk baru tergadah.

16 thoughts on “Mengapa Kita Marah Kempen Pegang Anjing?

  • October 22, 2014 at 7:42 PM
    Permalink

    Kempen pegang anjing ni kempen bodoh! Kalau anjing buruan lainlah. Nanti ada yg melayu sini bela anjing sebagai pet dlm rumah yelah sikit-sikit lama-lama dia buatlah! Ada dah kata makan gelatin babi ni tak de hal..istihalah konon..tak lama lagi adalah tokey babi yg pergi haji duit sembelih babi (tapi dia istihalah jadi protein powder dan gelatin), ialah bila semua hendak dipermudahkan. Nabi(saw) bunuh anjing sebab anjing ni menyebabkan malaikat tak masuk rumah.”Hadith – Bukhari 4:448, Narrated Abu Talha
    I heard Allah’s Apostle saying; “Angels (of Mercy) do not enter a house wherein there is a dog or a picture of a living creature (a human being or an animal).”

    Lagi nak bela anjing? Pegang..lama-lama dia peluk..dia bela lah!

    Reply
  • October 22, 2014 at 8:29 PM
    Permalink

    Salah satu cara untuk meningkatkan tahap pemikiran orang Melayu ialah dengan mengajar mereka bermain catur. Kerana catur mampu mendidik pemikiran yang dapat membaca atau menilai sesuatu pergerakan samada yang tersurat (nyata depan mata) dan yang tersirat (terselindung) dengan pantas dan kritikal sebelum mengambil sesuatu keputusan. Kaum Cina amat pandai bermain catur cina (Chinese Chess).
    Saya pernah sebut sebelum Pilihanraya ke 13 yang lalu, bagaimana kaum Cina akan menggunakan strategi catur cina untuk melakukan tsunami sehinggalah mereka berjaya menawan Pulau Pinang telah terbukti kini.

    Reply
  • October 22, 2014 at 8:33 PM
    Permalink

    Kesian, sekarang memang ramai orang melayu ni jahil. Tambah2 yang duduk kat lembah klang ni.

    Reply
  • October 22, 2014 at 8:53 PM
    Permalink

    Apalah bodoh mereka ini…bila nak laksana hudud cakap hanya untuk islam…bila buat kempen pegang anjing dipaksa pula umat islam majoriti menerima idea bodoh puak ini

    Reply
  • October 22, 2014 at 8:53 PM
    Permalink

    disebalik cerita ini apa yg boleh fikirkan antaranya ialah kegagalan pihak jab agama islam disetiap negeri memberi dakwah secukupnya dlm merangka pembangunan agama islam dimsia ditambah pula dgn silibus pemahaman agama islam dikalangan pelajar2 kita.

    oleh krn pihak KPM JAKIM & jab agama islam perlulah jgnlah lagi segan silu utk menerapkan sistem pembelajaran agama ialam yg lbh efektif dan berdaya saing didlm menempuh abad ke 21 ini.

    KPM wake up call for u all.. do yr job or else.. peopke will get someone to teach & show it to u!!

    Reply
  • October 22, 2014 at 9:30 PM
    Permalink

    Puting beliung kt pandamaran tu tanda kemurkaan Allah kerana kejadian ini

    Reply
  • October 22, 2014 at 9:54 PM
    Permalink

    Ini semua salah Najib dan konsep kesederhanaannya. Oh ye salah KJ juga.

    Reply
  • October 22, 2014 at 10:07 PM
    Permalink

    pesta pegang anjing tu melibatkan aqidah..yang ko nak samakan ngan rasuah tu apa sal..bodo la lu..mak bapak lu tak ajar ke masa kecik dulu..sengal..

    Reply
  • October 22, 2014 at 11:29 PM
    Permalink

    Angin liberalsasi sedang bertiup kencang….

    Reply
  • October 22, 2014 at 11:31 PM
    Permalink

    kempen ini cuba menerapkan elemen keraguan kepada orang muslim untuk mempersoalkan adat dan hukum syariat islam yang diwarisi turun temurun.

    Melakukan kempen yang jelas melanggar syariat Islam ini merupakan satu tindakan untuk merosakkan keharmonian agama serta mencabar kedudukan Islam didalam perlembagaan dan sultan selaku ketua agama negeri.

    Dan jika tidak ditangani dengan segera, maka akan banyak lagi kempen yang akan wujud di negeri itu untuk menghasut umat islam mempersoalkan syariat islam sendiri.

    octoberfest merupakan jalan pembuka. kempen ini adalah satu dari siri kempen yang akan diwujudkan untuk mengganggu keharmonian agama islam.

    Inilah gunanya ISA.

    Reply
  • October 23, 2014 at 5:05 AM
    Permalink

    masalah cabang mazhab bukan isu pokok dalam soal ini kerana umum tau islam di malaysia bermula dari pengamal hingga kepada penguatkuasaan syariah berpegang dan berpandukan kepada mazhab imam Shafie jadi soal berlainan mazhab tidak timbul melainkan ianya bertujuan semata mata untuk meliberalisasikan penganut agama islam di malaysia terang2 satu agenda terancang puak kafir nasoro mengambil kesempatan dengan memperbodohkan golongan islam yang jahil agama.

    Reply
  • October 23, 2014 at 6:01 AM
    Permalink

    Kalau lepas ni..

    Anjing2 peliharaan dibenarkan di tempat2 awam, padang2 permainan dan pengngkutan awam..

    Aku terajang penganjur dan penyokong kempen ni!

    Ganti cash x10 baju2 aku kalau terpaksa kena samak nanti.

    Bayar rm1,000 setiap minit waktu yg terpaksa digunakan utk menyamak tangan dll bhagian badan kalau terpaksa disamak!

    Reply
  • October 23, 2014 at 1:58 PM
    Permalink

    Mngkin niat kempen tu baik cuma kerana kekurngan ilmu dan sbgainye.. Pserta kempen pgang anjing tu rsenye mmg ade sbb nk pgang.. Mustahil buat kerja apa pun tnpe sbb kan.. Tak perlu berbalah dan mnyalahkn pihak lain sbnrnye.. Kita cuma perlu ambil semua ni sbgai pngajaran pde masa yg akan datang.. Moga tidak berlaku lagi ksilapan sprti ini kerana takut dimurkai.. Bnyk lagi ujian dan mcm2 lagi yg akn dtg.. So kne stndby untuk bnde2 mcm ni lagi.. Tak salah bersangka baik..

    Reply
  • October 25, 2014 at 1:48 AM
    Permalink

    Setakat menyentuh anjing tak perr tapi bawak anjing ke dalam rumah biaq kan tahi & kencing tu dah tak selesa. Macam tu jugak kita bela kucing dalam rumah sampai tahi & kencing bersepah sepah merata rata sampai sakit kepala menghidu bau najis tersebut. Sebab tu dalam rumah orang eropah sentiasa bersih walo pun anjing berkeliaran di dalam rumah.

    Kalo nak haram kan anjing biaq berpada pada…kucing tak haram plak jangan amal kan standard ganda…..;pantang sekerat anjing haram kucing plak halal tapi najis kedua dua hewan tu tetap kotor dan mendatang pelbagai penyakit pada manusia.

    Ni la bila pikiran tak lagi analitiis & kritis….semua masaalah semakin prajudis.

    Reply
  • October 25, 2014 at 1:56 AM
    Permalink

    Nak guna kan ISA terhadap pemelihara anjing oleh para muslim dah melampau…tu salah guna kuasa nama nya. ISA berkaitan keselamatan & ketenterraman awam jerrr. Belum pernah terjadi negagha huru hara akibat penduduk memegang anjing..kalo berlaku memang dah teruk semua nya nak wujud kan pengganasan guna isu anjing sebagai agenda politik. Tang ni baru la ISA tu relevan nak hapus kan terorisme….!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.