Mengapa Dirungkai Ikatan Yang Lama Tersimpul Indah?

pegang anjingApa yang telah dinukilkan oleh para sahabat penulis sebelum ini sudah jelas akan pendapat dan tatacara hidup kita, orang Melayu yang meletakkan Islam sebagai panduan cara hidup.

Hakikatnya, sekalipun anjing tergolong di dalam najis mughalazah, tetapi kita dilarang sama sekali berlaku zalim ke atasnya. Dan pengertian jangan berlaku zalim ke atas anjing, rupa-rupanya diterjemahkan sebagai “peluk-cium” oleh kebanyakkan peserta program I Want To Touch A Dog. Pada jangkaan pertama penulis, ianya sekadar “menyentuh” si anjing sahaja. Rupanya lebih dari itu, bagi menunjukkan betapa mesra dan berjayanya program terbabit.

Apa signifikannya menyentuh anjing? Alasan untuk mendidik rakyat kononnya anjing itu tidak berbahaya dan ganas kepada manusia mencerminkan kedangkalan si penganjur dalam memahami perihal anjing dalam perspektif Islam. Itu belum lagi diambil kira dari maklumbalas para peserta muslim melalui sebuah portal yang sangat mendukacitakan tahap kefahaman mereka.

Sehingga hari ini, penulis tidak dapat melihat apa hikmahnya program “memegang anjing” kepada kehidupan kita. Apakah penulis merasa rugi kerana tidak memegang anjing di program berkenaan? Jawapannya tentu sekali TIDAK.

Untuk sekian lamanya, khususnya orang Melayu dan mereka yang beragama Islam telah mempraktikkan hidup tanpa anjing disisi, dengan meletakkan hukum hakam agama sebagai sempadan. Dan perkara ini telah terpatri erat, dan diterima oleh masyarakat. Ia bukanlah “stigma” semata-mata, tetapi ia berkait dengan seruan agama Islam itu sendiri.

Mengapa pula kini dirungkai ikatan yang lama tersimpul rapi dan indah? Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Saban hari, kita menyaksikan ada sahaja perkara-perkara yang termaktub dan terkunci rapi, digodak dengan pelbagai ramuan untuk menjadikan sesuatu perkara itu tidak seperti asal-muasalnya. Terus terang penulis katakan, setiap entiti yang ada di dalam Perlembagaan sedang dihujani dengan jarum-jarum halus yang tidak sukar untuk dikenalpasti dan difahami, kecuali mereka-mereka yang tidak mahu berfikir.

Dari konteks hak istimewa orang Melayu, sehingga ke perihal status agama Islam, ada sahaja kumpulan-kumpulan yang cuba mengganggu gugat status quo nya. Masing-masing punya peranan. Bukan mudah untuk menganjurkan program dan gerakkerja sedemikian, namun selalunya mereka berjaya melakukannya. Tentunya kuat dokongan dan sokongan “tangan-tangan ghaib” itu.

Sekali lagi, setelah berkali-kali, Islam dan Melayu menjadi teras agendanya.

p/s- kepada muslimah seperti gambar di atas (sumber), sila kenalpasti apakah “tanda” basah di tudung sebelah kanan itu air lelehan anda, atau si anjing. Kalau si anjing, moga cepat bertindak mengikut hukum syarak.

No BR1M No Problem

No FAITH Big Problem

10 thoughts on “Mengapa Dirungkai Ikatan Yang Lama Tersimpul Indah?

  • October 21, 2014 at 2:28 PM
    Permalink

    betul tu, tgn ghaib ni nak bg umat islam bercakaran sesama sendiri , dan mereka ambil peluang selepas itu

    Reply
  • October 21, 2014 at 3:18 PM
    Permalink

    Ini semua golongan liberal

    Reply
  • October 21, 2014 at 3:20 PM
    Permalink

    hmmmm….kalau umat Islam peka depa tak kan sambut dan participated dalam program tu, masaalahnya kat Malaysia ni terlalu ramai yang hipokrit, pakai tudung dan jeans ketat…lepas tu pi peluk anjing, konon-konon depa tu moden, cina puji sikit lupa habis agama dan bangsa.

    Aku tengok kesemua malaun yang pi peluk anjing tu semuanya adalah perempuan Islam, ni semua jenis dyana sofia !! hmmm…dengan 9 nafsu dan 1 akal tu lah agaknya…

    Reply
  • October 21, 2014 at 5:04 PM
    Permalink

    Nilah namanya bertudung tutup aurat tapi perangai tidak menampakkan ciri2 org beriman!!!

    Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada mereka!!!

    Reply
  • October 21, 2014 at 6:45 PM
    Permalink

    Kita dulu boleh berbangga orang Islam Malaysia tidak buat perkara pelik-pelik yang dibuat oleh sesetengah umat Islam di Negara lain. Seperti kahwin lain agama, minum arak secara terbuka, bela anjing sebagai pets di rumah, dsb.Tapi sekarang sedikit demi sedikit kita dah nak menghampiri kepelikan dengan mereka. Kegilaan apakah yang sedang berlaku di Malaysia ini?

    Reply
  • October 21, 2014 at 6:53 PM
    Permalink

    Malang sungguh jika diamati apa yang berlaku. seharusnya agama islam itu didahului dalam menghadapi kehidupan, sebab agama itu mengeluarkan manusia dari kejahilan. Didalam bab beragama pasti ada peraturan yang harus dituruti supaya manusia terbina akhlaknya. Agama islam sudah lengkap segalanya, jika dinyatakan anjing itu adalah najis maka islam juga sudah menerangkan mengapa manusia dilarang memelihara sebagai binatamg peliharaan.

    Reply
  • October 21, 2014 at 7:01 PM
    Permalink

    kepada cik adik dalam gambar…..

    janganlah disebabkan kejahilan anda mendapat 2 kali kemurkaan dari Allah…bayangkan jika tanda basah pada kain tudung itu memang najis mughallazah dari anjing lalu tanpa dihiraukan anda solat memakai tudung yang sama…kalau masuk masjid boleh mendapat 3 kemurkaan dari Allah jika anda sengaja tidak mahu ‘memeriksa’ tudung selepas pergi ke acara I Want To Touch A Dog itu

    acara I Want To Touch A Dog itu bukan saja bertujuan mahu membuat orang Islam supaya tidak takut pegang anjing malah harus juga kita anggap tujuaannya mahu membuat orang Islam supaya tidak geli pegang najis mughallazah

    sekiranya penganjur si arab celup dan dugul bernama syed azmi itu gembira dan tidak rasa geli jika kita simbah/mandikan dia dengan najis mughallazah lain(contohnya ‘taik manusia’), maka benarlah acara I Want To Touch A Dog itu bertujuan mahu membuat orang Islam supaya tidak geli pegang najis mughallazah

    Reply
  • October 21, 2014 at 9:55 PM
    Permalink

    Muslimah di dalam gambar sebenarnya gagal menghayati keperluan bertudung. Salah satu tujuan hijab ialah untuk mencegah kemungkaran dan mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh islam seperti menyentuh atau memeluk anjing. Beliau sebenarnya lebih sesuai bertopi atau memakai apa sahaja kecuali hijab.

    Reply
  • October 22, 2014 at 8:38 AM
    Permalink

    Patut di siasat juga samada mereka ni masih Islam atau sebenarnya dah tak Islam. Sebab umat islam takkan peluk cium anjing apatah lagi orang melayu yg akan mengelak bertemu anjing. Atau mungkinkah mereka ini memang memelihara anjing dirumah dan dah biasa dengan anjing. Orang melayu Islam… apatah lagi wanita umumnya phobia dengan anjing. Jelas gambar2 tiada kelihatan orang lelaki..
    Sesuatu perlu dibuat untuk menjelaskan keadaan. Tak guna juga kita menghentam tampa tau duduk perkara sebenar. Tindakan positive untuk tarik mereka semula kepada Islam sebenar perlu dilakukan dan bukannya menjauhkan mereka dari agama..

    Reply
  • October 22, 2014 at 3:23 PM
    Permalink

    Byk negara timur tgh mempertahankan budaya mereka terutama bahasa ibunda tetapi kesudahan tersasar menganuti islam yg sgt liberal sehingga haram dihalalkan, memegang anging, meminum minuman keras di khalayak, tatu dibadan,dedah aurat, memegang anjing kemudian mereka mentertawa Malaysia yang petah Berbahasa Inggeris dikatakan tidak mempertahan bahasa ibunda. Akhirnya mereka tidak meneroka perniagaan antarabangsa disebabkan keterbatasan berbahasa Inggeris. Syukur di Malaysia syiar Islam mamtap dan unggul daripada mereka ini di mainkan kuasa besar kesudahan. Mana budaya mereka yang diagung2kan kesudahan tiada nampak ketulinan syiar Islam moga Islam syumul dipertahankan di Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.