Masa Menentukan Kesungguhan Azmin Adalah Real atau Sekadar Sampah!

Oleh Riana Abd Aziz

Sudah lebih 10 hari Azmin Ali menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang baharu. Apa yang Azmin buat? Jawapannya mudah, Azmin mencuba lagi strategi lapuk dengan menggunakan media kononnya untuk tunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa beliau adalah Menteri Besar yang rajin bekerja dan sanggup turun hingga ke bawah, ke bawah longkang.

Azmin dilihat cuba kaburkan mata rakyat Selangor bahawa beliau mampu ‘kalahkan’ mantan Menteri Besar yang lama, Khalid Ibrahim yang tidak pernah kononnya jenguk apa yang ada dalam longkang di negeri Selangor.

Gambar-gambar yang paparkan Azmin menahan lori sampah dan gambar tersebut menunjukkan beliau memanjat untuk melihat apa ada di dalam lori sampah tersebut lalu dengan pantas beliau mengguna twitter beliau untuk memberitahu rakyat Selangor dan Malaysia bahawa beliau berjaya menangkap kontraktor sampah menggunakan lori yang tiada permit. Apakah itu isu utama dalam tugasan beliau sebagai ‘Ceo’ Selangor?

“terjah lori sampah tidak ada permit kantoi dengan MB Azmin Ali”

Bukan habis setakat aksi itu sahaja yang Azmin Ali nak tunjukkan betapa rajinnya beliau pada seluruh rakyat Selangor. Berita tergempar lagi bila gambar-gambarnya sanggup turun ke dalam longkang untuk memeriksa tahap tersumbatnya longkang tersebut juga turut dimuat naikkan dan disebarkan di laman-laman sesawang milik pro pakatan secara skala besar.

Aksi lakonan yang begitu murah mutunya tidak terhenti di situ sahaja. Gambar-gambar yang menunjukkan beliau turut buat pemeriksaan mengejut di tempat pembuangan sampah juga digembar-gemburkan secara besar-besaran dengan harapan rakyat Selangor dan seluruh rakyat negara ini melihat Azmin Ali tidak pedulikan baju kemeja putihnya kotor asalkan dapat berkhidmat untuk rakyat.

Azmin Ali terlupa satu perkara, rakyat negara ini tidak bodoh, tidak semudah itu untuk diperbodohkan. Zaman teknologi berita atau apa yang terjadi di seluruh dunia hanya di hujung jari. Sandiwara Azmin tidak asli, aksi terjah tempat sampah adalah aksi yang menaikkan nama Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo. Aksi Pak Jokowi di tapak pembuangan sampahlah yang menyebabkan beliau menjadi calon popular ketika bertanding jawatan Gabenor sebelum menjadi Presiden sekarang.

Tunggu dan lihat sahaja di masa akan datang, di mana lagi longkang yang bakal dijenguk Azmin dan dimana lagi tempat pembuangan sampah yang haram bakal dilawati oleh beliau.

Sudah mula kedengaran, kenapa Azmin tidak serbu dan terjah sahaja tempat-tempat maksiat yang tumbuh melata di Selangor? Kenapa tidak dijenguk keluarga yang miskin di Selangor? Jawapannya mudah, kalau jenguk keluarga yang susah atau miskin maka Azmin perlu berhadapan dengan pelbagai ‘suara meminta’ dan kalau ‘berurusan dengan longkang dan sampah’, kedua masalah ini tidak ada ‘mulut’ untuk meminta sepanjang masa dan ianya tidak terikat dengan janji.

Kalau selama hampir 3 penggal Azmin menjadi Wakil Rakyat, tempat sendiri pun beliau tidak pernah tunjukkan aksi sandiwara sebegini, apakah kita yakin beliau mampu bertahan lama untuk terus menjadi pelakun seperti ketuanya, Anwar? Rakyat Selangor terus ditipu lagi dan lagi.

19 thoughts on “Masa Menentukan Kesungguhan Azmin Adalah Real atau Sekadar Sampah!

  • October 10, 2014 at 4:54 PM
    Permalink

    Aku tak pernah nampak pengalaman atau skill yang ada pada Azmin ni sehingga mampu menjadi MB yang gah.

    Tak taulah kot kalau Shamsidar ada skill tu.

    Reply
  • October 10, 2014 at 5:13 PM
    Permalink

    Dalam bab ni aku setuju dengan Azmin. Turun padang hatta masuk longkang sekalipun apa salahnya. Ambik feel dan baru faham masalah dan perasaan rakyat.Jangan asyik tunggu report aje kata rakyat setuju harga minyak naik….. Cuba MP BN tolak elaun minyak dan bayar duit sendiri…ada berani buat?

    Reply
  • October 10, 2014 at 5:22 PM
    Permalink

    Aku tengok dia lepas tengok longkang ITU do betulkan atau tak. Jangan jadi pas sudahlah letak Batu asas buat jalan raya pun tak buat. Kita tengok tompoh 3 bulan banyan pandai buat kerja tengok tapi tempat Macam dulu sudah

    Reply
  • October 10, 2014 at 6:30 PM
    Permalink

    wayang kulit saja ni

    Reply
  • October 10, 2014 at 6:31 PM
    Permalink

    takat tengok lori sampah…hari hari dok lalu..mai la azmin tengok jamban rumah aku…….wayang je lebih…..tengok la lam 1 bulan ni dia dok dalam jamban makan aiskrim..kikikiki

    Reply
  • October 10, 2014 at 6:35 PM
    Permalink

    azmin..longkang kat seri gombak tu dah naik lalang dan pokok…tak nak jenguk ke?? area ko tu..hehehe

    Reply
  • October 10, 2014 at 7:16 PM
    Permalink

    KALAU 10 TAHUN DULU MUNGKUN TAKTIK BANGANG SERUPA NI MASIH BOLEH PAKAI,KETIKA MANA PENGUNAAN MEDIA SOSIAL BELUM BEGITU ADVANCE DAN HANYA TERHAD PADA ORANG ORANG BERKEMAMPUAN SAJA,KETIKA MANA SCREEN COMPUTER MASIH SCREEN KACA,(LAP TOP PUN BELUM UJUD)KETIKA MANA FB ,YT,TWITTER,INST,DAN BERMACAM MACAM APLIKASI MASIH BELUM WUJUD,TAPI ZAMAN LA NI DIMANA PATI KERJA KONTRAK PUN MAMPU MELAYARI SOCIAL MEDIA BILA BILA MASA ,MAKA TAKTIK BANGANG YG SI MIN BUAT NI DAH KETINGGALAN ZAMAN ,GUNA KEPALA OTAK LER MIN! ,JGN GUNA KEPALA AIS KRIM KAU TU !!

    Reply
  • October 10, 2014 at 9:55 PM
    Permalink

    Sampah masyarakat pi terjah sampah sarap….kahkahkah….

    Reply
  • October 11, 2014 at 12:13 AM
    Permalink

    janganlah kutuk kutuk itu menteri besar Selangor tu..

    Reply
  • October 11, 2014 at 7:49 AM
    Permalink

    tu baru jadi MB…lom jd lg PM…agaknya kalau dpt jadi PM ….mahu berenang kat loji IWK…:)

    Reply
  • October 11, 2014 at 10:11 AM
    Permalink

    Hehehe…
    aku cuma nak tanya, ada MB baru T’ganu atau MB UMNO yg lain buat camtu. Jadi tak perlu dengki dengan kerja dia kalau kita tak buat kerja kita..

    Reply
  • October 11, 2014 at 10:26 AM
    Permalink

    p tgk yard sampah laa bkn p tgk lori sampah!!
    serupa la hang tgk pipe air buat mende, hang p tgk damp tu siap lum?? progress cam mana?? ini kerja penguatkuasa hang buat, dapat apa?? samdol nye MB!!

    Reply
  • October 11, 2014 at 4:22 PM
    Permalink

    si bodoh bujuk ni apa tau .. yard sampah pun dia tak faham , dia sendiri taktau berapa banyak yard sampah haram kat hulu langat ni ..

    Reply
  • October 11, 2014 at 5:25 PM
    Permalink

    CUBA TANYA PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA
    APA YG SELAMA INI AZMIN BUAT UNTUK MEREKA
    HAPRAK
    PEMBOHONG
    BERLAKON LEBIH!

    Reply
  • October 11, 2014 at 9:22 PM
    Permalink

    Orang bijak dia nak tahu semua walaupun bukan kerja dia, orang malas hanya tahu bagi alasan dan kritik kerja orang lain.
    ali.. hang nak pilih semula ka YB yg tak buat kerja atau hang nak kata mereka yg undi Azmin tu bodoh. Kalau hang kata mereka yg. majoriti pilih Azmin tu bodoh maknanya Najib yg dapat sokongan majoriti tentu lebih bodoh.

    Reply
  • October 11, 2014 at 9:27 PM
    Permalink

    Azmin bukan Tan Sri Khalid. Anak manja emas kesayangan Si Ketum tidak akan mampu mentadbir negeri yg cukup kompleks seperti Selangor. Kalau dlm PKR bolehlah dia tunjuk samseng dan bertindak liar. Tp sbg setiap kesilapan langkah Azmin Ali akan memberi implikasi besar yg Si Ketum pun x mampu lindunginya.

    Reply
  • October 11, 2014 at 9:31 PM
    Permalink

    Say YES!!! to Najib kerana bina pusat percetakan al-quran terbesar di dunia.
    say NO!!! to KJ kerana tarian zumbanya yg buruk serta pencapaian buruk di Glasgow dan Incheon serta pingat emas negara ditarik balik. Sila gantikan beliau sebagai Menteri Beliau kepada Mas Eryati Ketua Puteri UMNO, beliau lebih berwibawa.

    Reply
  • October 14, 2014 at 11:34 AM
    Permalink

    La ni Bujuk dah sokong Azmin Ali pulak ya!!!

    Hehehehehe!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.