MAS, Nasi Lemak Dan Sebiji Telur…

nasilemakmasSebelum ini, kecoh diperkatakan tentang komen chef selebriti terkenal, Chef Wan, mengenai nasi lemak “telanjang” yang dihidangkan syarikat penerbangan negara, MAS, di dalam pesawatnya. Teruk juga MAS “dibelasah” ketika itu.

Dalam pemerhatian saya, MAS telah meningkatkan kualiti hidangan nasi lemak itu dengan sambal udang, telur kuning dan mengekalkan ikan bilis goreng dan kacang di dalam bungkusan plastik kecil. Itu saja.

Namun kini diperkatakan pula tentang dakwaan kononnya MAS perlu membayar setinggi RM45 bagi satu set hidangan nasi lemak itu dan RM8 bagi sebiji telur. Rasanya, harga nasi lemak di hotel lima bintang pun tidak semahal ini, kan?
Katanya, kerana terpaksa membeli dengan harga yang tinggi itulah maka MAS rugi besar selama ini.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Namun sekiranyanya benar, rasanya harga tersebut tidak munasabah dan perlu dikaji semula oleh pihak pengurusan syarikat itu secepat mungkin.

Kebetulan pula MAS sedang di dalam proses penstrukturan semula di mana akan diwujudkan “NewCo” bagi menggantikan “OldCo”. Maksudnya, MAS akan berwajah baru menerusi syarikat barunya tidak lama lagi.

Dalam pelan pemulihan MAS yang dibentangkan Khazanah sebelum ini, diwar-warkan juga bahawa terdapat pelan untuk mengkaji semula perjanjian dengan vendor-vendor yang berurusniaga dengan syarikat penerbangan itu.

Itu pun kalau mereka berminatlah. Jika vendor-vendor itu kurang berminat, saya yakin MAS akan mengumumkan tender terbuka bagi mana-mana pihak yang berminat, bukan?

Jadi dalam hal ini, kontrak membekalkan makanan dan seumpamanya sudah pasti akan dan perlu dikaji semula.

Jika benar harga nasi lemaknya perlu dibayar RM45 satu set bersama pencuci mulut, air mineral, sudu, garfu dan sebagainya, maka mungkin boleh dikaji semula dengan harga serendah RM20 sahaja.

Jika sebiji telur berharga RM8, saya kira mungkin ia boleh diperoleh dengan harga yang jauh lebih berpatutan serendah RM0.50 sebiji bagi sebiji telur yang tahan lama dan berkualiti tinggi, bukan?

Justeru itu, pada pandangan saya, tindakan pemulihan MAS yang dibentang sebelum ini adalah tepat pada masanya dan merupakan satu langkah positif untuk memastikan syarikat kebanggaan rakyat Malaysia itu terus gagah serta kembali mencatat keuntungan.

Kalau rasa harga mahal sangat, jom kita sama-sama masuk tender membekalkan barangan, makanan dan seumpamanya kepada MAS dengan harga yang lebih berpatutan, namun berkualiti tinggi. Lagipun, dana RM6 bilion untuk pelan pemulihan MAS itu duit rakyat juga, kan?

Harapnya, MAS NewCo boleh beri perhatian tentang isu ini dan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat bumiputera yang bersesuaian untuk sama-sama memacu kecemerlangan syarikat tersebut. MAS perlu terbang gagah semula!

9 thoughts on “MAS, Nasi Lemak Dan Sebiji Telur…

  • October 21, 2014 at 12:55 PM
    Permalink

    Kalau betullah harga satu set nasi lemak mas rm45 memang bangang la yg membelinya dan yg meluluskan pembelian tersebut. Mas kena jawab ni.

    Reply
  • October 21, 2014 at 1:03 PM
    Permalink

    New Co with new mgt and same previous atitude. Dah berapakali di selamatan brother?
    MAS need NEW and EFFECTIVE IDEA bukan asyik slash pekerja je bila rugi sednagkan CEO bayar juta jugak

    Reply
  • October 21, 2014 at 1:39 PM
    Permalink

    salagi tun dol sebagai penasihat tak jadi punya, sebab dia akan guna orang2 dia dalam khazanah untuk bagi kontrak kat adik dia ha ha ha…..

    kalau kita bagi kat KJ jadi PM habis Malaysia pun dia jual…

    Reply
  • October 21, 2014 at 3:45 PM
    Permalink

    Dalam hal ini pihak katering telah beri penjelasan dalam akhbar sebelum ini. Dari segi kos, aku percaya semasa aku makan, kos pembungkusannya yang mahal. Takkan nak makan nasi lemak bungkus daun pisang dalam kapal terbang ? Kita cuba berfikir secara rasional sedikit dalam hal ini.Bukan apa, takut jadi pemfitnah dan buat dosa aje…

    Berbahas dengan fakta, dan cuba elakkan emosi.Jangan komplen kalau Mas saji nasi lemak dalam dun pisang aje selepas ini, kerana nak jimat kos……he he..

    Reply
  • October 21, 2014 at 6:00 PM
    Permalink

    Kulaan,
    sbb pikir logik la kita kata harga nasi lemak rm45 mengarut. Teknologi pembungkusan apa yg dia pakai smp harga mcm tu skali. Baik bg katering company yg biasa buat ngan kerajaan silap2 lg sedap dan jauh murah dr yg sedia ada ni.

    Reply
  • October 21, 2014 at 7:42 PM
    Permalink

    Bukankah supplier MAS adalah MAS Katering?

    Nasi Lemak Ayam di Air Asia pun boleh jual dalam RM10 je. Tu pun AirAsia dah kaut untung.

    Kos RM45 per satu set memang tak masuk akal. Tiada tender terbuka ke atau MAS terpaksa ikut telunjuk orang politik?

    Kalau begini, hantar CEO Apple jadi CEO MAS sekalipun MAS takkan pulih. Sebab ahli politik lebih berkuasa dari CEO MAS sendiri.

    Reply
  • October 21, 2014 at 10:20 PM
    Permalink

    Cuba hangpa dapatkan fakta berapa percent kos makanan jika dibandingkan kos keseluruhan operasi MAS? Kalau takat 5 % aje apa kesan nya? Yang 95 % lagi yang perlu dilihat secara menyeluruh..Bukan nak pertahankan catering? Cuma agar perbahasan lebih bersifat membina….

    Reply
  • October 21, 2014 at 10:25 PM
    Permalink

    Lagi satu.. Hangpa nak compare dengan syarikat tambang murah yang sponsor pasukan bola sepak terbang ke sebuah kelab bola tu..sapa bekap dia..keistimewaan apa yang dia dah dapat..siap dapat airpot sendiri..boleh la bagi harga rendah…..he..balik sana sini kena kat depa jugak…Cuba semak berapa harga makanan yang dijual oleh catering yang sama kat Air line lain(international)…?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.