Malaysia berjaya mendapat kerusi Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia berjaya menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) selepas memperoleh sebanyak 187 undi daripada 192 negara yang mengundi untuk memilih lima wakil majlis itu, di sini hari ini.

Malaysia sekali gus akan mewakili kumpulan Asia Pasifik sementara dua lagi negara-negara berkecuali (NAM) iaitu Angola dan Venezuela akan mewakili kumpulan Amerika Selatan dan Carribean.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Presiden Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Sam Kutesa kira-kira pukul 11. 45 pagi (waktu tempatan).

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman kini berada di New York.

Kali terakhir Malaysia menduduki kerusi tersebut adalah pada 1999-2000.

10 thoughts on “Malaysia berjaya mendapat kerusi Majlis Keselamatan PBB.

  • October 17, 2014 at 12:44 AM
    Permalink

    Tahniah malaysia. Bawa suara dunia islam dlm majlis tersebut

    Reply
  • October 17, 2014 at 7:22 AM
    Permalink

    HEBAT JUMLAH PERATUSAN UNDI YG DIPEROLEHI..
    ERTINYA ‘pemimpin’ NEGARA INI POPULAR DAN DIPERCAYAI UNTUK MEMIMPIN..
    apalah agaknya komen pemimpin Pakatan Rakyat?

    Reply
  • October 17, 2014 at 8:59 AM
    Permalink

    Keluarga Menteri UMNO dapat kontrak print label arak RM77 juta. Halal ka?

    Org kapir minum arak (Oktoberfest korang kecoh), ini org Isle??
    Amacam??

    Reply
  • October 17, 2014 at 9:03 AM
    Permalink

    Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.

    “Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.

    “Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.

    “Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

    Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

    Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.

    “Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang,” katanya.

    CGT cukai baru, bukan pengganti

    Mengulas bajet alternatif Pakatan Rakyat berhubung Cukai Keuntungan Modal (CGT), kerabat diraja itu berkata cukai itu bukan pengganti yang bagus kepada GST dan hanya dikenakan kepada golongan peniaga sahaja.

    “Ia bukan pengganti yang bagus. Ia cukai baru. Mana ada ganti. Sebabnya, yang dicadangkan oleh pembangkang ialah orang yang meniaga sahaja.

    “Dulu kita dah guna tapi saya dah hapus benda itu kerana keadaan (ketika itu) kemelesetan. Nak bayar cukai keuntungan macam mana kalau dia tak ada untung pun.

    “Jadi tak munasabah. Ia bergantung pada keadaanlah. Kalau keadaan memaksa kita untuk tambah pendapatan negara dengan mengenakan kadar yang lebih tinggi atau cukai yang baru, itu soal pertimbanganlah,” katanya lagi.

    Ditanya sama ada kini masa yang sesuai untuk melaksanakan CGT, Ku Li berkata keadaan tidak mengizinkan.

    “Saya rasa keadaan tak begitu mengizinkan kerana kita belum lagi menjadi lebih maju untuk nak melabur. Pasaran saham sekarang ini tidak begitu bagus,” katanya lagi.

    Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini.

    Sehubungan itu, beliau berkata, cukai CGT yang dicadangkan belanjawan alternatif Pakatan jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan GST.

    Reply
  • October 17, 2014 at 9:04 AM
    Permalink

    Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada hadirin di forum Transformasi Barah Ali Baba Di Bumi Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Oktober, 2014.

    ‘Kuasa mutlak’ yang diperuntukkan kepada seorang menteri kewangan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 perlu disemak semula kerana ia membuka peluang kepada rasuah, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

    Pemimpin veteran Umno itu berkata, kelemahan dalam akta tersebut membolehkan menteri memberi sesuatu kontrak kepada mana-mana pihak menerusi rundingan terus.

    “Jika kita mahu kawal rasuah, kena kaji Akta Prosedur Kewangan. Akta tersebut memberi kuasa mutlak kepada menteri kewangan, menerusi Parlimen,” kata Tengku Razaleigh, atau lebih popular sebagai Ku Li pada satu sidang media hari ini.

    “Terdapat banyak kelemahan di situ. Sebagai contoh, rundingan terus. Itu ialah kuasa menteri kewangan. Kamu datang ke pejabat saya, beritahu saya kamu hendak buat jambatan dan sebagai menteri kewangan, saya boleh beri kamu projek itu,” katanya.

    Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara tersebut tidak beretika kerana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan mengingatkan Putrajaya yang kekayaan negara yang mereka uruskan bukan milik “ibu bapa” mereka.

    “Ini adalah wang rakyat yang dikutip daripada cukai. Kita tidak boleh guna sesuka hati. Kita perlu guna kaedah yang betul, dan kaedah terbaik ialah menerusi tender terbuka,” katanya.

    Jawatan menteri kewangan dipegang perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memecat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang jawatan itu pada 1998.

    Tengku Razaleigh berkata, jawatan tersebut sangat berkuasa, oleh sebab itu bukan sebarang orang boleh dilantik memangku jawatan itu ketika menteri bertugas di luar negara.

    Sebaliknya, beliau berkata, pemangku menteri kewangan dilantik Kabinet.

    Mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, minggu lalu, Tengku Razaleigh menyifatkan ia “agak baik” tetapi tidak menyelesaikan isu rasuah.

    Selain itu, beliau juga menggesa Akta Rahsia Rasmi (OSA) disemak semula kerana ia memiliki “beribu dosa yang tersembunyi”.

    “Malah, wartawan yang mendapat tahu sesuatu tentang kerajaan tidak boleh mendedahkannya, walaupun kamu ada dokumennya dalam tangan, kamu boleh dipenjara 7 tahun mengikut OSA.

    “Jika isunya melibatkan rasuah, saya rasa semua orang yang mahu negara ini bersih harus dibenarkan mendedahkannya,” katanya.

    Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya hanya menunggu hingga menteri atau ada arahan mahkamah untuk mengubah status ‘sulit’ sesuatu dokumen yang berkaitan kepentingan awam.

    Ku Li berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dikaji semula kerana ketiadaan “peruntukan penting” bagi menangani masalah rasuah.

    “Saya sebenarnya mahu bukan saja perasuah dan mereka yang korup dihukum, tetapi saya rasa calon dan pemegang amanah juga perlu dibawa ke muka pengadilan.

    “Saya rasa mereka (individu bersalah) perlu dengan sukarela memberitahu semua orang ‘ini calon saya, ini pemegang amanah saya’ dan tidak perlu untuk SPRM membawa kes mereka ke mahkamah bagi mendapatkan perintah mendedahkan calon dan pemegang amanah tersebut,” katanya.

    Tengku Razaleigh bercakap pada forum mengenai masalah ‘Ali Baba’ yang dianjurkan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC), Kuala Lumpur hari ini.

    Dalam ucaptamanya, Ku Li berkata, fenomena ‘Ali Baba’ adalah hasil tindakan pemimpin rasuah yang menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru negara.-tmi

    Reply
  • October 17, 2014 at 10:45 AM
    Permalink

    Salah satu kriteria untuk menjadi negara maju ialah Index Rasuah dan ranking rasuah negara perlu diturunkan di bawah paras yang ditetapkan oleh Amnesty International (mungkin bawah 20). Perlu di ingat Index rasuah dan kedudukan negara dalam isu ini masih lagi tinggi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menanganinya. Oleh itu kerajaan perlu berusaha dengan lebih bersungguh2 dan ikhlas terhadapnya. Pandangan2 membina seperti yang disarankan oleh Ku LI boleh diambil kira (mengkajinya) demi kebaikan negara. Berkaitan Tender rundingan terus ada kalanya ia merupakan langkah terbaik terutama dalam kes-kes tertentu yang melibatkan penanambahbaikan sistem komputer atau penyelenggaraan sistem setelah tamat tempoh warranty. Ini kerana kontraktor semasa amat arif tentang sistem yang mereka sendiri bangunkan tersebut. Oleh itu banyak masa dan belanja boleh dijimatkan. araan Melantik kontraktor baru untuk meneruskan penambahbaikan atau penyelenggaraan sistem boleh merumitkan kerana kerenah /alasan yang boleh mereka timbulkan dan akhirnya agensi tersebut munkin terpaksa menukar sistem yang baru yang melibatkan kos dan masa. Kita sudah tentu tidak rela kegagalan negara mencapai negara maju hanya disebabkan index rasuah kita (kalau tak silap saya sekarang hampir 50) masih tinggi pada tahun 2020 nanti.
    Mengenai GST kerajaan perlu teruskan sekiranya itu difikirkan baik untuk negara. 162 negara yang telah melaksanakannya masih menggunapakai sistem cukai ini. Sudah tentu pada peringkat awal banyak loop holes yang perlu dipantau dengan teliti oleh pihak berkuasa dan memperbaikinya mengikut acuan dan kepentingan rakyat di Negara ini. Sistem apa pun (walaupun yang terbaik di dunia kalau tidak dipantau dengan rapi nescaya akan rosak atau memudaratkan. Kita mesti ingat di Malaysia ni kita (terutama orang melayu) amat manja dan dilindungi dengan bermacam2 kemudahan / bantuan sama ada dalam bentuk subsidi, pemberian perkidmatan percuma, pelbagai bantuan dalam bentuk wang (solid cash) serta peluang2 ekonomi dan pendidikan. Jadi apalah salahnya sekali sekala kalau kita pula dapat membantu kerajaan dengan sedikit pengorban demi membantu orang lain untuk menikmati kemudahan yang sama atau yang lebih baik. Saya pasti Najib sangat ikhlas dalam melaksanakan GSTdan juga pencegahan isu rasuah ini.

    Reply
  • October 17, 2014 at 3:21 PM
    Permalink

    moo (October 17th, 2014 at 8:59 AM)

    “Keluarga Menteri UMNO dapat kontrak print label arak RM77 juta. Halal ka?

    Org kapir minum arak (Oktoberfest korang kecoh), ini org Isle??
    Amacam??”

    Tah la Mooh, aku dah jawap kat hang pada October 15th, 2014 at 5:41 PM di link berikut:

    http://www.mykmu.net/2014/10/15/nelayan-ikan-sangkar-penginap-hotel-orang-maha-kaya-pkr-bayan-baru/#comment-323556

    Berkenaan sama ada arak tu halal diminum atau tidak, itu pandangan org PAS dan bukan org UMNO!!!

    Hang kan suka MABOK4444 pergi Zouk tengok amoi malam tahun baru Nasrani 2014!!!

    Hehehehehehehe!!!!!!

    Reply
  • October 17, 2014 at 3:44 PM
    Permalink

    Aku seriously nak tanya Rafizi Ramli dan juga Tengku Razaleigh dan jelaskan negara mana yg tak mengalami harga kenaikan barang dan kos sara hidup tiap2 tahun?

    BTW, aku lihat takder pun cadangan yg bernas dari Pakatan Rakyat!!!

    Tapi aku nak tegur sikit Menteri KPDNKK, while I do not mind kempen “Jom bawak Bekal ke Sekolah”, tapi perlu adanya enforcement yg tegas dan menyeluruh terhadap peniaga2 yg sengaja menaikkan harga barangan di Malaysia!!!

    Difahamkan bahawa lesen2 hypermart dan perniagaan semua di bawah kementerian KPDNKK, maka gunakan that leverage to squeze peniaga2 ini dari menaikkan harga barangan. Jika peniaga2 ini ENGKAR, batalkan lesen perniagaan mereka!!!

    ENFORCE secara total Suruhanjaya Perniagaan Malaysia yg berada di bawah akta Competition Commission Act 2010 untuk megelakkan persaingan tidak sihat, terutama yg berbentuk kartel.

    Jangan lupa, di bawah Kementerian KPDNKK ada Price Control and Anti-Profiteering Acts 2010, tapi ENFORCEMENT tidak secara meneyeluruh!!!

    Jika KPDNKK masih tak perform lagi akhir tahun ini, saya harap Najib Razak tukarlah Malek Hassan dgn org yg lebih TEGAS dan TAK BERKOMPROMI dalam tugasnya!!!

    Lagipun, bukankah setiap kementerian ada KPI sendiri yg perlu dicapai!!!

    Reply
  • October 17, 2014 at 8:48 PM
    Permalink

    Yup…setuju enforcement kena ada bukan takat retorik, buar macam SPRM buat sekarang ni…merata-rata pegawai kerajaan di tangkap kerana rasuah, baru depa ada akai.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.