Majlis Ulama Pas tiada kuasa – PASMA.

Konflik Majlis Syura Ulama Pas, 
Pasma semakin serius
Pertembungan antara Majlis Syura Ulama Pas dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) semakin serius apabila Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi mene­gaskan, majlis tersebut tidak berhak melarang ahli Pas menghadiri program pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Katanya, Majlis Syura Ulama Pas tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah berkata, lebih sebulan lalu, Setia­usaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada larangan terhadap ahli-ahli Pas untuk men­yertai atau menghadiri sebarang program anjuran Pasma.

”Saya merujuk kepada beberapa ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan mereka kata jawatankuasa itu belum membuat apa-apa keputusan mengenai halangan ini. Oleh itu, saya berpegang kepada kenyataan akhir oleh Setiausaha Agung parti bahawa tiada halangan untuk ahli Pas menghadiri program Pasma,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Bahayakah Pasma’ dan pelancaran Pasma peringkat Negeri Terengganu, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pasma, Mohamad Hussin dan Pengerusi Pasma Pahang, Tengku Puji Tengku Abdul Hamid.

Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang melarang semua ahli parti itu menyertai sebarang majlis atau program Pasma.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama pada 12 Oktober lalu melalui Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan semalam, beliau sekali lagi menegaskan badan tertinggi dalam Pas itu tetap tidak berganjak daripada pendirian asalnya.

Phahrolrazi berkata, berdasarkan kenyataan Mustafa, ahli-ahli Pas tetap dibenarkan menyertai program anjuran Pasma dan mereka tidak dianggap sebagai pembelot kepada parti.

Beliau juga hairan kenapa Pas ‘tidak senang’ dengan penubuhan Pasma sedangkan persatuan itu diwujudkan sebagai platform untuk membantu Pas dan parti sekutunya dalam pakatan pembangkang menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sumber Utusan.

10 thoughts on “Majlis Ulama Pas tiada kuasa – PASMA.

  • October 26, 2014 at 3:04 AM
    Permalink

    Pasma pun bileh cabar majlis ulama pas……hadi awang tengok sajakah?

    Reply
  • October 26, 2014 at 3:39 AM
    Permalink

    rakyat2 marhaen semua renung2kanlah.. cam mn nak pimpin negara kalau parti sana sini bermasaalah dan yg plg haru mrk sendiri tdk boleh menyelesaikannya. slps dap, pjr dan yg terbaru pas. tp off course yg plg bangang pas ni apa ke hal lah.. pkr punya pasal habis rumah sendiri pun depa nak runtuhkan..

    Reply
  • October 26, 2014 at 7:24 AM
    Permalink

    Mengapa pulak majlis syura tak dak kuasa, sedang Nasaruddin dan beberapa orang lahi dibuang macam tu saja. Cuma kerugian PAS kerana kebsnyakan yg masuk PASMA adalah wakil rakyat bukan ahli biasa

    Reply
  • October 26, 2014 at 9:31 AM
    Permalink

    Hahahahahahahahahahaha….oiii nik ajis apa dah jadi dengan parti hang ?? mana pi retorik PAS akan tarbiyahkan DAP / PKR ?? lingkup PAS dikerjakan anwar dan kit siang.

    Si Phahrolrazi yang makan nasi selalu melekat kat dagu tu pun dah berani sound pak lebai-pak lebai kulup PAS ?? Macam mana ni ?? kata majlis ulama peggang kuasa tertinggi ??

    Reply
  • October 26, 2014 at 12:12 PM
    Permalink

    pertubuhan pas dengan perlembagaan yang tunggang langgang antara majlis syura dengan jkk pusat tak tau yang mana satu lebih tinggi semuanya kerana menciplak cara perlembagaan syiah iran yang mengangkat kuasa ayatollah mengatasi kuasa presiden kerana nak tiru punya pasal maka pas tubuhkan majlis syura yang mana mursyidul am lebih berkuasa dari presiden tapi dalam masa sama di kekalkan pula kedudukan kuasa jkk pusat dengan kuasa kuasa tertentu bukan ker bangang namanya sudah jadi kucar lanar hahahahaha

    Reply
  • October 26, 2014 at 2:43 PM
    Permalink

    dengan tertubuh nya PASMA, Ini adalah salah satu kejayaan Anwar Ibrahim memecah belahkan PAS…

    Reply
  • October 26, 2014 at 2:56 PM
    Permalink

    Ahli2 PAS yg pro Anwar pasti sokong PASMA…. Kpd ahli2 PAS yg syg dgn ULAMAK PAS… Fikir2kanlah, Jgn pandang MELAYU ISLAM dlm UMNO ni teruk sngt….. msh ada ruang untk bersatu….

    Reply
  • October 26, 2014 at 4:27 PM
    Permalink

    KEPADA MAJLIS ULAMA PAS
    MUHASABAHLAH DIRI
    ADAKAH SEMUA AHLI PAS RELA PAS BEKERJASAMA DENGAN DAP DAN PKR
    JIKA JAWAPANNYA TIDAK
    (SEBAB DALAM MUKTAMAR PUN ADA DIBANGKITKAN)
    BERMAKNA KEPUTUSAN MAJLIS ULAMA PUN TIDAK BETUL
    2 x 5
    KALAU DAH CONTOH TAK BETUL YG PEMIMPIN TUNJUKKAN
    TAK HAIRANLAH PAS JADI
    KELAM KABUT..TUNGGANG LANGGANG

    Reply
  • October 26, 2014 at 10:13 PM
    Permalink

    Yeaahhh…akhirnya PAS dimusnahkan oleh ahlinya sendiri bknnya UMNO musuh dunia akhirat mereka

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.