Liwat II: Rakyat Sudah Celik, Ada Kumpulan Sokong Saiful Lagi

SEPANJANG penulis mengikuti dengan dekat perbicaraan kes liwat kuasa Anwar sejak 1998, tidak pernah penulis melihat ada kumpulan menyokong mangsa liwatnya hadir semasa perbicaraan berlangsung – pada ketika itu, Azizan Abu Bakar.

Beza dengan pagi tadi, ada lebih kurang 500 orang ahli kumpulan ini, lengkap dengan baju sendiri hadir menyatakan sokongan kepada mangsa kerakusan terbarunya, Saiful Bukhari.

Itulah yang berbeza dengan kes kali ini, nampak sangat bahawa rakyat semakin hari semakin bijak dan boleh menerima hakikat bahawa tidak mustahil orang yang ternampak baik macam Anwar boleh melakukan apa yang dia dituduh melakukan, tak macam dulu.

Perkembangan terbaru ini menarik minat penulis sebab ramai-ramai hadir sokong Anwar tu dah biasa sangat tengok, hadir sokong mangsa Anwar seperti Saiful Bukhari ni baru-baru je berlaku. Dulu (kes liwat 1) tak mimpi pun nak nampak macam ini.

Katalah apa nak kata, tapi penulis melhat kewujudan kumpulan ini membayangkan perubahan di kalangan rakyat Malaysia. Kalau nak kata yang datang tu ditaja, apa beza dengan kumpulan yang sokong Anwar? Datang sukarela ke? Kena taja juga, jadi tak usahlah nak mengata.

Sementara modus operandi Anwar setiap kali nak tersepit tak berubah – guna mahasiswa dan segelintir orang India, di pihak yang jadi mangsanya dah wujud kumpulan rakyat Malaysia yang hadir secara terbuka bawa banner, buat baju dan sebagainya menyokong keadilan untuk beliau.

Ini yang mengagumkan.

Penulis yakin, strategis Anwar semuanya terkumam melihat ada orang menyokong keadilan untuk Saiful Bukhari, bukan keadilan untuk Anwar sahaja. Akan adalah apa sahaja kenyataan untuk merendahkan kumpulan ini, tapi semua itu penulis yakin tidak menjejaskan semangat mereka.

Tahniah penulis ucapkan kepada siapa juga yang menjadi latar di sebalik kemunculan kumpulan menyokong Saiful Bukhari ini. Tak terkecuali, mereka yang merisikokan diri berhadapan dengan kera-kera upahan Anwar di Mahkamah hari ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

16 thoughts on “Liwat II: Rakyat Sudah Celik, Ada Kumpulan Sokong Saiful Lagi

  • October 28, 2014 at 10:44 PM
    Permalink

    Saperti yang saya pernah tulis bahawa Anwar perlu buat 3 perkara pokok yang boleh yakinkan orang bahawa AnwarIbrahim manusia bersih bukan seorang manusia Full of Shits.

    Pertama Anwar perlu saman semua individu yang bertanggong jawab menuduh dia sebagai seorang gay (penggemar lelaki) . Ini termasok kerjaan Malaysia.

    Kedua Anwar perlu kumpulkan segala video dan gadget pembuktian termasok footage CCTV dan hantar ke makmal pakar bagi membuktikan semua itu palsu, superimpose.

    Ketiga Anwar perlu bersumpah laknat saperti yang dibuat oleh Saiful. Buangkan teori dia bahawa bersumpah laknat itu tidak islamic, tidak harus dijadi amalan orang Islam. Buangkan kerana dia dengan dosa dia tidak se Islamic mana pun.

    Reply
  • October 28, 2014 at 11:29 PM
    Permalink

    ya,keadilan untuk saiful jugakan.apa?keadilan hanya untuk anuar jer?ORANG BODOH JER YG KATA KEADILAN HANYA UNTUK ANUAR TU.KEADILAN UNTUK SAIFUL JUGAKAN.

    Reply
  • October 29, 2014 at 12:12 AM
    Permalink

    Mereka ingat mereka saja adapenyokong.

    Reply
  • October 29, 2014 at 12:19 AM
    Permalink

    Berdasarkan jumlah rempuhan pintu pagar um tu pun kita Sudah boleh baca Dan lihat…ketum sudah tidak lagi releven kini Dan selamanya..satu hari beliau tidak lagi diingati dgn jasa2 yg baik yg pernah dia buat utk bangsa, agama Dan negaranya..tapi akan diingati sebagai perosak masyarakat.

    Reply
  • October 29, 2014 at 12:22 AM
    Permalink

    BUKAN KEADILAN UTK SEXPOL…TAPI KEADILAN UTK JUBOR SEXPOL SNGT PENTING BUAT UMNO@BN…HANYA INI TALIAN HAYAT YG TINGGAL BAGI UMNO@BN….

    Reply
  • October 29, 2014 at 12:58 AM
    Permalink

    Hidup abg nuarrrr!!!!

    Reply
  • October 29, 2014 at 8:30 AM
    Permalink

    Tak payah sumpah laknat dan sebagai nya. Mari lah semua berdoa agar Allah S.W.T memberi hidayah pada Saudara semuslim kita Anwar Bin Ibrahim jika benar benar lah dia dan jika salah salah dia. Amin. Doa lah dengan ikhlas kerana doa lah senjata paling effective. Amin.

    Reply
  • October 29, 2014 at 8:49 AM
    Permalink

    Penyokong Shitfool tu semuanya dibayar… seorang dapat rm50 termasuk makan, minum, t-shirt dan headband. Pengangkutan ke Putrajaya pun ditanggung beres.

    Cuba tanya penyokong Nuar… ada tak dibayar apa-apa?

    Reply
  • October 29, 2014 at 8:49 AM
    Permalink

    DOA yg terbaik bagi aku kalau adanya Si Al’Jub masih bebas ..Malaysia xakan AMAN dan HARMONI seperti masa Tok Nek, Mak Babak dan aku semasa kecil dahulu…TERINGAT masa dulu..bila lagu “MUHIBBAH” berkumandang diRadio dan TV…

    Reply
  • October 29, 2014 at 9:03 AM
    Permalink

    hidup Anwar..
    ya lah..HIDUP DALAM PENJARA!
    KEPADA PENGGEMAR ANWAR
    kalu dia terpenjara
    lu gantunglah gambar dia dalam bilik
    dan merataplah ari-ari….

    Reply
  • October 29, 2014 at 10:00 AM
    Permalink

    Ramai terkejut bila TDM menyingkirkan DSAI pada 1998. Ramai yang berdoa kepada Allah Taala supaya Allah menaikkan pemimpin yang benar dan menjatuhkan/menghinakan pemimpin yang salah. Kebanyakan yang bersolat hajat ini bukanlah calang-calang orang; golongan ulama dan ustaz-ustaz dengan harapan supaya orang yang teraniaya ini diredhai Allah manakala yang zalim akan menerima hukuman. Atas hati yang tulus ikhlas ketika berdoa Allah Taala memperkenankan doa hamba-hambaNya. Sekarang lihatlah, doa rakyat Allah telah perkenankan.
    Siapa yang jatuh, siapa yang dijauhi rakan-rakan? Siapa yang menjadi serba tak kena sekarang?

    Reply
  • October 29, 2014 at 3:22 PM
    Permalink

    Berapa ramai yang dulu bersama anwar tapi kini sudah dan mula menjauhi diri dari dikaitkan dengan peliwat tegar tu, pengasas PKR dari 49 orang kini hanya tinggal 3/4 orang je, termasuk anwar, bini dia dan anak dia.

    Tengok muka penyokong-penyokong anwar kita dah tau species apa depa tu semua, mat pet, LGBT, bebudak tak lulus exam, in general depa ni kumpulan sampah masyarakat..tak kira tua atau muda. Hidup jenis yang tak ada tujuan…bila anwar kata dia boleh bagi free apa yang depa ndak…depa pun sokong, tanya la depa…apa yang depa dapat ?? elek, lebih-lebih pun RM 50- 100 buat modal merusuh.

    Reply
  • October 29, 2014 at 10:56 PM
    Permalink

    mmg rakyat suda celik tapi masih ada yang masih jilat jubo sambil pejam mata ..huhu

    Reply
  • October 30, 2014 at 1:43 AM
    Permalink

    pendakwaan kena ada bukti ya, susah juga tu.kalau konsperasi lagi susah. berapa puluh pihak nak kena jaga. iyalah orang, mulut tempayan bolehlah tutup mulut orang ..susah, mana boleh tutup. apatah lagi dah 6tahun dah. tapi penafian tidak perlu bukti ke? cuma perlu penyokong yang ramai gegak gempitanya orang itu pun didapati tidak bersalah.. bergituke? aku mengaku tak faham sangat dengan benda benda macam ni. macam bodoh pulak kena fikir benda macam ni.

    Reply
  • October 31, 2014 at 11:47 PM
    Permalink

    Hari tu Najibulghunnah kata hidup Wan Azizah, tapi Wan Azizah tak dapat jd MB Selangor!!!

    Hehehehehehe!!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.