Lembah Sari Dapat Kontrak RM 77 juta Melalui Tender Terbuka

Syarikat Lembah Sari Sdn Bhd yang mendapat penganugerahan kontrak label keselamatan arak bernilai RM77 juta daripada Jabatan Kastam Negara memperolehi kontrak itu melalui tender terbuka.

Menafikan dakwaan pihaknya memperoleh kontrak itu secara rundingan terus, syarikat itu menjelaskan pihaknya telah mengambil bahagian dalam tender terbuka dan dianugerahkannya bagi tujuan mengawal dan memantau hasil kutipan cukai kerajaan.

“Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai hampir 10 tahun pengalaman dan kepakaran dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi melindungi hasil kerajaan, perlindungan jenama dan penyelesaian keselamatan dan produk, kami berkemampuan menyediakan perkhidmatan untuk merekabentuk, mencetak, menyimpan selamat, membekal dan mengedarkan produk keselamatan termasuk setem cukai,” kenyataan syarikat itu dipetik.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin, menafikan pembabitan beliau dengan penganugerahan kontrak membekalkan Label Keselamatan (security-Labeliing) oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia kepada syarikat Lembah Sari Sdn Bhd.

Ini sebagai reaksi kepada dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempertikaikan penganugerahan kontrak bernilai RM77 juta yang didakwa diberi secara rundingan terus kepada syarikat yang dilaporkan dimiliki Datuk Haris Onn Hussein — adik Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat itu juga menjelaskan pihaknya membekalkan alat peranti pengesahan yang unik dan mengadakan latihan yang diperlukan.

Menurut Laman Sari lagi, kontrak itu bakal dilaksanakan dari 2014 sehingga 2019 dan bernilai RM77 juta atau RM15.4 juta setiap tahun bagi tempoh lima tahun dan penganugerahan itu telah disiarkan dalam laman web rasmi Jabatan Kastam. – Mykmu.net/Malaysiakini.com

9 thoughts on “Lembah Sari Dapat Kontrak RM 77 juta Melalui Tender Terbuka

  • October 17, 2014 at 11:42 PM
    Permalink

    Jadi keluarga ahli politik memang susah.kalau berniaga memang akan dikaitkan dgn org yg memegang jawatan. Selagi benda iku prisedur atau saluran yg betul tak apa la…….org tetap akan kata juga mcm2.

    Reply
  • October 18, 2014 at 12:16 AM
    Permalink

    klu buat cara betul pun susah, orang akan kata mcm mcm.dengki menebal dalam hati sanubari.kaum kerabat lim kit siang pun banyak dapat projek kat p.pinang.tony pua tak tanya pulak?

    Reply
  • October 18, 2014 at 8:03 AM
    Permalink

    Jabatan Kastam Di Raja Malaysia & Syarikat Lembah Sari Sdn Bhd sepatutnya menyaman Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua kerana memfitnah.

    Reply
  • October 18, 2014 at 2:53 PM
    Permalink

    KENAPA TAK SAMAN CINA PUAKA TU??? DOK DIAM AJA KE KDRM ?? CUBA MEREKA YG KENA FITNAH SIAP SIAP LAH SEE U IN COURT KATA MEREKA

    Reply
  • October 18, 2014 at 7:45 PM
    Permalink

    Difahamkan Tony Phua kata demikian dalam Parlimen, melainkan Tony Phua ulang semula tuduhan tersebut, maka syarikat Lembah Sari perlu ambil tindakan undang2 terhadap Tony Phua!!!

    Reply
  • October 19, 2014 at 12:33 AM
    Permalink

    bosanlah dengan perbezaan taraf macam ni, adake patut apa apa pun nak cakap diparlimen tak salah diluar pulak salah. kitakan biasa tengok anak anak orang kita depan emak ayah baik walaupun diluar lain, tapi ini ibarat depan emak ayah dah melampau belakang dia lagilah..ini hukum tak boleh tukar ka?

    Reply
  • October 19, 2014 at 12:54 AM
    Permalink

    senang cerita tak payah masuk lah cari penyakit buat apa banyak channel lagi untuk keluarga bangsawan buat bisnes lain

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.