Khalid Ibrahim Kosongkan Kerusi DUN, Siapa Yang Sedang Gumbira?

Sejak 2 hari lepas, heboh diperkatakan oleh “ahli parlimen kedai kopi” berikutan terpampangnya di muka depan beberapa akhbar utama, bahawa Khalid Ibrahim akan melepaskan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Menurut sumber, Faekah dikhabarkan telah menafikan spekulasi berkenaan perkata tersebut.

Khalid, sewaktu baru melepaskan kerusi panas Menteri Besar Selangor, pernah berkata bahawa beliau senang dan mahu berstatus ADUN bebas. Mengapa tiba-tiba wujud spekulasi ini? Apakah Khalid sedang diasak oleh pihak-pihak tertentu agar melepaskan kerusi DUN Pelabuhan Klang?

Hakikatnya, apa yang telah diputuskan oleh Khalid Ibrahim sewaktu berstatus Menteri Besar Selangor telah mula dipertikaikan oleh Menteri Besar yang baharu. Malah, perjanjian berkenaan bekalan air yang jelas amat penting kepada rakyat juga menjadi sasaran.

Sudah menjadi “trend” pemimpin politik Pakatan untuk membidas dan mengkritik pemimpin-pemimpin yang tiada di dalam samada dewan undangan negeri atau pun parlimen. Tun Mahathir, Dr. Khir Toyo, malah pemimpin NGO seperti Hamidzun Khairuddin dan juga ahli perniagaan seperti Syed Mokhtar Bukhari tidak lekang menjadi mangsa kritikan tanpa ada ruang untuk membalas hujah tersebut. Tentunya situasi ini amat menguntungkan pemimpin Pakatan kerana hujah mereka berbentuk satu hala.

Berdasarkan “trend” tersebut, apakah Khalid Ibrahim pasti bahawa dengan meletakkan jawatan, maka beliau tidak lagi menjadi sasaran politik dendam dan kebencian amalan Pakatan? Apatah lagi sewaktu memimpin Selangor, pergolakan dalaman politik Selangor menggelegak sehingga membawa kepada penamatan kontrak kakitangan PKNS yang diwar-warkan sebagai “orang” si polan dan si polan dan bukannya orang Khalid?

Itu belum lagi sketsa “alif zai mim ya nun”nukilan terhebat dari Faekah di laman Twitter!

Dengan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Khalid tidak lagi mampu untuk mempertahankan dirinya, malah keputusan-keputusan yang telah dibuatnya dengan slogan “demi rakyat” mungkin akan dimanipulasi untuk terus-terusan memburukkan Khalid Ibrahim.

Tidak dinafikan, Selangor diambang kehancuran sewaktu dipimpin oleh Khalid Ibrahim dan PKR yang sibuk mengutamakan politik berbanding kemakmuran negeri. Namun begitu, ada juga perkara-perkara yang akhirnya memberi kesedaran kepada Khalid akibat dari pengalaman pahitnya dimaki seantero negeri gara-gara krisis bekalan air.

Dan demi rakyat, Khalid Ibrahim wajib terus berada di dalam dewan undangan negeri untuk berhujah untuk mempertahankan keputusannya sewaktu bergelar Menteri Besar Selangor.

Itu pun kalau benar-benar dia berada di pihak yang benar!

17 thoughts on “Khalid Ibrahim Kosongkan Kerusi DUN, Siapa Yang Sedang Gumbira?

  • October 7, 2014 at 11:46 AM
    Permalink

    sewaktu jadi mb umno termasuk mykmu net yang paling banyak menyerang khalid, kenapa sekarang pula begitu sayang khalid??apa motif,apa tujuan!

    Reply
  • October 7, 2014 at 11:56 AM
    Permalink

    Mykmu sayang khalid ?? aku bukan lah jurucakap untuk mykmu, tapi aku rasa tak dak siapa pun kat sini yang sayangkan khalid !! hang kena pandai bezakan antara sayang dan kesian….hehe

    Reply
  • October 7, 2014 at 12:09 PM
    Permalink

    Khalid sebaiknya meletakkan jawatan adun … sekiranya prk diadakan sekali lagi maka kita akan tahu sama ada bn atau pakatan rakyat menjadi pilihan rakyat. Yang utamanya adakah bn masih punya kekuatan untuk rampas semula negeri selangor dalam pru 14 nanti …

    Reply
  • October 7, 2014 at 12:26 PM
    Permalink

    Selangor tak perlukan…Pemimpin Pemimpin yang shok sendiri..tanpa memikirkan Parti..OOOOk per..

    Reply
  • October 7, 2014 at 1:01 PM
    Permalink

    hahaha bodoh punya babi peliharaan kit siang tak reti nak bezakan antara sayang dan kesian…aku pun kesian pada khalid tapi dalam masa yang sama aku gelak sakan pada dia…maksud kesian ialah kesiankan khalid sebab dia mudah diperbodoh untuk dipergunakan oleh musibat itu, aku percaya khalid tak marah pun siapa nak gelakkan dia dengan apa yang dia alami sekarang

    Reply
  • October 7, 2014 at 1:06 PM
    Permalink

    kerajaan pakatan haram selangor ni sudah jadi bahan sejarah gelak ketawa ramai sungguh memalukan negara

    Reply
  • October 7, 2014 at 2:02 PM
    Permalink

    About one-third or two million Malaysian households still earn less than RM3,000, Minister in the Prime Minister Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar said in Parliament today.

    He said this figure was 28.7% out of seven million households in the country.

    Income for these households was still suppressed despite an overall increase in the earnings of the bottom 40% of households.

    The increase was an average of between 8% and 10% annually since 2009, based on surveys conducted by Putrajaya, Wahid said. – October 7, 2014.

    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/2-million-households-still-earn-below-rm3000-says-minister#sthash.15VPO1DX.dpuf

    Reply
  • October 7, 2014 at 5:45 PM
    Permalink

    kalau kita tengok sesi parlimen tadi mengenai perbahasan usul pindaan rang undang-undang LHDN, ternyata ahli parlimen dari pembangkang masih lagi mempunyai mentaliti low class…yang mengakhiri lawak clown sarkas dikalangan ahli parlimen pembangkang di parlimen tadi sudah tentulah si mahfuz omar, hahahaha

    Reply
  • October 7, 2014 at 6:07 PM
    Permalink

    kalau boleh tahun depan selepas GST mula dilaksana, tambahlah balik subsidi 20 sen(seliter) kepada petrol(RON95) dan diesel…pemberian BR1M akan bertambah lebih dari RM650(bagi isi rumah berpendapatan RM3 ribu ke bawah) untuk tahun depan…tambah balik subsidi petrol dan diesel itu boleh melonjak kembali populariti Najib, kekalkan tambah balik subisidi itu sehingga PRU14 kalau nak buat pembangkang kering gusi dan idea macam mana nak hasut rakyat buat demo

    kepada Najib, janganlah gali lubang kubur buat UMNO dan BN!…kena pandai dan cepat sedar bila PEMANDU nak bawa masuk gaung, sekarang ini pun ramai orang kata memang nak masuk gaung

    pembentangan bajet untuk tahun depan yang akan diumumkan pada 10 oktober ini diharap dapat menyejukkan sedikit sebanyak hati rakyat yang sedang panas sekarang ini tentang potongan subsidi 20 sen(seliter) kepada petrol(RON95) dan diesel…jadilah rakyat yang rasional, janganlah teruk sangat membutakan hati dan mata tidak dapat melihat sedikit pun tentang betapa banyak kebaikkan lain yang telah kerajaan lakukan dan berikan

    Reply
  • October 7, 2014 at 6:19 PM
    Permalink

    Tak perlulah letak jawatan khalid…gunakanlah kesempatan yg ada ni duduk dalam Dun dan jawab perkara yang berbangkit nanti…ada benda pentadbiran yang ada skg akan menyalahkan kepimpinan yg lama…apantahlagi melihatkan pada kumlah tabungan cecah billion ringgit

    Reply
  • October 7, 2014 at 7:33 PM
    Permalink

    Harap PM awas dengan PEMANDU, jangan sampai masuk longkang ….kami sayang PM, UMNO, BN dan Kerajaan … harap sangat … berhati2…

    Reply
  • October 7, 2014 at 7:51 PM
    Permalink

    khalid nak lepaskan kerusi DUNnya tak nak lagi jadi orang politik sebab dia rasa politik ini kotor dengan nasib yang menimpa dirinya…politik tak kotor tapi individu(orang politik) atau parti politik yang kotor bila cakap tak serupa bikin seperti mengata orang lain konon mengamalkan nepotisme dan kronisme tapi minta rakyat halalkan pula bila orang politik dan parti politik berkenaan nak mengamalkan nepotisme dan kronisme

    ada baiknya khalid jangan kosongkan dulu kerusi DUNnya, jadilah pembangkang atas tiket bebas yang lantang menghentam segala kebobrokkan kerajaan negeri pakatan haram yang memerintah Selangor…harap khalid dapat bersama(tag-team) dan ajar noh omar yang lembik itu bagaimana nak jadi pembangkang yang digeruni tak kira didalam atau diluar DUN…aku percaya khalid banyak tahu dan simpan bermacam rahsia kebobrokkan orang-orang PKR termasuk MB yang baru…ada lori ada bas harap khalid tahulah nak balas balik apa PKR dan juga DAP telah lakukan kepadanya

    Reply
  • October 7, 2014 at 10:01 PM
    Permalink

    PKR tentunya nak khalid kosongkan kerusi senang mereka nak balun khalid berahim…

    Reply
  • October 7, 2014 at 11:41 PM
    Permalink

    Kalau lihat dari segi pentadiran ,selangor akan mundur balik.penasihat ekonomi rm 1 gagal membangun kawasan sendiri.begitu juga lembah pantai.

    Reply
  • October 7, 2014 at 11:42 PM
    Permalink

    Tak wujud langsung hal berkaitan dgn rakyat.cuma kepentingan peribadi jadi keutamaan.

    Reply
  • October 8, 2014 at 8:41 AM
    Permalink

    Kalau ada PRK DUN Pelabuhan Kelang, Cina akan tetap mengundi DAP. Biar Melayu lingkup, Cina tetap mengundi DAP kerana mereka telah dididik dan ditanamkan perasaan anti-kerajaan sejak sekolah rendah lagi.
    Nak salahkan siapa ? Sesiapa saja, jika diberikan betis, tentulah mereka akhirnya hendakkan peha. Walaupun UMNO sedar tentang hakikat ini, tapi mereka takut nak mengambil tindakan. Akhirnya UMNO akan menjadi pembangkang dan dituruti dengan lenyapnya UMNO, sebagaimana terjadi di Singapura. Tak baca sejarah ke ?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.