Kempen Sentuh Anjing Tidak Munasabah – Pas

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan berkata kempen menyentuh anjing “tidak munasabah” di kalangan orang Islam, walaupun Islam membenarkan untuk menyentuh anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.

Ahli jawatankuasa PAS pusat yang berpendidikan Islam dari Universiti Al-Azhar berkata hukum mengotorkan diri dengan sengaja tanpa sebab adalah haram memandangkan Islam adalah agama yang bersih.

“Seperti kita bertemu tahi (najis mutawassitoh – sederhana), lalu tanpa sebab dan keperluan kita menyentuh dan mengotorkan diri dengan najis itu maka perbuatan itu hukumnya haram dan wajib segera membasuh dan membersihkan diri.

“Sementelah lah, mengotorkan diri dengan najis yang berat (mughallazoh). Namun dalam kes menyentuh anjing ini, jika sama-sama kering (antara kita dan anjing), hukumnya tidak najis.

“Apabila tidak najis maka tidaklah berlaku perpindahan najis kepada diri kita dan hukumnya tidak haram,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Bersetuju dengan Nooh bahawa Islam membenarkan anjing dipelihara pada tujuan tertentu, Nasrudin bagaimanapun berkata selain dari tujuan itu, maka ia sangat tidak digalakkan bahkan haram jika dengan sengaja memindahkan najis berat itu kepada diri, pakaian, tempat kediaman, apatah lagi tempat ibadah. – Malaysiakini

6 thoughts on “Kempen Sentuh Anjing Tidak Munasabah – Pas

  • October 20, 2014 at 9:57 PM
    Permalink

    Aku dah lama sentuh anjing. Kadang2 tepuk belakang. Anjing2 tu ialah anjing2 DAP yang berjanggut dan sanggup bawa bendera DAP.

    Reply
  • October 20, 2014 at 10:34 PM
    Permalink

    hehehehehe…..

    Reply
  • October 20, 2014 at 10:43 PM
    Permalink

    Anjing DAP yang menyebabkan perkara sebegini berlaku boleh pula nak pertikai pasal orang lain pegang anjing…

    Reply
  • October 21, 2014 at 12:02 AM
    Permalink

    hari ni dap buat kempen sentuh anjing,sok sok dap buat kempen sentuh babi pulak pas ikut la.

    Reply
  • October 21, 2014 at 12:12 AM
    Permalink

    inilah hasil usaha pas mengislamkan dap.cina2 dap semakin berani buat benda2 tak munasabah.dap ganti pas.

    Reply
  • October 21, 2014 at 7:34 AM
    Permalink

    KEPADA PAS ‘SAYANG SEMUANYA, SUDAH TERLAMBAT’.
    Pas adalah penyokong Anwar Ibrahim dan anaknya ketika mereka membawa gagasan Islam Plural
    Pas adalah Parti Islam yg duduk dibelakang AMBIGA ketika perempuan itu melaungkan kebebasab sex LGBT, homosex dan lesbian
    Pas mengistiharkan penjualan kalimah ALLAH dengan diapit oleh Kit Siang dan Anwar Ibrahim
    Pas lah organisasi besar dinegara ini yg membuat masyarakat bIslam jadi keliru.
    Dalam sejarah tak pernah orang Melayu membalut badan mereka dgn bendera Dap..malah berkopiah dan bertudung pulak tu
    Pas parti Islam PALING DAYUS DALAM DUNIA apabila bermuka tembok berbaik dengan DAP sedang DAP istiharkan kalau mahu Islam LANGKAH MAYAT MEREKA DULU
    PAS PARTI SIAL
    yang memudarTKAN KEISLAMAN UMAT MELAYU!
    ITULAH BAHASA YG TERBAIK UNTUK PAS!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.