Kanak-kanak Sasaran Utama “I Want To Touch A Dog”

kanak-kanak anjing

Kuala Lumpur, 23 Oktober : Penganjuran program “I Want To Touch A Dog” merupakan satu lagi lembaran tragis dalam sejarah penghinaan terhadap maruah Islam. Namun perkara utama yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini apabila kanak-kanak merupakan sasaran utama kumpulan yang berselindung disebalik program “I Want To Touch A Dog”.

Syed Azmi Al Habshi telah menyatakan dengan jelas dalam video beliau bahawa sasaran utama mereka adalah kanak-kanak. Doktrin yang mereka cuba tanamkan kepada kanak-kanak bahawa hanya kesamarataan yang wujud. Maka segala hak keistimewaan orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu dengan sendirinya akan senang dihakis apabila mereka berjaya menukar “mindset” kanak-kanak ini nanti.

Islam sebagai agama rasmi negara cuba disamakan dengan agama-agama lain. Oleh itu jelas di sini bahawa program “I Want To Touch A Dog” bukan sekadar menyentuh anjing. Agenda tersembunyi disebalik program ini terlalu banyak dan ianya bakal membahayakan kedudukan orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara.

Sebelum ini Nurul Izzah, Naib Presiden PKR melalui tweetnya telah mengucapkan tahniah kepada penganjurnya iaitu Syed Azmi Al Habshi yang berperwatakan agak “lembut” yang agak meragukan. Tambahan pula Anwar Ibrahim bakal dijatuhkan hukum liwat II beliau pada 28 Oktober ini. Menurut analisis yang telah dibuat, nampak gayanya Anwar Ibrahim bakal menghuni Penjara Sungai Buluh sekali lagi. Walau apapun sama-samalah kita tunggu keputusan mahkamah pada 28 Oktober ini.

Ucapan Nurul Izzah kepada Syed Azmi Al Habshi ini berbunyi “Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang”

Walaubagaimana pun ianya telah dibalas oleh Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal”

Lantas Nurul Izzah menyindir Fathul Bari,“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais)”

Fathul Bari membalas, “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Sementara itu pula Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula telah menjelaskan bahawa penganjur ‘I want to touch a Dog’ telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya. Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.

Surat penganjur pada 3 Okt lalu kepada MAIS menerangkan kononnya program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar. Kononnya ia juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.

Hakikat Syed Azmi Al Habshi telah tegaskan bahawa program ” I Want To Touch A Dog” mensasarkan kanak-kanak dalam usaha untuk mewujudkan senario kesamarataan sepertimana yang amat diinginkan oleh pakatan rakyat. Malahan tindakan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak. Adakah ini disedari oleh penganjur atau adakah ini yang dimahukan oleh mereka? Walau apapun kita tahu bahawa ini merupakan gerakan yang cukup licik dan membahayakan negara dalam keadaan tidak sedar.

5 thoughts on “Kanak-kanak Sasaran Utama “I Want To Touch A Dog”

  • October 23, 2014 at 11:41 AM
    Permalink

    Kak Chah, kita bercakap berderau-derau tentang maruah Islam, nak tanya sat…perempuan-perempuan melayu yang dok pi peluk anjing tu dipaksa berbuat demikian ke ?? tentu lah tidak !! depa yang gatal sendiri…so persoalananya kenapa ?? kerana disebalik tudung litup, baju berlapis-lapis tersorok tahap hipokrit yang amat tepu !! ” kepincangan tentang pengetahuan agama !!

    Pernah kita tanya mengapa jadi begitu ????? salah diri sendiri ?? salah mak bapak ?? salah ustaz/ustazah ?? salah kerajaan ?? salah pembangkang ??

    Kalau tanya aku, aku kata semuanya bersalah !! semuanya ada panggu di hari perhakiman dengan Allah swt nanti !! kita tak boleh nak tudingkan jari pada musuh Islam, kerana kerja mereka sejak azali ialah merosakkan akidah. Apa pertahanan kita ?? mungkin hanya 10% kekuatan yang diperlukan ! kita amat lemah !!

    Pelajaran agama Islam tak begitu di tekan kan di sekolah, malah pada satu peringkat ianya tidak wajib pun di pelajari di sekolah, tak pass agama, tak dak masaalah nak masuk IPTA. Kat TV selapas forum perdana, ada drama melayu..pelakun perempuan dedah sana-sini,pulak tu plot cerita anak maki mak bapak, bini maki laki, ntah apa-apa lagi benda yang tek bermoral diwar-warkan oleh kita tiap-tiap hari, tu tak kira rancangan hiburan bersepah-sepah di TV.
    Malah di bulan Ramadhan pun buka jer TV siap ada rancangan hiburan terpekik-terlolong macam beruk !

    Aku tetap dengan pendirian aku, semua ada panggu dalam episode pegang anjing ni…termasuk kerajaan !!

    Reply
  • October 23, 2014 at 1:52 PM
    Permalink

    sebab tu ilmu agama tu penting, kalau kurang ilmu,mcm2 dakyah yg jadi pegangan.

    Reply
  • October 23, 2014 at 3:18 PM
    Permalink

    mana yang pihak yang berkuasa? masa kejadian tak tahu ke? tengah bercuti ke? terus je la pegi serbu? ape nak jadi… jadi lah … ini kan negara kita.. ape mau takut….. lu kecik telur sana apa pasal? tak cukup orang ke? polis ade…. polis tk cukup? pga ade…. pga tk cukup… tentera nuuu duk stanby…. 24 jam ade je dlam kem… bantuan utk keselamatan no problem… no need to bring weapons…. just stand there laaaa (for our army) so y bising2… dah terang2 kesalahan kegampangan… kenape takde tindakan ni?? kenape duk diam je nie? ape masalah kerajaan ni? ape mau takut bro? langgar saja itu selangor… langgar saja itu penaganjur… this is our land…. this is our land… ape mau takut….. kalau itu org bukan aslinya dari sini sudah boleh buat camni….. ape macam yg sudah ade ic????? this is my land…. this is our land… y so scared? y dont make huge movement on their faces???make them pay……y takut?? y y y .. where is mufti???where is jakim where is everybody… y this happen? y y y y …… begitu hampa saya tengok gadis2 tu peluk anjing tu…… hampa hati saya… retak macam luka putus cinta pertama…. ermmmmm sayang seribu kali sayang… wajahnya cantik…. imannya hodoh….. betul la org ckap… nk carik jodoh carik lah kat masjid…intai2 le kt masjid dari intai2 kat kempen touch a dog…..ooooooooooooo teruk benar dah malaysia ni…. aku nak migrate ke brunei la…… brunei lagi best….. hudud to go… malaysia??? ermmmm neraka to go bro..

    Reply
  • October 23, 2014 at 7:16 PM
    Permalink

    1st of all, aku jgk x setuju dgn program ni sbb pendekatan yg dibuat adlh too xtream.byk lg program utk menunjukkan islam adlh agama yg tiada diskriminasi thdp haiwan. Kt blh buat feed d stray dogs progra. In stead of highlighting touch d dogs. Tapi, aku nak tanya dimana bdosanya kita kalo pgg anjing. Anjing hanya najis yg hanya pd kondisi ttentu barulah tjadi najis. Kita boleh bela anjing utk jaga rumah,kebun dan utk buat kerja2 lain.

    Mohon yg arif agama terangkan haramkah sentuh or pgg anjing?

    Aku tgk rmi yg beremosi seolah2 pgg anjing blh jd murtad.padahal psgn kekasih bpegangan tgn menjadi st fenomena biasa…..pun x jd issue nasional mcm ni.dh sah2 haram pun…..

    Reply
  • October 23, 2014 at 7:20 PM
    Permalink

    Pasal anjing ni ingin saya ceritakan masa saya kecik2 dulu datuk saya ada membela seekor anjing. Kami namakannya John. Datuk saya membela anjing tersebut kerana tmpt tinggal kami ada belukar yang menjadi tmpt pemburuan babi oleh org cina. Jadi kalau berburu kdg2 ada babi yang sesat masuk ke hlaman rumah kami. (halaman rmh tok dan anak2 seramai 4 org berkongsi) Jadi bila ada John babi ni akan lari masuk hutan.

    John juga digunakan utk menjaga keselamatan rumah kami semua sbb masa itu kawasan kpg kami adalah kawasan hitam. Banyak komunis. Kalau ada org yg tidak dikenali, John akan menyalak. Kalau tok pergi menoreh ke kebun pun John akan ikut. John mmg setia dan bijak. Tok kami juga seorg imam di kampung. tapi org kampung tidak pernah prejudis terhadap tok. Mereka akan dtg ke rumah tok utk mendapatkan nasihat atau pandangan kalau ada masalah. Malah tok kerap dikunjungi oleh org2 di luar kerna ilmunya.

    Cucu2 tok termasuk saya dan sepupu yang seramai hampir 10 orang selalu main di halaman rumah tok. Tetapi tok dan opah memang akan memastikan kami memakai kasut. Tok akan marah kalau dia melihat kami berkaki ayam. Dia akan cepat2 menyuruh kami membasuh kaki. Kalau hari hujan tok dan opah akan pastikan John tidak berkeliaran di halaman. John akan di suruh duduk diam2 di bawah rumah. John memang mendengar kata. Kami yg ketika itu berusia dlm lingkungan umur 4 ke 10 tahun. Walau pun kami masih kecil, tetapi kami diajar utk tidak sekali2 menyentuh John. Kami diajar John itu najis. Tok beri amaran kepada kami, kalau kami sentuh John, tok akan simbah kami dengan air tanah. Malah saya sehingga kini walau bagaimana gebu pun seekor anjing itu tidak pernah berkeinginan untuk menyentuh anjing.

    Untuk melatih anjing mendengar kata, kita perlu memberi arahan dengan suara yang tegas dan keras. Begitulah tok mengajar John. Namun tiada sentuhan antara tok dan John. Suatu hari Tok jadi bimbang bila John hilang. hampir seminggu John tiada. Tok, ayah dan bapa saudara saya mencari John merata2 kampung tp tak jumpa. akhirnya John kami jumpa telah mati. dia mati dibunuh oleh pemburu2 babi berbangsa cina. Tok dan kami semua sangt sedih dgn tragedi ini. Jasa John sangt besar kepada keluarga kami…

    Jadi sekarang siapa yang lebih ihsan terhadap anjing. Org islam tidak pernah mendera dan membunuh anjing.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.