Jutaan Sumbangan KPJ Dilupakan Kerana Tajaan RM 10 Ribu?

Oleh AJAB

Sebahagian pengguna media sosial masih belum berhenti “membelasah” KPJ Healthcare yang mahu menaja artis terkenal Rozita Che Wan bersalin di hospital milik KPJ.

Apabila dibentangkan betapa tajaan yang bernilai antara RM 10-20 ribu itu akan membawa pulangan bernilai ratusan ribu mereka tetap mengecam KPJ sebagai tidak prihatin kepada orang miskin.

Masalah dengan kumpulan ini mereka seumpama “Holier-than-thou”. Seolah-olah mereka lebih baik dari semua orang lain biar pun sebahagian mereka langsung tidak pernah menyumbang apa-apa kepada masyarakat.

KPJ-2jutaMereka langsung tidak pernah memberi perhatian apabila konglomerat seperti KPJ memberi sumbangan kepada orang miskin, tetapi mula mengherdik, mengeji dan mencerca apabila ada isu yang mereka rasakan, mereka lebih baik berbanding konglomerat ini.

Jika kita teliti, kumpulan yang mengeji ini terdiri daripada dua kumpulan. Yang pertama kumpulan yang tidak mempunyai pemahaman meluas dalam bidang perniagaan besar dan sentiasa mahu menjadi juara rakyat melalui isu-isu kemiskinan dan kesusahan orang ramai.

Mereka kononnya prihatin dengan rakyat, anti penindasan golongan bawahan dan pemerhati kerajaan, namun mereka sendiri tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat kecuali tulisan-tulisan berbentuk adu domba dan menyerang personaliti yang tidak sehaluan dengan mereka.

Kumpulan kedua ialah saingan kepada konglomerat yang diserang. Kumpulan ini akan menyamar dalam pelbagai rupa di media sosial bagi mengapi-apikan isu yang boleh memburukkan imej saingan mereka.

Seperti biasa yang akan tertipu dan menjadi fanatik ialah penggguna media sosial Melayu yang merasakan mereka harus berjuang menjatuhkan atau memalukan KPJ yang kononnya berdosa besar menaja Che Ta yang kaya raya bukannya orang miskin dan susah.

Kumpulan ini tidak tahu pun pada tahun ini sahaja KPJ Healthcare menyumbang RM 2 juta ringgit untuk membiayai rawatan percuma di 20 Klinik Waqaf An-Nur, 2 klinik bergerak & hospital wakaf.

Jumlah ini beratus kali ganda lebih besar daripada tajaan ke atas Che Ta, namun yang menjadi isu besar ialah tajaan ke atas Che Ta kerana kumpulan yang mengkritik ini sendiri bukanlah peduli sangat siapa miskin.

Mereka ini lebih suka baca ruangan hiburan dan gosip berbanding berita biasa memberi sumbangan dan tajaan. Sebab itu mereka tidak tahu sumbangan KPJ kepada orang miskin dan kegiatan masyarakat lain.

Reaksi media sosial terhadap kisah Rozita Che Wan hanya membenarkan teori tajaan KPJ akan membawa liputan yang lebih meluas dan besar biarpun angkanya sekadar RM 10 ribu.

KPJ-anakBayangkan KPJ sumbang RM 2 juta tiada siapa peduli. KPJ sumbang katil untuk pesakit JE tiada siapa peduli, namun KPJ taja Che Ta tak sampai RM 10 ribu, satu Malaysia bercakap.

Untuk pengguna media sosial Melayu dan Islam berhentilah menjatuhkan orang lain tanpa fakta sebenar. Bertahun-tahun KPJ menyumbang berjuta ringgit dalam bentuk sumbangan terus kepada masyarakat, cukai dan zakat; hari ini kerana RM 10 ribu yang boleh dianggap sebahagian kos iklan dan promosi, kita maki hamun tanpa rasionaliti.

Apakah sebahagian masyarakat kita yang taksub dengan media sosial sudah menjadi sakit mental?

kpj bantu

7 thoughts on “Jutaan Sumbangan KPJ Dilupakan Kerana Tajaan RM 10 Ribu?

  • October 18, 2014 at 10:25 PM
    Permalink

    Biasalah sekarang semua nak jadi juara manusia tertindas, miskin & apa2 yg bolehmjadi isu. Golongan inilah biasanya yg kedekut utk menyumbang. Hanya pandai komplin.

    Reply
  • October 18, 2014 at 10:49 PM
    Permalink

    Kalau KPJ nak popular, dah berjaya pun. Dah dapat publisiti pun. Baguslah jikalau KPJ dah menunaikan tanggungjawab sosialnya. Syarikat-syarikat yang berpaksikan parti pembangkang ada ke buat seperti KPJ buat.
    Kepada artis yg berkenaan, tolak aje lamaran KPJ ni. Hal ini dah beri publisiti buruk padanya. Kesian. Tak kan lah RM 10k pun x mampu nak sedia kan. Demi maruah, berdikari lah. Buang aje budaya subsidi ni…

    Reply
  • October 18, 2014 at 11:13 PM
    Permalink

    Cuba yg taja che ta tu hospitak ah kau ke hospitak beng hock, mesti tak ada bising. Pelik sungguh jenis dengki ni.

    Reply
  • October 19, 2014 at 12:46 AM
    Permalink

    pesaiang depa tadak lain syarikat komunis dap yang duk berdengki dengan kpj

    Reply
  • October 19, 2014 at 9:50 AM
    Permalink

    Seribu kebaikan dibuat oleh KPJ tapi 1 SPONSOR kpd Rozita Che Wan jer yg puak2 ni nampak!!!

    Cubalah buka mata tu sikit, dan lihat perkara2 kebaikan yg disumbang oleh KPJ kpd masyarakat!!!

    Reply
  • October 19, 2014 at 1:22 PM
    Permalink

    CUBA FIKIR ADA TAK SYARIKAT SYARIKAT KEPUMYAAN BILLIONAIR KAFIR (SEBUT PENYAMUN)YG BAGI ZAKAT? YG BAGI SEDEKAH PADA ANAK YATIM? YG BERTERUSAN BERI SUMBANGAN PADA UMAT ISLAM KHUSUS NYA RAKYAT PALESTINE?JAWABAN NYA TAK DA.YG DEMA DOK BUAT KERUK DAN HISAP HARTA NEGARA DAN DOK BAWAK KELUAR,MEMANG DEMA NI PENGKHIANAT!!! TERUTAMA YG BILLION (PENYAMUN) NO 1 TU

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.