Jika Benar Adik Saya Dapat Kontrak, Ia Bukan Dari Saya – Hishammuddin

Hishammuddin HusseinMenteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin, hari ini, menafikan pembabitan beliau dengan penganugerahan kontrak membekalkan Label Keselamatan (security-Labeliing) oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia kepada syarikat Lembah Sari Sdn Bhd.

Adik Hishammuddin, Datuk Haris Onn Hussein, dikatakan mempunyai kepentingan dalam Lembah Sari Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM 77 juta bagi kerja-kerja mencetak label keselamatan arak dan bir untuk Jabatan Kastam Di Raja Malaysia julai lalu.

The Edge Malaysia pada 12 September 2014 melaporkan kontrak itu termasuk, “to design, print, store, supply and distribute banderols (tax stamps) for liquor (including beer) between 2014 and 2019. The company would also supply the department with authentication devices and necessary training.”
Hishammuddin said the contract, which was awarded to his brother Haris Onn Hussein by the Royal Malaysian Customs Department, was not under the purview of his ministry.

Hishammuddin hari ini berkata tiada sebarang konflik kepentingan (conflict of interest) dalam pemberian kontrak ini kerana Jabatan Kastam bukan di bawah kementeriannya.

“He (Haris) did not receive any contract from any of the ministries that I was, or am, in charge of.

“So the issue of conflict of interest does not arise,” he said in Parliament today.

14 thoughts on “Jika Benar Adik Saya Dapat Kontrak, Ia Bukan Dari Saya – Hishammuddin

  • October 16, 2014 at 3:19 PM
    Permalink

    hmmmmm…….

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:13 PM
    Permalink

    melabel arak?? walau bg apa tujuan sekalipun adalah baik jika dihindarkan namun hasrat pembangkang lbh kpd membuat onar menjadikan isu ini tdk mndapat tempat dan seakan tidak didengar oleh sesiapa.. bg sy jk benar telahan the edge yg mengatakan kontrak diberikan atas pengaruh hisamudin maka mrk perlu membuktikannya bukan main hentam sembrono dan jdlah wartawan yg beretika dan jgn jadikan diri anda semua spt sampah masyarakat.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:15 PM
    Permalink

    Orang lain nak dapoatkan kontrak kerajaan sibuk melobi sana sini tapi si Kerismuddin ni kata dia tak tau pasal adik dia dapat kontrak. Kalau nak tipu pun agak2 la sikit. Ini masalah BN sekarang semua Menteri keluar kenyataan membodohkan diri sendiri seperti Menteri Cendol.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:21 PM
    Permalink

    kalau kontrak diberi secara telus apa salahnya, lagi pun bukan h20 yg bagi.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:32 PM
    Permalink

    Kalau company itu layak apa masallah nya takan nak bagi pada pembangkang yang memang apa yang kerajaan buat semua tak elok. Kerajaan negeri pembangkang pun sama jugak bagi pada kroni pembangkang.tegok dan dengar apa kerajaan negeri penang, selangor dan kelantan buat bagi pada company yang menyokong mereka. Apa bila abang jadi menteri adik beradik tak bolih cari/berniaga untuk diri sendiri apa gagi abg jadi menteri kena tanggong makan adik beradik cakap macam tak ada otak. Asal tak memberi rasuah untuk dapat kontrak apa masallah nya. Bagi aku kalau melobi guna wakil dun ke palimen ke tak ada masallah.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:34 PM
    Permalink

    Sekurang2nya Hisamuddin TAK JAWAB yg Hisamuddin TAK TAHU LANGSUNG akan pemberian kontrak tersebut kepada syarikat di mana adiknya mempunyai kepentingan!!!

    Apa2 pun, aku setuju kata2 saudara itsme, the Edge perlu membuktikan bahawa adanya campur tangan Hisamuddin dalam pemberian kontrak tersebut daripada Jabatan Kastam yg bukan bawah kementeriannya.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:40 PM
    Permalink

    Bapak-bapak menteri ni lebih baik lah cakap dengan adik beradik yang meniaga…kalau boleh jangan lah ambil kontrek kerajaan, walaupun telus…implikasinya agak membebankan.

    Secara peribadi aku pun tak suka adik beradik anak pinak menteri dapat projek kerajaan jutaan ringgit, banyak lagi private bussiness yang depa boleh cari dengan contact yang depa ada.

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:40 PM
    Permalink

    kekdag kena tengok juga yang memberi kontrak..kot beri kontrak sbb nak balasan apa2..mb bukan monetary..tp recognition dr menteri..dapat naik pangkat ker..senang kata..beri sbb nak mengampu..huhuhuhu

    Reply
  • October 16, 2014 at 4:49 PM
    Permalink

    Aku setuju kata2 saudara raplah,

    Adik beradik dan sanak saudara mana2 Menteri nak buat business tu memang boleh, tapi lebih baik jgn mendapat apa2 kontrak daripada kerajaan!!!

    Ni bukan masalah sama ada pemberian kontrak itu jujur atau tidak, tetapi adalah masalah persepsi!!!

    Reply
  • October 16, 2014 at 10:59 PM
    Permalink

    alahai budin…biasalah kalau wa jadi menteri pun adik gua semua gua jadikan kaya..apalah nak nafi2 benda betul..tak baik tau bohong orang nnti mulut jadi gagap

    Reply
  • October 16, 2014 at 11:38 PM
    Permalink

    Biaq pi le…hariss patut dapat pasal dia punya rekod sebelum ni okey apa……lg satu dia ni bukan dari jenis yg Daddykasi tp Abangkasi….hehe

    Reply
  • October 17, 2014 at 4:19 PM
    Permalink

    Hehehehe, kalau amalan abang/ayah bagi peluang untuk adik/anak dapat kontrak itu memang pernah kita dengar!!!

    Tapi kalau Cina yg JELAS memperlekehkan agama Islam dapat tanah kat negeri Kelantan sampai boleh bina “White House” dari kerajan negeri Kelantan, tang tu sampai skg aku heran Mek Esah!!!

    Hm…mungkin ini perkara biasa dalam amalan org2 PAS!!! PAS kan boleh berkawan dgn DAP, dgn Syaitan pun PAS sanggup asalkan dapat tumbangkan UMNO!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.