Islam Tidak Pandang Keji Pada Binatang, Tapi Kempen Sentuh Anjing Kerja Hina – JAKIM

Ketua-Pengarah-Jakim-Datuk-Othman-MustafaPertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia.

Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.

Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.

Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.my.

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014

6 thoughts on “Islam Tidak Pandang Keji Pada Binatang, Tapi Kempen Sentuh Anjing Kerja Hina – JAKIM

  • October 20, 2014 at 8:56 PM
    Permalink

    setuju dengan jakim sudah lama ada dalam e-fatwa pdf file hukum berkaitan anjing panjang lebar di jelaskan, pihak penganjur dan mereka2 yang terlibat dalam aktiviti program pada hari itu sah dari jenis golongan jahil murakkab yakni golongan bodoh yang merasakan diri mereka tidak bodoh, dalam kata lain bodoh tak boleh di ajar

    Reply
  • October 21, 2014 at 1:04 AM
    Permalink

    Salam
    Makin hari makin banyak isuisu sebegini di jentik pada umat islam.
    Saya ingin mencadangkan pihak jakim buat kempen..KENALI ISLAM DAN SENSITIVITI dengan program ceramah dan pameran supaya dapat dibritau isusisu sebegini..

    Reply
  • October 21, 2014 at 1:37 AM
    Permalink

    Hrp pihak jakim buat kempen kenali islam dan sensitivitinya utk sebarkan lagi halhal sebegini.
    Setakat bubuh dalam e jakim …walaupun bagus tapi kurang berkesan sebab mesge yg ada tak dapat disebarkan dgn meluas.

    Reply
  • October 21, 2014 at 3:12 AM
    Permalink

    mak bapak yang bawak anak & suruh pegang anjing tu pun sama bodoh .budak tak boleh disalahkan , yang bersalah adalah org tuanya . dah tua pun bodoh . tak boleh fikir dgn akal waras ke , pegang anjing untuk suka2 bg org melayu tu kan kerja pelik ? selalu ke nampak org melayu heret anjing berjalan sana sini ? bodoh , bodoh, bodoh punya mak bapak yang bawak anak2 ke situ. wajar dimaki hamun aje mak bapak yang terlibat dlm kempen pegang anjing ni.

    Reply
  • October 21, 2014 at 11:43 AM
    Permalink

    assalam… pihak JAKIM harus mengenakan hukuman yg setimpal atas tindak tanduk yg boleh mmbawa kecelaruan akidah dlm masyarakat untuk dijadikn sbg pengajaran kpd yg lain…kaunseling pemulihan akidah juga mesti di buat keatas mereka2 yg terlibat krana org mcm mereka akan sntiasa memandang remeh akan isu2 agama krana masing2 brpaksikn tafsiran sndiri atau ikut logik akal masing2… diharap JAKIM tidak lg trlalu berlembut kerana jika di biarkn dgn skdr nasihat semata mata pasti akan ada lg isu2 agama yg akan di permain mainkn selepas ini..dh naik rasa muak bila memikirkn kita ada undang2 tp takut nk jatuhkn hukuman.. !!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.