Hadi Awang Beri Keterangan Calon Pil Kuda

KUALA TERENGGANU 28 Okt. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini buat pertama kali tampil di Mahkamah Tinggi di sini bagi memberi keterangan membela diri berhubung saman fitnah terhadap beliau oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Kehadiran beliau diiringi kira-kira 1,000 orang yang berkumpul di pekarangan mahkamah hasil kempen Solidariti 4 Presiden untuk memperlihatkan sokongan padu kepada beliau dalam menghadapi kes berkenaan.

Dalam keterangan selama lebih setengah jam di hadapan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa, Abdul Hadi, 67, berkata, dalam ceramah beliau ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di

Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, 22 April tahun lalu, beliau tidak pernah menyebut secara terperinci nama parti atau nama calon terbabit.

Beliau menjelaskan, dalam kandungan ceramah itu, beliau menyentuh secara umum mengenai wujud salah laku calon-calon daripada pakatan pembangkang termasuk terbabit dalam penggunaan pil kuda.

Menurutnya, pendedahan mengenai pembabitan calon berkenaan adalah berdasarkan maklumat

daripada risikan politik pihak pembangkang sebelum beliau memutuskan untuk mengumumkan perkara itu ketika berceramah dalam kempen pilihan raya di Kampung Tebakang.

Abdul Hadi, turut menolak pertanyaan pihak peguam plaintif bahawa bahawa beliau telah membuat fitnah terhadap Mohd. Shamsul dalam ceramah tersebut, sebaliknya menegaskan fitnah adalah dosa besar dalam Islam.

Sebelum itu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail turut memberi keterangan lebih setengah jam berhubung kes berkenaan di mahkamah yang penuh sesak dengan orang ramai terutama penyokong Pas.

Mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 23 November ini untuk menyambung semula keterangan daripada seorang lagi saksi defendan daripada akhbar Kosmo!.

Abdul Hadi sebagai defendan diwakili empat peguam diketuai Asmuni Awi manakala pihak plaintif diwakil lima peguam yang diketuai A.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/abdul-hadi-beri-keterangan-bela-diri-kes-saman-1.17816#sthash.QN9v2bVl.dpuf

7 thoughts on “Hadi Awang Beri Keterangan Calon Pil Kuda

  • October 28, 2014 at 5:02 PM
    Permalink

    kesian hadi kena saman dgn rakan tahaluf siyasi

    Reply
  • October 28, 2014 at 5:54 PM
    Permalink

    Laaaa…presiden sendiri kena naik court 1000 orang je yang datang ??? bila ambiga anak keling mata satu buat rusuhan BERSHIT aku dengar 250,000 yang datang ! hehehehe….

    Reply
  • October 28, 2014 at 6:06 PM
    Permalink

    nak wat mcm mana, dia org mmg suka gaduh2 manja walaupun sampai naik court tu perkara biasa je bg mrk… yg penting umno mesti mahu kalah…

    Reply
  • October 28, 2014 at 6:13 PM
    Permalink

    Bro rap… yang datang ni pun gerenti Hadi tak tau dari spesis apa….?
    Kebenaran di pihak yang benar… Mudah2an lah yang salah di hukum agar jadi pengajaran buat spesis lain.

    Harap Hadi dapat bersabar, redha dan bertawakal. Pada yang se-spesis dengan Hadi..tak guling2 atas jalan ke ari ni?

    Reply
  • October 28, 2014 at 11:50 PM
    Permalink

    tahu pun yg fitnah tu dosa besar.tapi fitnah tu sudah jadi amalan pas dan cai cainya.fitnah dan pas berpisah tiada.

    Reply
  • October 30, 2014 at 10:36 AM
    Permalink

    Nasib baik jumlah kedatangannya penyokong Hadi Awang dekat seribu org, kalau tidak mana nak letak muka malu takder siapa nak sokong Hadi Awang lagi!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.