Fathi Aris Omar dan Malaysiakini Punca Kegagalan Islam Sederhana (Fundemental)

Oleh Ab Jalil Backer

Saya membaca dengan tekun tulisan seorang kenalan jauh, yang juga merupakan pengarang Malaysiakini, saudara Fathi Aris Omar yang bertajuk “Jakim antara Ulil Abshar dan Karen“.

Fathi antara lain menulis, “Utusan Malaysia, Umno dan Dr Mahathir Mohamad pernah berperang dengan gerakan dakwah dan gejala fundamentalisme sejak lewat 1970-an. Tetapi tidak lama selepas tokoh Umno ini meninggalkan kerusi teratas kepemimpinan negara, birokrasi agama kita bertukar sebuah gerakan dakwah fundamentalis pula!”

Sungguhpun memahami makna penulisan Fathi Aris, namun ia boleh memberi makna yang mengelirukan seolah-olah UMNO dan Kerajaan sudah berubah ke arah gerakan dakwah yang jumud dan tertutup.

Jika dilihat kenyataan kontroversi Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau dengan terbuka mengisytiharkan diri sebagai seorang fundementalist dalam konteks ajaran Islam yang sebenar.

“I’m a fundamentalist in the true sense. That is to say, I follow the fundamentals of religion… But for over 1,400 years people have been interpreting and re-interpreting the religion to suit their own purpose! … These [extremist and terrorist acts] are not Islamic fundamentals any more than the Christians who burned people at the stake are fundamentalist. They are actually deviating from the teachings of the religion!” — Dr Mahathir Mohamad.

Dengan kata lain UMNO dan kerajaan sentiasa berpegang kepada asas Islam atau Islam yang fundemental.

Namun saya fikir maksud sebenar Fathi Aris ialah UMNO Secara keseluruhannya sudah menjadi seperti Pas suatu ketika dahulu dalam menentukan nilai-nilai Islam di negara ini.

Fathi yang dikenali sebagai penyokong keterbukaan diskusi intelektual Islam tertanya-tanya mengapa UMNO yang suatu ketika dahulu yang bersikap terbuka dan sederhana kini seolah-olah mahu menjadi eksterim dan rigid.

Dengan kata lain, seperti yang saya ungkapkan kepada beberapa rakan-rakan ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa, UMNO sudah mahu menjadi seperti Pas suatu ketika dahulu.

Pertamanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukanlah mewakil UMNO mahu pun kerajaan Malaysia dalam menentukan polisi dan dasar mengenai Islam. Mereka merupakan agensi penasihat kerajaan dan pelaksana polisi kerajaan dalam isu-isu berkaitan Islam. Justeru apa sahaja pandangan dan komen Jakim belum tentu dipersetujui dan dilaksanakan oleh UMNO dan Kerajaan.

Atas kriteria itu, tindakan Fathi menilai peranan Kerajaan mengenai Islam melalui kenyataan Jakim dan laporan oleh Zulkifli Nordin semata-mata sangat tidak tepat.

Keduanya, saya tidak fikir kerajaan Malaysia sudah menjadi satu penguasa yang rigid dan eksterim dari persepektif dakwah Islamiyah seperti yang cuba digambarkan oleh Fathi dan Malaysiakini.

Dalam banyak hal, kerajaan meneruskan keterbukaan dan kesederhanaan dalam perbezaan pendapat tentang pandangan-pandangan mengenai Islam.

Namun adalah tidak masuk akal untuk Fathi menyalahtafsir kesederhanaan tersebut sebagai lesen bercakap apa sahaja mengenai Islam sehingga boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketiganya, saya fikir Fathi dan Malaysiakini bertanggungjawab sama mewujudkan kumpulan ekstremis Islam dalam UMNO apabila mereka mula mengangkat liberalis Islam sebagai tokoh-tokoh pembaharuan Islam yang digemari oleh anak muda.

Apabila kumpulan liberalis Islam ini menjadi vokal hasil sokongan dan dokongan media seperti Malaysiakini dan pemimpin politik seperti Anwar Ibrahim, kumpulan ekstremis (dalam perspektif pandangan bukan gerakan militer) Islam juga mula keluar dari zon selesa mereka melawan api dengan api.

Dalam keadaan ini, UMNO dan Kerajaan terperangkap antara perang dua kumpulan ini dan sukar untuk menjadi sederhana sepenuhnya seperti mana berlaku dalam sebahagian zaman Mahathir.

Sudah tentu UMNO dan kerajaan yang mengamalkan fahaman fundemantal Islam (sederhana) tidak akan bertolak ansur dengan usaha untuk menjejaskan kedudukan Islam seperti cabaran kalimah Allah, kedudukan kuasa Mahkamah Syariah dalam isu murtad dan kebebasan beragama melampau seperti.

Cabaran-cabaran ke atas status-quo Islam ini disokong oleh Malaysiakini dan kumpulan liberalis Islam.

Justeru, pada pandangan saya, UMNO dan Kerajaan tiada pilihan kecuali memberi lebih ruang kepada kumpulan “ekstremis Islam” ini bagi mengimbangi pandangan liberalis Islam yang jelas lebih memudaratkan.

3 thoughts on “Fathi Aris Omar dan Malaysiakini Punca Kegagalan Islam Sederhana (Fundemental)

  • October 10, 2014 at 2:14 PM
    Permalink

    liberal ni lebih memudaratkan. mereka kononnya open minded sampai menyimpang dari akidah.

    Reply
  • October 11, 2014 at 1:22 AM
    Permalink

    Penafsiran terhadap teks alQuran sentiasa berbeza beza mengikut kepahaman individu & kelompok…..begitu jugak tang definisi ” liberal “. Bagi individu/kelompok berkepentingan tertentu akan menyempit kan makna sebagai bebas yang membawa maksud kebukaan minda secagha ekstrem. Bagi individu/kelompok berpikiran kritis & intelektual depa akan menyah kan pemikiran dari sebarang bentuk yang kejumudan,tahyul,sarat ngan keselewengan dari fakta sebenaq & berunsur negatif. Bila berbicara tang islam liberal bermaksud mengikis semua unsur unsur ketahyulan yang dah lama terserap di dalam minda para muslim sebelum memeluk islam…..pengaruh hindu/buddha yang kunun nya di anggap sebahagian dari ajaran ALLAH.

    Ni la yang di maksud kan islam liberal….bukan nya pemikiran sarat ngan perihalan kurafat israliyah yang nyata tersasar dari islam sebenar.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.