Demokrasi DAP hanya khayalan.

Amalan demokrasi dalam DAP yang sering diuar-uarkan parti itu disifatkan sekadar cakap sahaja tetapi pelaksanaannya jauh tersasar.

Sehubungan itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada kaum Cina tentang amalan demokrasi yang diguna pakai dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut pada 29 September tahun lalu.

“Ternyata kehadiran 120 cawangan yang belum berdaftar membuatkan menyuarat pemilihan semula CEC DAP tidak sah.

“Maka, keputusan pun dianggap tidak sah dan kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP juga tidak sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa sebanyak 120 cawangan DAP yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula CEC DAP.

Choo Keong juga meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC mengikut senarai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan yang berdaftar dengan ROS dan mengikut senarai pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 untuk melantik Setiausaha Agung serta lain-lain jawatan yang sah.

Anuar menambah, Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke juga perlu menjelaskan tentang kesahihan dakwaan yang mengatakan bahawa sebab utama DAP menarik balik saman terhadap ROS adalah kerana parti itu takut rahsia tentang 500 surat akuan palsu terbongkar di mahkamah kelak.

Utusan

10 thoughts on “Demokrasi DAP hanya khayalan.

  • October 4, 2014 at 11:26 AM
    Permalink

    Untuk dap mana ada halal atau haram, dia bedal semua, jangan bn saja.

    Reply
  • October 4, 2014 at 12:39 PM
    Permalink

    jawatankuasa cec dah disahkan ka oleh pendaftar pertubuhan.

    Reply
  • October 4, 2014 at 12:42 PM
    Permalink

    demokrasi DAP hanya khayalan dan penipuan!

    ——————————————————————————–

    ‘tahaluf siyasi’ bermaksud tidak mengapa lambang bulan suci PAS teruk dinodai dan dikotori DAP dengan mendaratkan roket mereka di atas bulan untuk membuka begitu banyak rumah urut, tempat pelacuran dan premis menjual arak…inilah yang dinamakan ‘tahaluf siyasi’ yang dimahukan oleh PAS sehingga PAS kowtow pada permintaan DAP supaya memecat Dr Hasan Ali kerana mengganggu ‘tahaluf siyasi'(degil tidak mahu memulangkan arak yang dirampas) ini

    teruk dan ramai juga pemimpin PAS berjaya dimurtadkan oleh DAP berhubung isu kalimah Allah…teruk lagi PAS dipersalah, diperlekeh, dicerca, dihina dan dihalau keluar oleh DAP dari pakatan haram sedangkan isu ‘Kajang Move’ dan ‘krisis pertukaran MB Selangor’ ialah ‘rancangan tidak bijak’ PKR yang disokong secara membabibuta oleh DAP…yang peliknya PAS masih suka nak bersekedudukan haram dengan DAP dan PKR, apa kejadah pulak majlis syura ulama PAS nak kaji tentang tahaluf siyasi sebegini?…bodoh dan boleh dikata jahil juga ulamak dalam majlis syura PAS

    pengertian/fadhilat Hari Raya Korban menjadi tidak bermakna kepada PAS kerana terus tidak sedar diri membiarkan diri mereka menjadi korban(dipersalahkan) untuk menutup segala perkara jelek yang dilakukan DAP dan PKR…PAS mudah kena korban dan kena tipu oleh DAP dan PKR, betul-betul buat malu orang Islam!

    Reply
  • October 4, 2014 at 12:44 PM
    Permalink

    Khayalan ke, apa ke….ROS senyap je kenapa ?? ni lagi satu tak guna, rakyaat bagi amanah buat la kerja…DAP kita dah tau memang useless, tapi pengarah dan pegawai ROS yang di bayar gaji oleh wang rakyaat dan melahap apa saja elaun yang diberi kerajaan….amanah yang diberi, depa tak buat !! ROS dengan DAP, aku rasa ROS lagi tak guna !!

    Reply
  • October 4, 2014 at 12:54 PM
    Permalink

    Dalam perkataan mudah mereka semua 2, 3 ekor itu bercakap tak serupa bikin. Tak pernah dan tak akan serupa bikin.

    Mereka cakap mengenai demokrasi. Demokrasi untuk orang lain sebenarnya bukan dipraktik sendiri. Mereka cakap benteras rasuah. Benteras mak bapak dia, kerana mereka lah king , mereka raja.

    Merekang KING of hipokrasi. MUNAfik maha besar.

    Reply
  • October 4, 2014 at 1:55 PM
    Permalink

    Demokrasi dalam DAP..??!!!..kahhhkahkah…ini lawak dari mana pulak…elok ditulis pemilihan pucuk pimpinan parti komunis DAP adalah berdasarkan keturunan Limkitsial saja ,,.!!..,kalau bukan keturunan Limkitsial…letak jauh sikit..buang masa saja,,..!!

    Reply
  • October 4, 2014 at 2:22 PM
    Permalink

    jenuh orang menunggu macam tak reti buat keputusan(mengharamkan CEC) ni boleh le orang kata teloq kena sentap juga(dengan DAP), makan gaji buta dan cuma pandai besarkan pantat duduk di kerusi bekerja jadi pegawai ROS

    Reply
  • October 5, 2014 at 10:38 AM
    Permalink

    Nampak nya ROS & Peguam Negara masih takut gakut nak mengambil tindakan drastik kat puak puak serba puaka tu..maklum la puak puak ketegaq ni seperti Anuaq & DAP sanggup buat ponar melemah kan keamanan negara. Aneh nya depa ni begitu beghani bertindak seperti mengkritik mantan MB Selangor berkaitan keputusan manhkamah terhadap rayuan nya…kunun nya mantan ni dah menghina mahkamah. Peguam Negara ni tau mantan tu tak punya pengaruh terhadap massa mengacau bilau kan Negara.

    Tindakan & sikap depa ni tak professional langsung walau pun kerjaya depa tu berunsuq kan profesionalisme. Lebih baik lepas jerr jawatan tu supaya dapat di ganti kan individu yang lebih berintegriti.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.