DAP Sarawak hentikan komunikasi dengan PAS.

DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

“Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar,” katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

“Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas,” katanya.

– BERNAMA

6 thoughts on “DAP Sarawak hentikan komunikasi dengan PAS.

  • October 19, 2014 at 2:34 AM
    Permalink

    Buat malu la pas ni. Dap dah ludah kahak hijau atas muka pas pun, terhegeh2 mahu lagi nak bertahaluf siyasi dgn dap. Betul2 hina pas ni.

    Reply
  • October 19, 2014 at 6:50 AM
    Permalink

    SElalunya pasangan yang mahu bercerai bergadoh dulu. Lepas bergadoh mereka behenti bertegor sapa. Diam membisu dan masam muka. Mereka masih duduk serumah kerana masih suami isteri. Berikutnya mereka pun bercerai, barulah duduk asing2.

    Proses sama sedang berjalan dalam kumpulan haram PR ini. Kerana mereka dulu kawin pun cara tergesa2 style couple kena tangkap basah.

    Perkahwinan ikut nafsu serakah tanpa restu lah katakan, TAK akan dapat berkat.

    Reply
  • October 19, 2014 at 10:31 AM
    Permalink

    Bagi saya ni semua wayang DAP lah..sama spt LGE yg cakap DAP akan keluar pakatan sekiranya PAS tak sokong Wan Jijah jadi MB Selangor.

    Reply
  • October 19, 2014 at 6:04 PM
    Permalink

    DAP serawak ??? heheheh…cicak yang berfantasi menjadi buaya.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.