DAP gagal urus banjir di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri mengakui gagal menyelesaikan masalah banjir yang berulang di negeri itu walaupun telah melaksanakan beberapa projek tebatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, kegagalan itu disebabkan pelbagai faktor seperti reka bentuk projek dan sistem perparitan yang dibina tidak sesuai selain faktor hujan lebat luar biasa.

“Kita juga berhadapan dengan kekangan kewangan kerana untuk melaksanakan projek ini menelan belanja tinggi seperti di daerah Barat Daya yang memerlukan RM600 juta bagi melengkapkan projek tebatan banjir dan sistem perparitan, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir di Jalan Sungai Pinang dan Jalan P. Ramlee Jumaat lalu yang menjejaskan ribuan penduduk serta merosakkan ratusan kenderaan dengan disiftkn disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ditanya mengenai projek tebatan banjir berhampiran Sungai Jelutong yang siap 1 Mei lalu tetapi gagal berfungsi, Kon Yeow berkata, projek berkenaan adalah berskala kecil dan tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat selain mungkin mempunyai ‘kelemahan’ dalam reka bentuknya.

Pada masa sama beliau berkata, tugas untuk menangani isu banjir di negeri itu sangat mencabar dan kadang-kala beliau berasakan tidak mampu untuk menguruskannya.

“Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Ketua Menteri memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang portfolio ini. Saya berasakan ini satu tugas yang sangat berat ditambah masalah kesesakan trafik yang berpanjangan turut menjadikan tugas ini lebih mencabar,” katanya.

Ditanya adakah pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek tebatan banjir, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP negeri mengakui kerajaan negeri berdepan masalah kewangan dan Kerajaan Pusat tidak berdiam diri apabila turut menghulurkan bantuan.

“Bagi projek berskala besar seperti di Sungai Pinang, Sungai Kerian dan Sungai Muda, Kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM100 juta, tetapi untuk projek kecil kerajaan negeri yang melaksanakannya.

“Kerajaan negeri juga memberi peruntukan, tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi, hanya RM30 juta setahun dapat kita salurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tetapi bukan semuanya dibelanjakan untuk tebatan banjir kerana \turut merangkumi kos pentadbiran,” katanya.

Ditanya mengenai masalah banjir lumpur berulang di Paya Terubong dan kaedah penyelesaian oleh kerajaan negeri, Kon Yeow berkata, soalan itu perlu dikemukakan kepada wakil rakyat kawasan berkenaan.

“Kamu tanya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan berkenaan kerana saya ada banyak kerja hendak lakukan, Masalah banjir dan trafik di seluruh negeri juga di bawah tanggungjawab saya,” katanya.

Ternyata ini adalah satu lagi kegagalan besar Lim Guan Eng yang dengan bongkak sekali mengatakan sekiranya mereka perintah Pulau Pinang masalah banjir dapat diatasi dengan mudah sekali.

Lim Guan Eng juga dengan bongkaknya mengatakan “We promise. If we win in Pahang and if we win in Putrajaya, give us one term and the floods in Pahang will be resolved,” di dalam konvensyen DAP di Shah Alam. Di Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan mahu berjanji di negeri lain pula.Sedangkan, di Pulau Pinang Guan Eng tidak perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telah pun berkuasa.

Sumber Mykmu/Utusan.

9 thoughts on “DAP gagal urus banjir di Pulau Pinang.

  • October 7, 2014 at 9:49 AM
    Permalink

    Rakan tahaluf siyasi pun dikencingnya, apa pula dia heran dgn janji kpd rakyat.

    Reply
  • October 7, 2014 at 10:15 AM
    Permalink

    Gila x professional, mengeluh depan media. Low class betul Exco penang Ni…

    Reply
  • October 7, 2014 at 12:25 PM
    Permalink

    DAP komunis mana tahu menguruskan banjir ….menguruskan pengusiran Melayu mereka cukup pakar lah….membiarkan banjir berlarutan ini pun salah satu taktik komunis ni untuk menghalau Melayu ,selain taktik kandang babi….di negara ini orang Melayu tidak perlu dihalau dengan bom…..memadai dihalau dengan duit dan kandang babi…..Melayu lari berselerak….kalau kafir tu kafirlah juga….perangai memang laknat…!!!

    Reply
  • October 7, 2014 at 1:19 PM
    Permalink

    parti kapir komunis ni gebang saja lebih sejak dari sebelum merdeka lagi dasar komunis jelas mencekik darah dan menipu sama lah di penang sekarang

    Reply
  • October 7, 2014 at 3:17 PM
    Permalink

    Guan eng nak selesaikan masaalah banjir di tempat lain ??? hehehe…..

    Reply
  • October 7, 2014 at 6:23 PM
    Permalink

    Penyudahnya dihala pada orang lain..celaka DaP

    Reply
  • October 8, 2014 at 9:19 AM
    Permalink

    yg peliknya negeri maju seperti penang dan selangor dpt dkt PR..??
    walaupun PR ambi alih dengan seribu serba satu masalah yg di tinggalkn BN sejak 30 thun lebh mentadbir negeri tersebut..kerajaan negeri di bawah PR tetap cuba memberi bantuan pada rakyat negeri tersebut..
    antaranya..
    bantuan setiap ank yg lahir di negeri tersebut mendapat wang saguhati..
    bantuan anak masuk universiti…
    bantuan warga emas…
    dan bermacam lagi yg saya x ingt..
    dan rezab kewangan negeri meningkat…
    sekurangnya PR cuba menyelesaikan masalah yg sudh berlarutan sebelum era PR memerintah..
    kerajaan terpaksa membantu kewangan negeri yg bermasalah untuk menguruskan isu banjir tersebut sebab masalah bencana alam memang tugas pentadbiran negeri dan pentadbiran negara utk mengatasinya..sdngkn hakikatnya banjir itu sendiri adalah bencana alam yg bukan salah PR atau kerajaan…
    kita bleh lihat pada PRU14 nnty adakah rakyat negeri maju terbabit akan beralih mengundi kerajaan atau pun PR yg mendapat sokongan lebih hebat hingga dpt menanbah beberapa negeri lg utk ditadbir oleh PR…
    sya bukn penyokong PR or BN…
    saya hanya rakyat biasa yg mengharap kebajikan sya di jga oleh pentadbiran negeri or negara…

    Reply
  • October 8, 2014 at 4:18 PM
    Permalink

    hehehe…Penang negeri maju ??? hang pernah tak pi penang ?? dulu memang penang negeri maju la ni…dah merudum mundur. Hang tau ka bereapa banyak pelaburan yang masuk Penang tahun lepas ??

    Macam ni lah…aku ajar hang matematik simple tanpa algebra, tahun lepas pelaburan yang masuk ke Taiping , bandar yang tak berapa besar di Perak adalah setengah dari jumlah semua pelaburan yang masuk ke Penang tahun lepas.

    agak-agak hang faham tak ?? hehehe

    Cerita pakatan haram akan menang besar tu…dah cerita basi, cacai macam hang akan jaja cerita macam ni kehulu-kehilir…PRU 1 – 13 dah lebih 60 tahun dah..PM Malaysia tetap presiden UMNO..kekadang aku pun boring ! hahahaha…tapi pembangkang malaysia, low class sangat…

    Reply
  • December 27, 2014 at 11:29 AM
    Permalink

    banjir tidak ada kena mengena dgn politik. bukannya buatan manusia pun banjir ni. i x faham kenapa ada org dlm dunia ni suka mencaci n kutuk pembankang je. bila kena sendiri diam pula. tu lah namanya karma jgn sgt mencaci org mana tau anda mangsa seterusnya.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.